Header Ads

Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat KEMAS/JAKOA

Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat KEMAS/JAKOA. Anda calon Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat? Panduan buat calon peperiksaan online Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat sesi Februari 2020. Sudahkah anda buat persediaan untuk menghadapi peperiksaan ini? Menerusi portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) memaklumkan peperiksaan online Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat akan dilaksanakan pada 18 Februari 2020. Untuk posting ini akan membantu para calon mengenai format dan contoh soalan peperiksaan online Pegawai Pembangunan Masyarakat.

Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat KEMAS/JAKOA

Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat KEMAS/JAKOA


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang tentang peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat yang memaparkan format exam, contoh soalan, dan rujukan ;

Format Peperiksaan Online Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat 


Dalam peperiksaan online Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat pada sesi Februari 2020 terdapat tiga seksyen yang calon perlu laksanakan iaitu seksyen A: pengetahuan am, seksyen B: daya menyelesaikan masalah dan seksyen C: kefahaman bahasa Inggeris :

● SEKSYEN A : PENGETAHUAN AM
● SEKSYEN B : DAYA MENYELESAIKAN MASALAH
● SEKSYEN C : KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat 


Seksyen A : Pengetahuam Am

1. Faktor-faktor yang menjadi penyumbang utama kepada pelaburan asing dalam negara adalah
I . keadaan politik dan ekonomi yang stabil
II . peningkatan kos infrastruktur
III . kapasiti modal insan yang berkemahiran
IV . dasar-dasar pelaburan kerajaan yang liberal
A. I, ll dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

2. Badan yang menjalankan kuasa eksekutif dan bertindak sebagai badan penyelaras utama di peringkat negeri ialah
A. Menteri Besar.
B. Ketua Menteri.
C. Majlis Mesyuarat Kerajaan.
D. Setiausaha Kerajaan Negeri.

3. Taman Sinar Harapan dan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti adalah institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menyediakan perkhidmatan kepada
a. Orang Kurang Upaya
b. Anak yatim.
c. Kanak-kanak.
d. Wanita.

4. Badan tertinggi yang bertanggungjawab bagi pengurusan bencana ialah
a. Majlis Sosial Negara.
b. Majlis Bencana Negara.
c. Majlis Keselamatan Negara.
d. Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Malaysia.

5. Antara berikut yang manakah bukan Akta di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat?
i. Akta Kanak-Kanak 2001
ii. Akta Mahkamah Juvana 1947
iii. Akta Keganasan Rumah Tangga 1994
iv. Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda 1947
a. I dan III
b. I dan II
c. II dan IV
d. III dan IV

6. Apakah panggilan yang diberikan kepada ahli dalam Dewan Negara?
A. Senator
B. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
C. Ahli Majlis
D. Ahli Dewan Negara

7. Antara berikut yang manakah kriteria kelayakan wajib pemberian bantuan kewangan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat?
a. Berumur 18 tahun ke atas.
b. Pendapatan keluarga di bawah Paras Garis Kemiskinan.
c. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia.
d. Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

8. Terdapat tiga (3) institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menyediakan perkhidmatan kepada warga emas iaitu
a. Rumah Seri Kenangan, Rumah Ehsan dan Rumah Sejahtera.
b. Rumah Seri Kenangan, Rumah Ehsan dan Rumah Orang Tua
c. Rumah Orang Tua, Rumah Sejahtera dan Desa Bina Diri.
d. Rumah Seri Kenangan, Desa Bina Diri dan Rumah Ehsan.

9. Berapakah kadar Bantuan Orang Tua (BOT) yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat?
a. RM250.00 sebulan
b. RM200.00 sebulan
c. RM300.00 sebulan
d. RM350.00 sebulan

10. Apakah MISI Jabatan Kebajikan Masyarakat?
a. Memperkasa masyarakat rentan ke arah kesejahteraan sosial.
b. Memperkasa masyarakat ke arah kesejahteraan rakyat.
c. Memperkasa masyarakat yang memerlukan ke arah kesejahteraan sosial.
d. Memperkasa masyarakat rentan ke arah hidup yang aman, sejahtera dan
bahagia.

Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah

Calon diuji dengan konsep matematik, kemahiran numeric serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas matematik, pemahaman konsep dan berkebolehan berfikir.

