Header Ads

30 Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Peperiksaan SPA 2023

30 Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Peperiksaan SPA 2023. Adakah anda calon peperiksaan online SPA? Jika ya! Sudah tentunya anda perlu mengetahui kriteria atau bentuk soalan peperiksaan online yang dianjurkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Secara kebiasaannya calon akan diberikan dua (2) atau tiga (3) seksyen soalan dengan ketetapan masa yang diperuntukkan oleh pihak SPA. Salah satunya seksyen soalan peperiksaan SPA yang perlu dilaksanakan oleh calon iaitu salah satunya adalah soalan daya menyelesaikan masalah.

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Peperiksaan SPA 2021

Bagi soalan daya menyelesaikan masalah, ia lebih ke arah pengiraan dan daya fikiran anda untuk menyelesaikan masalah soalan tersebut. Kebanyakan calon mengeluh seksyen ini kerana diberikan masa tidak mencukupi untuk menjawab kesemua 40 soalan dalam masa yang diberikan hanya 50 minit sahaja. Hal ini kerana terdapat konsep matematik yang perlu diingat semula dan memerlukan masa yang pantas untuk selesaikan soalan pengiraan.

Soalan-soalan yang diajukan dalam seksyen ini adalah kemahiran logik, menginterpretasi dan analisis data dan matematik yang hanya merangkumi silibus Sijil Pelajaran Malaysia. Untuk pengetahuan, seksyen ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu kemahiran logik, menginterpretasi data dan konsep matematik.

30 Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Peperiksaan SPA 2023


Berikut adalah contoh-contoh soalan daya menyelesaikan masalah peperiksaan online SPA yang sering ditanya. Ia bukan lah soalan ramalan atau pun soalan bocor. 

Formula Matematik Peperiksaan SPA 


1. Luas Segi Empat = Panjang x Lebar
2. Luas Segitiga = 1/2 x Tapak x Tinggi
3. Luas Trapezium = 1/2 x (Hasil Tambah Panjang Selari) x Tinggi
4. Isipadu Kubus = Panjang x Panjang x Panjang = Panjang 3
5. Isipadu Kuboid = Panjang x Lebar x Tinggi
6. Isipadu Piramid = 1/3 x Luas Tapak x Tinggi
7. Theorem Pythagoras : c2 = a2 + b2
8. Segitiga Theorem Pythagoras : (3,4,5) (6,8,10) (5,12,13) (8,15,17) (9,40,41) (7,24,25)
9. Panjang Lengkok = Sudut / 360o x 2Ï€j 
10. Luas Sektor = Sudut / 360o x Ï€j2 
11. Min (Purata) = Jumlah Data / Bilangan Data
12. Median = Data yang berada ditengah (susunan data menaik)
13. Mod = Kekerapan data dalam satu set nombor




Format Dan Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah SPA



i) Kemahiran Logik


ii) Menginterpretasi Data

1.

2.

iii) Konsep Matematik

1. Dalam satu pertandingan Bola Sepak sebanyak 8 pasukan mengambil bahagian. Jika perlawanan diadakan secara Liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain), berapakah jumlah perlawanan yang akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut.

A. 28
B. 49
C. 56
D. 62
Jawapan: A

Pengiraan: Ada 8 pasukan yang mengambil bahagian. Tiap-tiap pasukan mesti bertemu antara satu dengan lain. Oleh itu tiap-tiap pasukan mesti bermain sebanyak 7 kali. Ini bermakna terdapat 56 (8 x 7) permainan,
tetapi satu pasukan bertemu dengan pasukan lain hanya sekali. Oleh itu untuk mengelakkan pengiraan dua kali permainan maka jumlah permainan adalah 8x7/2 = 28.

2. Sebuah mesin membuat roti dapat menghasilkan 550 buku roti dalam sehari. Waktu operasi kilang tersebut ialah hari Isnin hingga Sabtu dan mempunyai seramai 9 orang pekerja. Pengeluaran sebuah kilang roti yang mempunyai 7 mesin roti yang sama dan didapati 2 buah mesin telah rosak. Hitung jumlah pengeluaran roti dalam masa 2 hari.

