Header Ads

Tarikh Pembayaran BSH 2020 (Fasa 1, 2 & 3)

Tarikh Pembayaran BSH 2020 (Fasa 1, 2 & 3). Bilakah tarikh pembayaran Bantuan Sara Hidup 2020? Berita baik buat anda khususnya bakal penerima Bantuan Sara Hidup dimana kerajaan Pakatan Harapan masih meneruskan pemberian bantuan kewangan ini sepertimana dibentangkan dalam Belanjawan Malaysia 2020. Menerusi pembentangan Bajet menyatakan pemberian Bantuan Sara Hidup akan diberikan kepada golongan yang benar-benar layak sahaja khususnya berpendapatan rendah B40 termasuk golongan bujang umur 40 tahun dan ke atas serta Orang Kurang Upaya. Penerima isi rumah bakal menerima manfaat bantuan kewangan ini bagi fasa pertama bermula pada 20 Januari 2020.

Tarikh Pembayaran BSH 2020 (Fasa 1, 2 & 3)

Tarikh Pembayaran BSH 2020 (Fasa 1, 2 & 3)


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pembayaran BSH 2020 meliputi Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3 mengikut kategori permohonan masing-masing :

Fasa Pertama : Mulai 20 Januari 2020

Kategori dan Jumlah Bantuan Sara Hidup 2020


1. Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM2,000 dan ke bawah - Jumlah RM1,000 +RM120/ anak

2. Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM2,001 hingga RM3,000 - Jumlah RM750 +RM120/ anak

1. Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM3,001 hingga RM4,000 - Jumlah RM500 +RM120/ anak

3. Individu bujang berusia 40 tahun dan ke atas - Jumlah RM300

5. Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 18 tahun atau lebih dan berpendapatan bulanan kurang RM2,000 - Jumlah RM300

Cara Pembayaran Bantuan Sara Hidup 2020


Pembayaran Fasa Pertama BSH 2020 adalah merujuk kepada kaedah pembayaran terakhir BSH 2019 seperti berikut:

i. Berjaya Kredit ke akaun 

Pembayaran akan dilakukan kepada akaun penerima BSH 2019 termasuk akaun baharu yang didaftarkan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula pada 20 Januari 2020. 

ii. Tunai di Kaunter BSN

Pembayaran akan dilakukan secara tunai bagi Pedalaman Sabah dan Sarawak bermula pada 1 Februari 2020 sekiranya:

a. Pembayaran terakhir BSH 2019 disebabkan kegagalan pembukaan akaun oleh BSN serta akaun yang bermasalah; 
b. Isteri (Pasangan) yang menerima BSH 2019 meninggal dunia; 
c. Pembayaran terakhir BSH 2019 secara tunai

Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut boleh terus hubungi di talian bebas 1800882716 atau hantar email kepada br1m@treasury.gov.my.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.