Header Ads

Permohonan Perumahan Bandar DBKL 2020 Online (Micro Housing)

Permohonan Perumahan Bandar DBKL 2020 Online (Micro Housing). Berita baik buat anda yang bekerja atau tinggal di Kuala Lumpur yang ingin rumah mampu milik. Untuk makluman, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperkenalkan satu skim perumahan iaitu Perumahan Bandar bagi membantu golongan bujang yang kurang berkemampuan khususnya mereka yang datang dari luar kawasan Lembah Klang termasuk Sabah dan Sarawak serta tidak mempunyai saudara mara di Kuala Lumpur. Permohonan bagi penyewaan Perumahan Bandar ini telah dibuka bermula 20 Ogos 2019 dan permohonan boleh dilakukan melalui laman sesawang http://eperumahan.dbkl.gov.my.

Permohonan Perumahan Bandar DBKL 2020 Online (Micro Housing)

Perumahan Bandar ini akan mula menerima kemasukan penghuninya pada 15 Oktober 2019 ini. Ia merupakan inisiatif kerajaan menerusi DBKL untuk membantu golongan belia/ beliawanis yang baru bekerja di bandar terutama golongan yang berpendapatan B40.

Permohonan Perumahan Bandar DBKL 2020 Online (Micro Housing) 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Sewaan Perumahan Bandar termasuk memaparkan syarat kelayakan, kadar sewaan dan aplikasi permohonan :

Syarat Kelayakan Perumahan Bandar


Antara syarat-syarat kelayakan Perumahan Bandar yang perlu diikuti adalah :

1. Warganegara Malaysia;
2. Berstatus Bujang (Belum berkahwin);
3. Berumur 18 tahun hingga 35 tahun;
4. Pendapatan tidak melebihi RM 2,000.00 sebulan (mengikut kadar bantuan BSH 2019);
5. Tidak memiliki rumah;
6. Tidak mempunyai kereta;
7. Bekerja di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur;
8. Keutamaan kepada mereka yang berasal dari luar Kuala Lumpur dan menetap melebihi daripada 25 km radius dari Perumahan Bandar; dan,
9. Terbuka kepada golongan yang bekerja sahaja (golongan pelajar tidak layak)

KADAR SEWAAN

RM100.00 sebulan (termasuk penggunaan elektrik dan air)

Cara Pendaftaran Perumahan Bandar DBKL 2020


1. Pemohon yang berminat serta layak boleh membuat permohonan secara atas talian melalui laman sesawang DBKL http://eperumahan.dbkl.gov.my

2. Selain borang permohonan anda perlu sertakan dokumen-dokumen sokongan iaitu :
i. Gambar pemohon bersaiz passport (1 keping sahaja)
ii. Salinan kad pengenalan pemohon (Perlu disahkan)**
iii. Salinan penyata gaji terkini (Perlu disahkan)**
iv. Salinan surat pengesahan bujang (disahkan oleh Majikan/ Jabatan Agama/ Jabatan Pendaftaran)

** Dokumen salinan hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A/ Wakil Rakyat/ Pengerusi Persatuan/Pertubuhan

Sebarang permasalahan yang timbul sila berhubung terus dengan jabatan kami melalui e-mel ke eperumahan@dbkl.gov.my.

BACA JUGA : Permohonan Rumah Mampu Milik Kuala Lumpur 

Semoga anda berjaya mendapat tawaran skim perumahan sewaan ini untuk membantu anda memiliki sebuah rumah di Kuala Lumpur.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.