Header Ads

Etika Pemakaian Temuduga SPA 2023 (Checklist)

Etika Pemakaian Temuduga SPA 2023 (Checklist). Panduan buat calon yang bakal menduduki temuduga kerja kerajaan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Sebelum hadir ke sesi temuduga pastikan anda kenalpasti dengan etika pemakaian di tempat kerja. Oleh itu, calon perlu mengambil langkah yang proaktif dengan memakai pakaian yang sesuai untuk menghadiri temuduga SPA. Disini kongsikan cara pemakaian ketika temuduga yang sesuai digunapakai oleh calon sektor awam.


Etika Pemakaian Temuduga SPA 2023 (Checklist)

Etika Pemakaian Temuduga SPA 2023 (Checklist) 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang etika pemakaian temuduga kerajaan yang terbaik bagi lelaki dan wanita :

Tips Pemilihan Pakaian Temuduga Bagi Lelaki 


1. Untuk lelaki, sesuai pakai baju kemeja lengan panjang berwarna cerah dan tidak terlalu mengikut potongan badan. Pemakaian baju T-Shirt berleher bulat tidak dibenarkan.

2. Bagi lelaki perlu pakai seluar slack yang berwarna gelap dan sesuai digayakan mengikut berat badan anda. Pemakaian seluar jeans tidak dibenarkan.

3. Bertali leher dengan warna dan corak yang sesuai.

4. Kasut yang dipakai perlu dipadankan dengan seluar dan pastikan warna gelap. Kasut bertumit tinggi digalakkan pakaian dan berstokin warna gelap.

5. Tali pinggang yang dipakai mesti sama warna dengan kasut yang dipakai.

6. Berambut pendek dan kemas. Sekiranya berjanggut hendaklah dipotong rapi.

7. Aksesori yang dibenarkan bagi lelaki adalah jam, klip tali leher dan “cuff-link”. Pemakaian cincin tidak digalakkan. Pemakaian anting-anting, bertindik dan bertatoo tidak dibenarkan sama sekali.

Etika Pemakaian Temuduga SPA 2021 (Checklist)
Contoh Pakaian Temuduga Bagi Lelaki 


Tips Pemilihan Pakaian Temuduga Bagi Wanita


1. Bagi wanita muslim, disyorkan pakai Baju Kurung yang tidak ketat, kemas dan menutup aurat. Untuk bukan muslim, berpakaian sopan dan tidak menjolok mata.

2. Untuk tudung, pakailah tudung yang formal dan warna tidak terlalu menonjol. Bagi yang tidak bertudung, rambut disisir rapi.

3. Untuk warna baju, pastikan pilih jangan nampak terlalu menonjol dan terang. Janganlah terlalu gelap. Contoh warna baju yang sesuai misalnya ungu gelap, kelabu, coklat, putih dan biru gelap.

3. Menggunakan make up yang sesuai dan tidak berlebihan. Sekadar untuk menampakkan keserian wajah anda.

4. Jika nak pakai perfume dibenarkan tapi jangan terlalu bau-bauan.

5. Untuk kasut, pastikan yang menutup jari kaki anda atau istilah berkasut tutup penuh. Warna hitam yang paling sesuai untuk dipakai ketika temuduga.

Etika Pemakaian Temuduga SPA 2021 (Checklist)
Contoh Pakaian Temuduga Bagi Wanita 


Bagaimana Persiapan Anda Untuk Menghadapi Temuduga Kerja? 


Masa kini persaingan untuk mendapatkan kerja kerajaan amat tinggi kerana terdapat longgokkan lepasan graduan yang makin meningkat saban hari. Sudah pasti ia akan menambahkan cabaran dan semakin sengit bagi seseorang calon temuduga. Bagi yang mendapat panggilan temuduga kerajaan jangan mempersia-siakan peluang keemasan ini yakni peluang mungkin datang sekali. 

Berita baik buat anda dimana terdapat satu rujukan lengkap iaitu Rujukan Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan yang dilengkapi dengan contoh soalan temuduga, tips berpakaian termasuk tips persediaan sebelum, semasa dan selepas temuduga. Jika anda benar-benar mahu lulus temuduga kerajaan, jangan tunggu lagi kerana ebook rujukan inilah yang anda amat perlukan sekarang!

Klik pautan di bawah ;


BACA JUGA : 12 Tips Mudah Berjaya Dalam Temuduga Kerajaan!

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.