Header Ads

Permohonan Rayuan BSH 2020 Bagi Tidak Lulus (Online)

Permohonan Rayuan BSH 2020 Bagi Tidak Lulus (Online). Anda dah semak status permohonan BSH 2020? Panduan buat pemohon BSH tahun 2020 yang ingin membuat permohonan rayuan Bantuan Sara Hidup. Untuk makluman seperti yang diumumkan oleh kerajaan, pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) Fasa Ketiga akan dikreditkan mulai hari Jumaat, 24 Julai 2020 berdasarkan kategori BSH. Bayaran tambahan untuk anak turut dibuat secara sekaligus pada pembayaran fasa ketiga BSH 2020. Bagi anda yang status tidak lulus boleh kemukakan rayuan BSH secara online atau hadir ke LHDN mulai 7 Ogos sehingga 6 September 2020.

Permohonan Rayuan BSH 2020 Bagi Tidak Lulus (Online)

Permohonan Rayuan BSH 2020 Bagi Tidak Lulus (Online) 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Sara Hidup 2020 Fasa Ketiga termasuk memaparkan tarikh, jumlah bayaran dan cara rayuan :

Tarikh Pembayaran BSH 2020 Fasa 3


Penerima Bantuan Sara Hidup tahun 2020 akan menerima bayaran Fasa 3 bersama tambahan RM120 untuk anak yang dijangka akan dikreditkan mulai 24 Julai 2020.

Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing yang telah didaftarkan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran boleh dituntut secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga 31 Disember 2020.

Cara Mohon Rayuan BSH 2020


Bagi mereka yang berstatus tidak layak atau tidak lulus boleh membuat permohonan rayuan yang akan dibuka mulai 7 Ogos hingga 6 September 2020.

Permohonan rayuan BSH 2020 boleh dibuat secara dalam talian di portal BSH https://bsh.hasil.gov.my atau pemohon boleh hadir di mana-mana Cawangan LHDNM/ Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (Urban Transformation Centre - UTC).

Sebelum hadir, sila pastikan anda membawa beberapa dokumen sokongan beserta borang permohonan lengkap diisi seperti berikut:

i. Salinan MyKad sendiri
ii. Salinan MyKad pasangan
iii. Penyata gaji terkini
iv. Surat status perkahwinan

Semakan Keputusan Rayuan BSH 2020 


Keputusan rayuan Bantuan Sara Hidup 2020 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Sebarang keterangan lanjut, anda boleh layari ke laman web BSH https://bsh.hasil.gov.my/ atau hubungi Hotline BSH di 1-800-88-2747.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.