Header Ads

Permohonan Bantuan Prihatin Nasional 2020 Online Bagi Golongan B40 & M40

Permohonan Bantuan Prihatin Nasional 2020 Online Bagi Golongan B40 & M40. Nak mohon Bantuan Prihatin Nasional 2020? Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan satu bantuan iaitu Bantuan Prihatin Nasional dalam perutusan khas Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat. Kerajaan telah memperuntukkan RM10 billion untuk Bantuan Prihatin Nasional (BPN) bagi membantu dan meringankan beban golongan B40 dan M40 ketika wabak COVID-19. Permohonan ini boleh dibuat secara online di laman web rasmi LHDNM mulai 1 April 2020.

Permohonan Bantuan Prihatin Nasional 2020 Online Bagi Golongan B40 & M40

Permohonan Bantuan Prihatin Nasional 2020 Online Bagi Golongan B40 & M40 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Prihatin Nasional termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Tarikh Permohonan : Mulai 1 April 2020

Apa Itu Bantuan Prihatin Nasional 2020? 


Bantuan Prihatin Nasional atau ringkasnya BPN adalah salah satu bantuan yang disediakan oleh Kerajaan dalam Pakej
Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang akan diberikan secara one-off kepada golongan B40 dan M40. Pemberian Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan B40 adalah berdasarkan pangkalan data Bantuan Sara Hidup.

Manakala Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan M40 adalah berdasarkan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Syarat Kelayakan Bantuan Prihatin Nasional 2020 


Antara kriteria kelayakan Bantuan Prihatin Nasional adalah seperti berikut :


Tarikh dan Jumlah Bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2020 


PERTAMA : Bantuan RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah.

KEDUA : Bantuan RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 sebulan. 

KETIGA : Bantuan RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah. 

KEEMPAT : Bantuan secara one-off sebanyak RM200 seorang kepada pelajar institusi pengajian tinggi yang ketika ini turut terkesan.


Cara Permohonan Bantuan Prihatin Nasional 2020


Bagi mereka yang belum berdaftar, permohonan baharu boleh dibuat mulai 1 April 2020 menerusi laman web rasmi LHDNM www.hasil.gov.my atau https://bsh.hasil.gov.my.

Kaedah Bayaran Bantuan Prihatin Nasional 


Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 adalah seperti berikut:

1) Ada maklumat akaun – bayaran adalah secara kredit ke akaun; atau
2) Jika status bayaran adalah gagal kredit – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional
3) Tiada akaun – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional

Artikel Berkaitan : Soalan Lazim Bantuan Prihatin Nasional (FAQ) 

Semak Status Bantuan Prihatin Nasional 


Penerima yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 boleh membuat semakan status mulai 1 April 2020. Semakan status boleh dibuat di Portal Rasmi berikut :

1) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, http://www.hasil.gov.my
2) Bantuan Sara Hidup (BSH), https://bsh.hasil.gov.my
3) Kementerian Kewangan Malaysia, https://www.treasury.gov.my

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak Kementerian atau LHDNM melalui nombor-nombor telefon atau saluran-saluran berikut:

Kementerian Kewangan

No. Tel : 03-8882 9089, 03-8882 9087, 03-8882 9191, 03-8882 4565, 03-8882 4566
Emel : bsh@treasury.gov.my/ pre2020@treasury.gov.my
Telegram: PRE PRIHATIN
Facebook: Kementerian
Kewangan Malaysia

LHDNM

No. Hotline : 1-800 882 747
No. Tel : 03-8911 1000

BACA JUGA : Senarai Bantuan Kerajaan Persekutuan & Negeri (COVID-19)

Penafian : Laman web SPA8i.net tidak sebarang kaitan dengan mana-mana agensi atau badan berkanun kerajaan. Artikel ini hanya kongsikan maklumat atau panduan sahaja. Maklumat lanjut sila ke laman web rasmi LHDNM. 

1 ulasan:

  1. Saya masih lagi belum terima jawapan mengenain permohonan BPN,,

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.