Header Ads

Semakan Ujian Saringan COVID-19 Online (Coronavirus)

Semakan Ujian Saringan COVID-19 Online (Coronavirus). Adakah anda berisiko menghidapi jangkitan Novel Coronavirus (COVID-19)? Perhatian buat rakyat Malaysia yang ingin membuat semakan Ujian Saringan Risiko Coronavirus. Untuk makluman, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama DoctorOnCall telah melancarkan portal Khidmat Nasihat Virtual khusus untuk menangani kerisauan orang ramai mengenai wabak jangkitan COVID-19. Anda boleh membuat semakan ujian saringan secara online di laman web Doctor On Call.

Semakan Ujian Saringan COVID-19 Online (Coronavirus)

Semakan Ujian Saringan COVID-19 Online (Coronavirus) 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang ujian saringan Covid-19 termasuk memaparkan aplikasi semakan :

Apa itu Coronavirus? 


Coronavirus (CoV) atau kini dikenali sebagai COVID-19 adalah sejenis virus yang boleh menyebabkan jangkitan saluran pernafasan. Terdapat beberapa jenis coronavirus seperti severe acute respiratory syndrome coronavirus (SARS) dan Middle East Respiratory syndrome-related coronavirus (MERS-CoV). Coronavirus terbaru yang ditemui di China adalah Novel Coronavirus 2019 (2019-nCoV). Jangkitan Coronavirus boleh menyebabkan gejala daripada selesema biasa kepada radang paru-paru.

Langkah Pencegahan Jangkitan Coronavirus 


a. Amalkan tahap kebersihan diri yang tinggi setiap masa seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer.

b. Sentiasa membawa bersama face mask serta hand sanitizer untuk digunakan apabila perlu semasa dalam tempoh lawatan.

c. Elakkan dari mengunjungi tempat tumpuan ramai dan bergaul rapat dengan mana-mana individu yang bergejala semasa dalam tempoh lawatan.

d. Elakkan dari memakan sebarang produk haiwan mentah atau tidak dimasak dengan sempurna semasa dalam tempoh lawatan.

Cara Semak Ujian Saringan COVID-19 Online 


1. Anda boleh membuat semakan dengan melayari laman Doctor On Call https://www.doctoroncall.com.my/coronavirus/how-to-find-out-if-i-have-coronavirus-online-test

2. Beberapa soalan akan ditanyakan dan hendak dijawab oleh pengguna bagi mengetahui status risiko tentang virus ini.

3. Anda perlu masukkan alamat emel dan klik pada butang TERUSKAN untuk mengetahui keputusan anda.

4. Anda akan turut menerima berita terkini mengenai COVID-19 dan berita tentang kit ujian. 

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi CPRC Hotline di talian 03-88810200, 03-88810600 atau 03-88810700. 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.