1. Terdapat 1000 biji guli pelbagai warna di dalam sebuah bilik stor. Jika dipilih secara
rawak kebarangkalian memilih sebiji guli hijau ialah 3/5. Berapakah bilangan guli hijau di dalam stor tersebut?
A. 50
B. 60
C. 300
D. 600

2. Berat bagi sebakul kelapa ialah 26kg, manakala berat bagi sebakul tembikai ialah 104kg. Berapakah peratus (%) lebihan berat sebakul tembikai berbanding sebakul
kelapa?
A. 78
B. 250
C. 300
D. 350

3. Apakah nombor x dalam urutan berikut 1, 3, 6, 10, x, 21, 28?
A. 11
B. 13
C. 15
D. 17

4. Lee dapat menjawab 6 soalan Matematik Tambahan dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Matematik Tambahan yang boleh dijawab oleh Lee dalam masa 1 jam 15 minit? 
A. 55
B. 50
C. 40
D. 45

5. Seorang pelajar mempunyai wang sebanyak RM450 di sebuah bank dengan kadar faedah 4.5% setahun. Kirakan tempoh masa setahun pinjaman untuk mendapat dividen sebanyak RM81? 
A. 4 tahun
B. 3.5 tahun
C. 5 tahun
D. 4.5 tahun

6. Jumlah harga 40 biji tembikai ialah RM380. Berapakah harga purata sebiji tembikai?
A. RM 10.00
B. RM 9.00
C. RM 8.50
D. RM 9.50

7. Di antara berikut yang manakah nilai paling besar?
A. 2.7%
B. 3/4
C. 0.013
D. 16/45

8. Siti membeli 2 botol jus oren, satu botol mengandungi 0.85 liter dan satu botol lagi 1.75 liter. Jika jus oren disediakan untuk 10 orang, cari purata liter yang diterima oleh setiap orang.
A. 0.25 liter
B. 0.26 liter
C. 1.28 liter
D. 2.6 liter

9. Husniah mempunyai 5 gulung tali. Panjang setiap gulung tapi adalah 3.5 meter. Dia menggunakan 3 gulung tali dan 145 cm daripada satu gulung yang lain. Cari panjang dalam meter, baki tali yang belum digunakan.
A. 2.05
B. 5.55
C. 8.45
D. 10.55

10. Ahmad berlari menuju ke arah timur sejauh 100 langkah. Kemudian berlari lagi berpatah balik ke tempat dia bermula. Setiap langkahnya berukuran purata 75cm. Berapakah jumlah jarak larian Ahmad?
A. 75m
B. 150m
C. 750m
D. 1500m

Seksyen C : Kefahaman bahasa Inggeris 

CONTOH SOALAN

Malay food derives its flavor from the use of spices and ingredients such as lemon grass, shallots, ginger, coriander, tamarind and many others. Another ingredient commonly found in Malay cooking is santan ( coconut milk). The milk is squeezed from the flesh of grated coconut. 

The staple food of Malays is rice, boiled to a white fluffy texture and usually served with dishes of meat (chicken or beef), fish and vegetables. Meat and fish are usually fried or prepared as a sambal (chilly paste) or curry dish. As far as Muslims are concerned, the meat used in their cooking must be ‘halal’ (slaughtered according to the Islamic rites).

Malay food is prepared and enjoyed by all races. A staple breakfast favourite is nasi lemak, a simple but satisfying meal of rice cooked in coconut milk with fragrance pandan leaves and accompanied by side dishes such as sambal ikan bilis, boiled egg, peanuts, sliced cucumber, prawns and fried fish. 

The traditional Malay way of eating is by using the right hand. The use of the left hand is considered bad manners. However, those who are comfortable using the fork and spoon may do so if they want to. Using the right hand also applies to giving or receiving things. 

In eating stalls or homes where the hand is used to eat, guests will be provided with a small pot of water to wash their hands before and after the meal. Remember, this water is not for drinking! 

(Adapted from The Langkawi Tourism Newsletter)

1. From the passage below, we know that Malays
A use flavouring when they cook.
B use spices in their cooking.
C eat vegetables everyday.
D eat spicy food only.
Jawapan : B

2. The phrase ‘staple food’ (line 5) means
A main ingredient in a dish
B main food that a person eats
C food that is eaten by everyone
D Dfood that is everyone’s favourite
Jawapan : B

3. The main reason people take ‘nasi lemak’ for breakfast is that it
A has coconut milk in it
B has local ingredients
C is cooked with spices
D is simply delicious
Jawapan : A

PERINGATAN : Contoh-contoh soalan yang dikongsikan di atas hanyalah sekadar gambaran sahaja, tidak mempunyai kaitan soalan ramalan atau bocor soalan. Rujukan semata-mata.

Join Channel Telegram Peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat 


Untuk dapatkan nota dan contoh soalan tentang peperiksaan online boleh join channel telegram ini, klik link di bawah ;

[+] https://t.me/pegawaipembangunanmasyarakat

Pihak SPA8i.net tidak berkaitan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Apa yang tim SPA8i.net sediakan adalah bantuan persediaan calon untuk menduduki peperiksaan. Soalan disediakan bukan BUKU KAJIAN jauh sekali soalan sebenar peperiksaan. Ianya lebih kepada contoh soalan untuk memudahkan persediaan calon dilengkapi dengan nota-nota persediaan.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.