Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Operasi Gred N11

Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Operasi Gred N11. Anda berminat bekerja sebagai kakitangan awam sebagai Pembantu Operasi Gred N11? Jom mohon kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Permohonan jawatan Pembantu Operasi boleh dibuat secara online di laman web rasmi SPA. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Pembantu Operasi Gred N11.


Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Operasi Gred N11

Permohonan dan pengambilan jawatan Pembantu Operasi N11 telah dibuka kekosongan jawatan di pelbagai kementerian/ jabatan dan Pentadbiran Kerajaan Negeri. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Pembantu Operasi Gred N11 bagi permohonan kerja lepasan SRP/ PMR/ PT3 menerusi portal SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Operasi Gred N11


Berikut dikongsikan adalah informasi tentang Pembantu Operasi Gred N11 mengenai gaji, kelayakan dan deksripsi tugasnya ;

Gaji Pembantu Operasi Gred N11


Gaji Pembantu Operasi Gred N11 sekitar RM1,216.00 sehingga RM2,983.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan adalah berjumlah RM80.00.

Syarat Kelayakan Pembantu Operasi Gred N11


Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

1. warganegara Malaysia;
2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
a. Pentaksiran Tingkatan Tiga/ Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Pembantu Operasi Gred N11 boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

Deskripsi Tugas Pembantu Operasi Gred N11


Berikut adalah tugas-tugas Pembantu Operasi N11 seperti di bawah :

Melaksanakan tugas-tugas dalam membantu melicinkan perjalanan urusan pejabat seharian melibatkan pergerakan fail, penghantaran dan pendaftaran surat/dokumen/saman/notis serta pemanduan kenderaan. Memandu dan menyenggara kenderaan yang diliputi oleh lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E. Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas operasi am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam pejabat/jeti [Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)].

BACA JUGA : Jawatan Kosong Penolong Penguasa Kastam

Semoga perkongsian ini tentang Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Operasi Gred N11 dapat membantu mereka yang ingin bekerja di sektor kerajaan. Selamat maju jaya dan moga dapat berkhidmat di pelbagai jabatan kerajaan.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.