A. 5500
B. 1500
C. 7700
D. 6500

3. Bundarkan puluh ribu hasil tambah 15 ribu, 3 puluh ribu dan 8 ribu ialah ...

A. 53477
B. 53000
C. 50000
D. 53400

4. Apakah nombor x dalam urutan berikut 1, 3, 6, 10, x, 21, 28?
A. 11
B. 13
C. 15
D. 17

5. Ronaldo dapat menjawab 6 soalan Matematik Tambahan dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Matematik Tambahan yang boleh dijawab oleh Ronaldo dalam masa 1 jam 15 minit? 
A. 55
B. 50
C. 40
D. 45

6. Seorang pelajar mempunyai wang sebanyak RM450 di sebuah bank dengan kadar faedah 4.5% setahun. Kirakan tempoh masa setahun pinjaman untuk mendapat dividen sebanyak RM81? 
A. 4 tahun
B. 3.5 tahun
C. 5 tahun
D. 4.5 tahun

7. Bagi set data 6, 8, 10, 6. 5, 2, x, y. Kekerapan mod adalah 3 dan min adalah 7. Cari x + y. 
A. 19  
B. 17
C. 18
D. 20

8. Razman mendapat markah tertinggi iaitu 4,500 markah. Rahman pula mendapat kurang 250 markah daripada Roslan. Manakala Roslan mendapat kurang 350 markah daripada Razman. Berapakah jumlah markah mereka?
A. 13,500
B. 13,550
C. 12,550
D. 12,500

9. Satu titisan air berisipadu 2.5ml. Berapakah bilangan titisan air supaya memenuhi bekas 0.5 liter? 
A. 200
B. 250
C. 100
D. 150

10. Hannah menaiki komuter ke Universiti Malaya dari rumahnya pada jam 6.30 pagi dan tiba di sana jam 7.25 pagi. Berapa lama Hannah gunakan masanya ke destinasi? 
A. 45 minit
B. 55 minit
C. 25 minit
D. 35 minit 

11. Berapakah nilai hasil tambah bagi nilai digit 6 dan nilai digit 4 dalam 65489 dan 6% daripada hasil tambah itu. 
A. 2340
B. 3730
C. 2700
D. 3624 
Jawapan : D 

Pengiraan : 
Nilai digit 6 = 60000
Nilai digit 4 = 400
Hasil tambah = 60000 + 400
 = 60400
Nilai 6% daripada hasil tambah
= Hasil tambah x 6%
= 60400 x 6%
= 60400 x 0.06
= 3624 

12. Berapakah 2.5% daripada 1 juta ?
A. 2500
B. 25
C. 250
D. 25000 
Jawapan : D

Pengiraan :
1 juta = 1 000 000
2.5% = 2.5 / 100 = 0.025
Oleh itu, 2.5 % daripada 1 juta
= 2.5% x 1 000 000
= 0.025 x 1 000 000
= 25 000 

13. Jumlah harga 45 biji chempedak ialah RM270. Berapakah harga purata sebiji chempedak?
A. RM 6.00
B. RM 6.50
C. RM 7.50
D. RM 8.00 
Jawapan : A

Pengiraan :
45 biji = RM 270
Oleh itu, 1 biji
= RM 270 /45
= RM 6.00 

14. 25/100 adalah bersamaan dengan
A. 2.5
B. 0.25
C. 0.025
D. 0.00025 
Jawapan : B 

Pengiraan :
= 25/100
= 0.25

15. 80% daripada panjang sebuah terowong telah siap dibina. Jika bahagian yang telah siap dibina ialah 16 km, panjang keseluruhan 
terowong itu, dalam km ialah
A. 12.8 
B. 28.8
C. 20.0 
D. 28.0 
Jawapan : C 

Pengiraan :
80% telah siap dibina = 16 km
Dalam pecahan :
80/100 = 16 km
       4/5 = 16 km
4 bahagian = 16 km
1 bahagian = 16/4 = 4 km
Keseluruhan bahagian = 5 x 4km = 20 km 

