Header Ads

Permohonan Skim Sewa Beli Hartanah Johor 2020 Online (Jauhar Prihatin)

Permohonan Skim Sewa Beli Hartanah Johor 2020 Online (Jauhar Prihatin). Berita baik buat anda yang lahir dan menetap di Negeri Johor Darul Takzim dan berpendapatan rendah yang ingin memiliki rumah idaman sendiri. Untuk makluman, Jauhar Prihatin memperkenalkan satu skim perumahan iaitu Skim Sewa Beli Hartanah Johor bagi golongan yang berpendapatan rendah (B40). Bagi anda yang berkelayakan boleh memohon Skim Sewa Beli Hartanah Johor dengan memuat turun borang permohonan secara atas talian di laman web https://kprj.com.my/.

Permohonan Skim Sewa Beli Hartanah Johor 2020 Online (Jauhar Prihatin)

JAUHAR PRIHATIN merupakan Skim Sewa Beli Hartanah Johor yang dirangka dengan terperinci untuk merealisasikan hasrat Kerajaan dan Rakyat Negeri Johor mencapai matlamat 1 Keluarga 1 Rumah. Juahar Prihatin menyasarkan golongan M40 dan B40 sebagai sasaran utama perlaksanaannya. Skim ini juga menyediakan satu platform untuk golongan ini memiliki rumah mereka sendiri dalam masa kurang daripada 5 tahun.

Permohonan Skim Sewa Beli Hartanah Johor 2020 Online (Jauhar Prihatin)


Berikut dikongsikan maklumat tentang Skim Sewa Beli Hartanah Johor termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Syarat Kelayakan Skim Sewa Beli Hartanah Johor


Antara syarat-syarat kelayakan permohonan Skim Sewa Beli Hartanah Johor (Jauhar Prihatin) adalah seperti berikut :

1. Keutamaan kepada Rakyat Negeri Johor atau warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Johor lebih dari 10 tahun.
2. Berusia lingkungan 18 - 45 tahun dan berkeluarga atau mempunyai tanggungan;
3. Pendapatan kasar isi rumah RM1,500 – 10,000 sebulan (mengikut katogeri rumah yang dipohon);
4. Pemohon / pasangan tidak mempunyai rumah sendiri / merupakan rumah pertama;
5. Pemohon tidak muflis;
6. Pemohon merupakan pengundi di Negeri Johor

Cara Permohonan Skim Sewa Beli Hartanah Johor (Jauhar Prihatin)


1. Pemohon boleh membuat permohonan dengan memuat turun borang menerusi pautan di bawah ;

2. Isikan maklumat dengan lengkap dan hantar borang permohonan tersebut ke pejabat Generasi Takzim Sdn. Bhd. seperti alamat di bawah ;

GENERASI TAKZIM SDN. BHD
G-07 & 08, Blok 4, Danga Bay, Jalan Skudai,
80200 Johor Bahru, Johor.

Dokumen Penting Yang Diperlukan

A. MAKLUMAT MENGENAI DIRI & KELUARGA

1. Salinan Photostat Geran Hakmilik individu
2. Salinan Photostat Kad Pengenalan & Sijil Kelahiran pemohon
3. Salinan Photostat Sijil Perkahwinan
4. Salinan Photostat Kad Pengenalan & Sijil Kelahiran pasangan
5. Salinan Photostat Kad Pengenalan & Sijil Kelahiran anak-anak
6. Bukti alamat kediaman sekarang – (Salinan Bil telefon TM/Unifi, Bil TNB atau
Bil Air SAJ)

B. MAKLUMAT MENGENAI PENDAPATAN & PEKERJAAN

i) UNTUK PEKERJA YANG BERGAJI
1. Slip gaji terkini untuk 3 bulan yang telah disahkan oleh majikan
2. Penyata tahunan EPF
3. EA Form /EC Form / Borang J
4. Surat Pengesahan Majikan
5. Penyata bank gaji terkini untuk 3 bulan
ii) UNTUK YANG BEKERJA SENDIRI
1. Salinan Photostat Kad Pengenalan
2. Surat SSM (Pendaftaran perniagaan)
3. Penyata bank terkini untuk 6 bulan jika perniagaan lebih setahun dan Penyata
bank bagi setiap bulan jika perniagaan kurang dari setahun.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di:

GENERASI TAKZIM SDN. BHD
G-07 & 08, Blok 4, Danga Bay, Jalan Skudai,
80200 Johor Bahru, Johor.
Tel : +607 235 8377
Faks : +607 235 9377

BACA JUGA : Permohonan Rumah Mampu Milik Johor (eRumah Johor) 

Semoga adanya skim perumahan dapat membantu golongan yang berkelayakan memiliki rumah idaman sendiri. 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.