Header Ads

Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif Gred 41 LHDN

Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif Gred 41 LHDN |Adakah anda calon yang bakal menduduki Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif Gred 41 LHDN sesi September 2017? Jika ya! Sudah pasti anda sedang mencari Rujukan Soalan Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41? Betul tak? Jadi disini platform terbaik untuk anda mendapatkan gambaran contoh-contoh soalan Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif Gred 41 Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) 2017.

Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif Gred 41 LHDN

Menurut makluman dari portal SPA, anda bakal menjawab soalan Exam Online Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41 pada 20 September 2017 mulai jam 8.00 malam hingga 10.20 malam. Bagi anda yang belum membuat semakan Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN boleh layari ke laman web http://e-semakanntt.spa.gov.my/. Lihat ini juga : SEMAKAN PEPERIKSAAN PEGAWAI EKSEKUTIF GRED 41 LHDNM

Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41


Berikut adalah informasi lanjut tentang jawatan Pegawai Eksekutif LHDN Gref 41 mengenai contoh soalan, format soalan dan nota rujukan peperiksaan online Pegawai Eksekutif LHDNM ;

Format Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN 


● SEKSYEN A : PENGETAHUAN AM (40 MINIT)

● SEKSYEN B : DAYA MENYELESAIKAN MASALAH (50 MINIT)

● SEKSYEN C : KEFAHAMAN BAHASA MELAYU & BAHASA INGGERIS (20 MINIT) - 20 soalan

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN


Berikut adalah contoh soalan pengetahuan am Pegawai Eksekutif LHDN dan contoh soalan daya menyelesaikan masalah Pegawai Eksekutif LHDN seperti di bawah ;

Seksyen A : Pengetahuan AM
● 40 Minit
● 8.00 malam - 8.40 malam

Dalam Seksyen A, calon-calon peperiksaan akan diuji daya kesedaran terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan dengan pengurusan sumber Malaysia/ infrastruktur, pengurusan sumber ekonomi/ kewangan, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri, pengurusan teknologi maklumat, pentadbiran dan pembangunan wilayah / tanah / daerah, keselamatan dan pertahanan negara.

Jadi untuk berjaya menjawab soalan Pengetahuan AM Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif Gred 41 LHDN, anda perlu mengetahui dalam aspek berikut ;
● Pengetahuan yang mendalam tentang kerjaya jawatan Pegawai Eksekutif LHDN
● Hal Ehwal yang berkaitan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
● Pengetahuan AM mengenai pentadbiran dan pengurusan LHDNM
● Peka terhadap isu semasa dalam dan luar negeri terutamanya melibatkan pihak LHDNM

1. Program Kebajikan Rakyat 1 Malaysia (KAR1SMA) merupakan bantuan kepada kumpulan sasar yang terdiri daripada

I. Kanak-kanak
II. Balu askar dan polis
III. Orang kelainan upaya
IV. Mangsa bencana alam

A. I, II dan III.
B. I, III dan IV.
C. I, II dan IV.
D. II, III dan IV.

Jawapan : A

2. Di antara berikut, yang manakah BUKAN ditadbir oleh Kementerian Kewangan?
A. Bank Negara Malaysia dan Bank Simpanan Nasional
B. Lembaga Zakat Selangor dan Lembaga Tabung Haji 
C. Jabatan Akauntan Negara dan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta
D. Bursa Saham Kuala Lumpur dan Suruhanjaya Sekuriti

3. Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat diselaraskan menerusi tindakan agensi kerajaan seperti
A. Majlis Perancang Negara
B. Majlis Kewangan Negara
C. Majlis Bandaraya
D. Majlis Daerah

4. Berikut adalah barisan pengurusan eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri, kecuali
A. Datuk Mohd Nizom Sairi
B. Datuk Sabin Samitah
C. Datuk Abdul Rahman Dahlan
D. Abdul Manap Din

Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah
● 50 Minit
● 8.55 malam - 9.45 malam

Dalam Seksyen B berkisarkan soalan mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut :

I. Kemahiran Menggunakan Logik

1. Rajah yang diwakili oleh Z adalah

Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif Gred 41 LHDN

II. Kemahiran Menginterpretasi Data

1. Carta berikut menunjukkan bilangan pelancong tempatan dan luar negara yang melawat ke Zoo Negara dari bulan Januari hingga Mac.

Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif Gred 41 LHDN

Pada bulan April , bilangan pelancong luar negara telah menurun sebanyak 40 peratus manakala bialngan pelancong tempatan adalah 1/3 berbanding bulan sebelumnya. Hitung jumlah perbezaan antara pelancong tempatan dan pelancong luar negara yang datang melawat ke Zoo Negara bagi bulan April.

A. 20 orang  C. 60 orang
B. 40 orang  D. 80 orang

Jawapan : B

Teknik menjawab soalan

Pelancong luar negara:
40/100% x 400 = 160
400 - 160 = 240

Pelancong tempatan :
1/3 x 600 = 200

Beza pelancong Bulan April :
240 - 200 = 40

III. Konsep Matematik

1. Petak  A dan C berbentuk segiempat sama dan keluasan petak C adalah 1/4 daripada keluasan Petak A.

Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif Gred 41 LHDN

Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif Gred 41 LHDN

Seksyen C : Kefahaman Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris 
● 20 Minit
● 10.00 malam - 10.20 malam

Dalam seksyen ini anda akan diberikan masa selama 20 minit untuk menjawab 20 soalan objektif, dimana bahagian ini diberikan petikan esei Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris. Esei kebiasaanya mengandungi antara 300-400 patah perkataan.





PERINGATAN : Contoh-contoh soalan yang dikongsikan oleh pihak kami hanyalah sekadar contoh dan gambaran sahaja, tidak mempuyai kaitan soalan ramalan atau bocor soalan.

Jadi bagaimana dengan anda sekarang? Sudahkah bersedia untuk menghadapi peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDNM sesi September 2017?

PERSEDIAAN PANTAS MENGGUNAKAN RUJUKAN PEPERIKSAAN ONLINE PEGAWAI EKSEKUTIF GRED 41 LHDN 


Untuk membantu para calon exam online Pegawai Eksekutif LHDN 2017, satu Panduan Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif Gred 41 LHDN sedang disediakan khas buat anda.

Berikut adalah isi kandungan yang terdapat dalam nota rujukan Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41 seperti di bawah ;
● Nota berkaitan jawatan Pegawai Eksekutif LHDN
● Penerangan format terkini Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN
● Contoh soalan dan jawapan setiap seksyen soalan peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN
● Tips persediaan menjawab soalan peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN

Bagaimana nak dapatkan rujukan peperiksaan ini, klik di link bawah ;

>> DAPATKAN PANDUAN PEPERIKSAAN ONLINE PEGAWAI EKSEKUTIF GRED 41 LHDN 

Panduan Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif Gred 41 LHDN 

* Jualan rujukan ini akan dibuka dijangka pada 15 September 2017 dari tim Infokerjaya.

Jika anda ingin mendapatkan info terkini mengenai rujukan peperiksaan online ini, anda boleh join group channel Telegram melalui link ini → https://t.me/joinchat/DzgIQA6dZtiYNWO7UqBMVQ.

Baca juga :
Jawatan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41
Download Rujukan & Nota Exam Online Pegawai Eksekutif LHDN
Rujukan Exam Online Pegawai Eksekutif LHDN 
Contoh Soalan Matematik Peperiksaan Online SPA

Selamat maju kepada calon peperiksaan online Pegawai Eksekutif LHDN. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda untuk menjawab peperiksaan lebih mudah dan cepat.

Pihak SPA8i.net tidak berkaitan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Apa yang tim SPA8i.net sediakan adalah bantuan persediaan calon untuk menduduki peperiksaan. Soalan disediakan bukan BUKU KAJIAN jauh sekali soalan sebenar peperiksaan. Ianya lebih kepada contoh soalan untuk memudahkan persediaan calon dilengkapi dengan nota-nota persediaan.

1 ulasan:

  1. Untuk berjaya dalam sesuatu bidang,Seharusnya mempunyai kepakaran dan berwibawa untuk menangani segala kemungkinan yang berada dalam bidang tersebut.Contoh:Seperti jawatan yang sedang di wartakan.Sekian..

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.