Header Ads

Contoh Soalan Peperiksaan Juruteknik Komputer FT19

Contoh Soalan Peperiksaan Juruteknik Komputer FT19. Anda calon Juruteknik Komputer? Panduan buat calon yang bakal menduduki peperiksaan online untuk jawatan Juruteknik Komputer Gred FT19. Sudahkah anda buat persediaan untuk menghadapi peperiksaan ini? Menerusi portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) memaklumkan peperiksaan online Juruteknik Komputer di Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) akan dilaksanakan pada 13 Februari 2020. Untuk posting ini akan membantu para calon mengenai contoh soalan dan format peperiksaan online Juruteknik Komputer sebagai rujukan sahaja.

Contoh Soalan Peperiksaan Juruteknik Komputer FT19

Contoh Soalan Peperiksaan Juruteknik Komputer FT19


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang tentang peperiksaan Juruteknik Komputer Gred FT19 yang memaparkan format exam, contoh soalan, dan rujukan ;

Format Peperiksaan Online Juruteknik Komputer 


Dalam peperiksaan online Juruteknik Komputer pada sesi Februari 2020 terdapat dua (2) seksyen yang calon perlu laksanakan iaitu Pengetahuan Am dan Daya Menyelesaikan Masalah :

SEKSYEN A : PENGETAHUAN AM

SEKSYEN B : DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Seksyen A : Pengetahuan Am

1. Faktor-faktor yang menjadi penyumbang utama kepada pelaburan asing dalam negara adalah
I . keadaan politik dan ekonomi yang stabil
II . peningkatan kos infrastruktur
III . kapasiti modal insan yang berkemahiran
IV . dasar-dasar pelaburan kerajaan yang liberal
A ) I, ll dan III
B ) I, II dan IV
C ) I, III dan IV
D ) II, III dan IV

2. Badan yang menjalankan kuasa eksekutif dan bertindak sebagai badan penyelaras utama di peringkat negeri ialah
A ) Menteri Besar.
B ) Ketua Menteri.
C ) Majlis Mesyuarat Kerajaan.
D ) Setiausaha Kerajaan Negeri.

3. Pilih agensi yang bukan di bawah tanggungjawab KPDNKK
A ) Bank Rakyat.
B ) Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
C ) Perbadanan Harta Intelek Malaysia.
D ) Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga.

4. Berikut adalah objektif Pelan Induk Perindustrian kecuali
A ) mengimport dan menyerap teknologi lebih sofistikated.
B ) menggalakkan penggunaan sepenuhnya sumber asli negara.
C ) meninggikan tahap penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi tempatan.
D ) menjadikan sektor perkilangan sebagai catalyst pertumbuhan perindustrian negara.

5. Isu-isu berikut adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kecuali
A ) pembangunan komuniti setempat.
B ) hak dan tuntutan pembeli rumah.
C ) pelaksanaan konsep kejiranan hijau.
D ) pembangunan fasiliti kawasan luar bandar.

Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah 

Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan iaitu kemahiran logik, menginterpretasi dan Matematik.

1. Diberi a - 4b = 9 dan 2a + 4b = 15. Cari nilai bagi a.
A. 10
B. 8
C. 1/8
D. - 10

2. Kamariah mempunyai RM110. Dia membelanjakan semua wangnya untuk membeli P helai baju dengan harga RM50 seunit dan Q helai seluar dengan harga RM5 seunit. Persamaan yang menyambungkan P dan Q ialah
A. 10Q + 5P = 22
B. 50P + Q = 22
C. 10P + Q = 22
D. 10P + Q = 220

3. Apakah nombor x dalam urutan berikut 1, 3, 6, 10, x, 21, 28?
A. 11
B. 13
C. 15
D. 17

4. Lee dapat menjawab 6 soalan Matematik Tambahan dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Matematik Tambahan yang boleh dijawab oleh Lee dalam masa 1 jam 15 minit? 
A. 55
B. 50
C. 40
D. 45

5. Seorang pelajar mempunyai wang sebanyak RM450 di sebuah bank dengan kadar faedah 4.5% setahun. Kirakan tempoh masa setahun pinjaman untuk mendapat dividen sebanyak RM81? 
A. 4 tahun
B. 3.5 tahun
C. 5 tahun
D. 4.5 tahun

