Header Ads

Senarai Bantuan Kerajaan 2021 (Berpendapatan Rendah B40)

Senarai Bantuan Kerajaan 2021 (Berpendapatan Rendah B40). Apakah bantuan yang disediakan oleh kerajaan? Setiap tahun, kerajaan Malaysia akan memperuntukkan bajet yang besar untuk membantu rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah (B40). Kerajaan akan merangka program atau inisiatif bantuan untuk meringankan beban rakyat Malaysia lebih-lebih lagi menghadapi kos sara hidup yang tinggi. Melalui Belanjawan 2020, kerajaan Pakatan Harapan masih meneruskan Bantuan Sara Hidup dan beberapa skim bantuan terbaru antaranya iaitu Program Subsidi Petrol (PSP), PEKA B40 dan banyak lagi.

Senarai Bantuan Kerajaan 2020 (Berpendapatan Rendah B40)

Senarai Bantuan Kerajaan 2021 (Berpendapatan Rendah B40) 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Kerajaan Malaysia yang boleh dipohon bagi yang berkelayakan seperti :

BANTUAN SARA HIDUP


Bantuan Sara Hidup atau BSH yang dahulu dikenali sebagai Bantuan Rakyat 1 Malaysia adalah satu bantuan daripada Kerajaan yang ditujukan kepada beberapa kategori penerima yang telah dikenalpasti. Bantuan ini diberikan dalam bentuk tunai kepada penerima yang berkelayakan. Selain bantuan tunai, mereka yang menerima BSH juga layak untuk menyertai Skim Khairat Kematian yang diwujudkan di bawah BSH ini.

PROGRAM REBAT ELEKTRIK RM40


Program Rebat Bil Elektrik RM40 adalah program bantuan Kerajaan secara bersasar untuk membiayai bil elektrik bulanan sehingga RM40 kepada keluarga miskin tegar dan miskin yang berdaftar dan disahkan dalam Sistem eKasih. Pengguna yang layak akan menerima bil elektrik percuma sehingga RM40 setiap bulan.

SKIM MYSALAM


Skim perlindungan kesihatan nasional mySalam adalah satu inisiatif bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada individu berpendapatan rendah (B40) yang juga penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 berumur 18 hingga 55 tahun serta pasangan mereka.

PAS TANPA HAD MYRAPID


My100 dan My50 adalah pas yang menawarkan perjalanan tanpa had pada rangkaian kereta api dan bas Rapid KL selama 30 hari berturut-turut.

SKIM I-SURI


Skim KWSP Untuk Suri Rumah (i-SURI) yang diperkenalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan bagi mewujudkan jaringan sosial dan seterusnya memperkasa hak wanita dan mengiktiraf kepentingan peranan kaum hawa. Kumpulan sasar yang akan mendapat manfaat di bawah skim ini adalah semua yang merupakan suri rumah kepada Ketua Isi Rumah, Ketua Isi Rumah dalam kalangan ibu tunggal, balu dan wanita belum berkahwin yang berdaftar dalam Sistem e-Kasih kendalian Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri.

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP) 


Bantuan Awal Persekolahan dilaksanakan oleh kerajaan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun. Bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000.00 dan ke bawah.

SKIM PEDULI KESIHATAN UNTUK KUMPULAN B40


Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 atau dikenali sebagai PeKa B40 adalah satu inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah, dengan memberi fokus terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD). Penerima Bantuan Sara Hidup dan pasangan mereka, yang berumur 50 tahun dan ke atas, secara automatik layak menyertai PeKa B40.

Sumber : PMO

3 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.