Header Ads

Bantuan Khas Covid-19 (BKC) : Permohonan, Tarikh Bayaran & Semakan Status

Bantuan Khas Covid-19 (BKC) : Permohonan, Tarikh Bayaran & Semakan Status. Apa intipati Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH)? Pada 28 Jun 2021 menerusi pembentangan PEMULIH oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Bantuan Khas Covid-19 (BKC) yang akan dimanfaatkan oleh semua golongan masyarakat. Ianya pemberian secara ansuran bagi membantu dan meringankan beban rakyat akibat wabak COVID-19. Buat masa kini permohonan Bantuan Khas Covid-19 tidak dimaklumkan lagi secara rasmi. 


Bantuan Khas Covid-19 (BKC) : Permohonan, Tarikh Bayaran & Semakan Status

Bantuan Khas Covid-19 akan memberi manfaat bagi isi rumah kategori miskin tegar, B40, M40 termasuk golongan bujang. Ianya bakal memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah dan individu warga emas serta bujang dengan peruntukan berjumlah RM4.6 billion. 

Bantuan Khas Covid-19 (BKC) : Permohonan, Tarikh Bayaran & Semakan Status


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Khas Covid-19 termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan cara permohonan :

Jumlah Dan Tarikh Bayaran Bantuan Khas Covid-19 


Terdapat tiga kategori penerima yang akan menerima Bantuan Khas Covid-19 bagi isi rumah termasuk bujang seperti berikut :


a. Bagi isi rumah kategori miskin tegar bakal terima bantuan RM500 pada Ogos, dan RM500 lagi pada November manakala RM300 pada Disember. Individu bujang kategori miskin tegar akan menerima RM100 pada Ogos dan RM300 pada November.

b. Bagi isi rumah kategori B40 akan menerima bantuan RM500 pada Ogos dan RM300 pada Disember. 

c. Bagi kategori bujang M40 bakal menerima bantuan RM200 pada Ogos.

d. Bagi isi rumah kategori M40 akan menikmati bantuan RM250 manakala bujang M40 akan menerima RM100 pada Ogos.


Cara Permohonan Bantuan Khas Covid-19 (BKC) 


Untuk makluman, permohonan Bantuan Khas Covid-19 akan dikemaskini dari semasa ke semasa. 

BACA JUGA : Senarai Bantuan Kerajaan Persekutuan & Negeri (COVID-19) 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.