6. Jumlah harga 40 biji tembikai ialah RM380. Berapakah harga purata sebiji tembikai?

A. RM 10.00
B. RM 9.00
C. RM 8.50
D. RM 9.50
Jawapan : D

7. Di antara berikut yang manakah nilai paling besar ?.
A. 2.7%
B. 3/4
C. 0.013
D. 16/45
Jawapan : B

8. Siti membeli 2 botol jus oren, satu botol mengandungi 0.85 liter dan satu botol lagi 1.75 liter. Jika jus oren disediakan untuk 10 orang, cari purata liter yang diterima oleh setiap orang.
A. 0.25 liter
B. 0.26 liter
C. 1.28 liter
D. 2.6 liter
Jawapan : B

9. Husniah mempunyai 5 gulung tali. Panjang setiap gulung tapi adalah 3.5 meter. Dia menggunakan 3 gulung tali dan 145 cm daripada satu gulung yang lain. Cari panjang dalam meter, baki tali yang belum digunakan.
A. 2.05
B. 5.55
C. 8.45
D. 10.55
Jawapan : D

10. Kilang A menghasilkan 895 buah televisyen setiap hari. Berapakah bilangan televisyen yang dapat dihasilkan dalam bulan Ogos?
A. 27745
B. 26850
C. 27754
D. 25060

11. Antara nombor berikut yang manakah paling hampir kepada 9.5?
A. 9.065
B. 10.055
C. 10.005
D. 9.005

12. Sebuah restoran menawarkan hidangan makan untuk dewasa berharga RM75 seorang manakala untuk kanak-kanak berharga RM35 seorang. Kira jumlah harga hidangan untuk 4 orang dewasa dan 5 orang kanak-kanak?
A. RM115
B. RM475
C. RM515
D. RM995

13. Setelah penurunan harga sebanyak 35 peratus jumlah harga 3 helai baju yang sama ialah RM115.05. Berapakah harga asal bagi sehelai baju itu?
A. RM59.00
B. RM58.00
C. RM174.00
D. RM177.00

14. Sebuah bekas boleh memuatkan 230 hingga 280 biji guli. Berapakah anggaran jumlah bilangan guli yang dapat memenuhi 48 bekas yang serupa?
A. 11,0001
B. 10,000
C. 13,400
D. 13,450

15. Diberi isipadu sebuah silinder tegak dengan diameter tapaknya 16cm ialah 4224cm padu. Berapakah ketinggian silinder tersebut? 
A. 32.25cm
B. 21cm
C. 84cm
D. 5.25cm

PERINGATAN : Contoh-contoh soalan yang dikongsikan di atas hanyalah sekadar gambaran sahaja, tidak mempunyai kaitan soalan ramalan atau bocor soalan. Rujukan semata-mata!

NAK DAPATKAN RUJUKAN LENGKAP PEPERIKSAAN ONLINE PSEE? 


Untuk makluman Tim infokerjaya ada terbitkan satu rujukan lengkap untuk persiapan peperiksaan online. Rujukan ini dilengkapi dengan nota-nota, contoh-contoh soalan Pengetahuan Am dan Matematik beserta jawapan dan jalan kerja.

Ini yang anda bakal dapat dalam rujukan ;
√ Huraian format peperiksaan terkini
√ Contoh soalan Pengetahuan Am (40++ Soalan & Jawapan)
√ Contoh soalan Daya Menyelesaikan Masalah (30++ Soalan & Jawapan)
√ Formula Matematik
√ 120++ muka surat



Untuk dapatkan nota peperiksaan online ini anda terus ke laman di bawah ;

[+] https://go.infotambahan.com/ebookextra/37705

BACA JUGA : Rujukan Peperiksaan Online Juruteknik Komputer

Pihak SPA8i.net tidak berkaitan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Apa yang tim SPA8i.net sediakan adalah bantuan persediaan calon untuk menduduki peperiksaan. Soalan disediakan bukan BUKU KAJIAN jauh sekali soalan sebenar peperiksaan. Ianya lebih kepada contoh soalan untuk memudahkan persediaan calon dilengkapi dengan nota-nota persediaan.con

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.