Header Ads

Contoh Soalan Ujian Kelayakan Calon Guru (eUKCG) 2023

Contoh Soalan Ujian Kelayakan Calon Guru (eUKCG) 2023. Bilakah tarikh panggilan Ujian Kelayakan Calon Guru tahun 2023? Panduan buat calon PISMP yang berjaya dipanggil untuk menduduki e-Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG) untuk kemasukan ke Institut Pendidikan Guru (IPG). Untuk makluman menerusi laman Kementerian Pendidikan Malaysia, ujian UKCG akan dilaksanakan pada 1 April hingga 25 April 2021. Bagi calon UKCG 2021 sudah pastinya ingin mengetahui kriteria dan contoh soalan UKCG? Berikut contoh soalan INSAK untuk Ujian Kelayakan Calon Guru.

Contoh Soalan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) 2023

Contoh Soalan Ujian Kelayakan Calon Guru (eUKCG) 2023


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang contoh soalan Ujian Kelayakan Calon Guru termasuk memaparkan tarikh penting panggilan UKCG :

Apakah e-UKCG?


e-UKCG adalah merupakan ujian psikometrik secara atas talian yang digunakan oleh IPGM untuk menyaring calon-calon yang memohon latihan perguruan di IPG. Hanya calon yang lulus e-UKCG layak dipertimbangkan untuk menduduki saringan seterusnya.

Tarikh Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) 2021


a. Pelaksanaan eUKCG : 1 April hingga 25 April 2021

b. Keputusan calon layak dipanggil eUKCG : 30 April hingga 16 Mei 2021

c. Menyediakan video pengenalan diri/ demontrasi : 30 April hingga 16 Mei 2021

Maklumat Penting e-Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG)


Untuk makluman e-UKCG terdiri daripada tiga sesi iaitu Ujian Kelayakan Calon Guru, Video Pengajaran (VP) dan Video Kecergasan Fizikal (VKF) :

A. Ujian Kelayakan Calon Guru
○ Terdiri daripada Bahagian A dan Bahagian B yang mesti dijawab oleh calon dalam tempoh 45 minit.

B. Penyediaan dan Penghantaran Video Pengajaran

Calon yang lulus e-UKCG sahaja akan menjalani Video Pengajaran. Anda perlu menghasilkan VP antara 6 minit ke 8 minit dan muatnaik ke aplikasi Youtube.

C. Penyediaan dan Penghantaran Video Kecergasan Fizikal

Calon perlu menyediakan rakaman VKF mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Calon diminta menyediakan rakaman VKF dalam tempoh antara 30 April hingga 16 Mei 2021. Tarikh akhir calon perlu menghantar rakaman VKF adalah pada 16 Mei 2021.

Contoh Soalan INSAK Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) 


Antara contoh-contoh soalan Ujian Kelayakan Calon Guru sebagai rujukan buat calon :

1. Saya sering cari peluang untuk membina hubungan interpersonal yang rapat dengan rakan sejawat.
A. Setuju               B. Tidak setuju

2. Sekolah tidak bertanggungjawab dengan soalan guru
A. Setuju               B. Tidak setuju

3. Harapan saya ialah dapat mengajar murid yang cerdik sahaja
A. Setuju              B. Tidak setuju

4. Saya akan dipandang rendah jika merendah diri
A. Setuju              B. Tidak setuju

5. Berbincang teknik mengajar dengan rakan sejawat akan merugikan masa
A. Setuju              B. Tidak setuju

6. Jika dikritik, saya akan membalas dengan kritikan yang lebih tajam
A. Setuju             B. Tidak setuju

7. Saya akan cuba meningkatkan kemahiran mengajar pada bila-bila masa
A. Setuju            B. Tidak setuju

8. Melakukan kesilapan bukan perkara yang memalukan, yang pentingnya mesti berusaha membetulkanya.
A. Setuju           B. Tidak setuju

9. Jika tersilap, biar masa melupakanya
A. Setuju          B. Tidak setuju

10. Apabila saya telah membuat keputusan, saya tidak suka orang menghalang saya melaksanakanya.
A. Setuju          B. Tidak setuju

Nota Penting : Contoh soalan ujian bertulis UKCG di atas adalah bukan soalan sebenar ianya contoh sebagai panduan buat calon sahaja.

Untuk keterangan lanjut tentang pengambilan PISMP sila layari ke laman web https://pismp.moe.gov.my/

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.