16. Iskandar dapat mengecat sebuah rumah dalam masa 6 jam 30 minit. Iskandar hanya bekerja dari jam 7.30 pagi hingga 9.30 malam sehari dan waktu rehat selama 1 jam. Berapa harikah yang diperlukan oleh Iskandar untuk menyiapkan kerja-kerja mengecat sebanyak 24 buah rumah?
A. 15 hari
B. 12 hari
C. 11 hari
D. 9 hari
Jawapan : B

Pengiraan:
Mengecat sebuah rumah = 6 jam 30 minit = 6.5 Jam
Tempoh mengecat harian 
= Tempoh masa bekerja - Tempoh berehat
= (7.30 pagi - 9.30 malam) - 1 jam
= 14 jam - 1 jam
= 13 jam
Bilangan rumah dicat sehari 
= 13 jam / 6.5 jam
= 2 buah
Oleh itu, 1 hari = 2 buah
Bilangan hari untuk mengecat 24 buah 
= 24 buah / 2 buah
= 12 hari

17. Suraya mempunyai RM39. Dia ingin membeli sebuah beg yang berharga 230% daripada wang yang dimilikinya. Berapakah wang yang perlu ditambah supaya dia dapat membeli beg itu?
A. RM39.70
B. RM30.40
C. RM89.70
D. RM50.70
Jawapan : D

Pengiraan :
Wang Suraya = RM 39
Harga beg = 230% daripada wang suraya
Harga beg = 2.3 x RM 39 = RM 89.70
Wang perlu ditambah 
= RM 89.70 - RM 39
= RM 50.70 

18. Diberi pola nombor 27, 81, 243, X , 2187, 6561. Apakah nilai X dalam pola nombor tersebut? 
A. 729
B. 972
C. 1215
D. 1458 
Jawapan : A

Pengiraan :
Hint : Pola nombor adalah hasil darab tiga (x 3) dengan nombor sebelum
27 x 3 = 81
81 x 3 = 243
243 x 3 = 729
729 x 3 = 2187
2187 x 3 = 6561 

19. Kakak kepada Muaz berumur 30 tahun. Berapakah umur Muaz 5 tahun akan datang jika umur Muaz separuh daripada kakaknya?
A. 17
B. 15
C. 20
D. 22
Jawapan : C

Pengiraan :
Kakak = 30 tahun
Umur Muaz = 1/2 Umur Kakak
= 1/2 (30)
= 15 tahun
5 tahun akan datang 
= 15 tahun + 5 tahun
= 20 tahun

20. Abu membeli 6 kg langsat dengan harga RM 42. Pada keesokan hari, Abu membeli sebanyak 20 kg lagi. Berapakah jumlah harga 20 kg langsat jika tiada perubahan pada 1 kg langsat. 
A. RM 7
B. RM 42
C. RM 80
D. RM 140
Jawapan : D

Pengiraan :
Harga 1 kg langsat = RM 42 ÷ 6 kg
= RM7
Harga 2 0kg langsat = 20 kg x RM 7
= RM140

21. Hitung median bagi set data berikut :
145, 145, 140, 140, 150, 155, 145, 150, 150, 150
A. 152.5
B. 148.5
C. 147.5
D. 150.5
Jawapan : C

Pengiraan :
Susun set data dalam susunan menaik
140, 140, 145, 145, 145, 150, 150, 150, 150, 155
Median = (145 + 150)/2
Median = 295/2 
Median = 147.5 

22. Komisen sebanyak RM980.00 akan diperolehi oleh Hidayah jika dapat menyewakan seunit rumah yang berharga RM130 000. Berapakah peratus komisen yang diterima?
A. 0.75%
B. 0.90 %
C. 1.06 %
D. 1.12 % 
Jawapan : A

Pengiraan :
Peratus komisen = Komisen / Harga asal x 100%
= RM 980 / RM 130,000 x 100%
= 0.75% 

23. Dividen bagi pelaburan A adalah sebanyak 7.2%. Jika pelaburan A berjumlah RM20 000, hitungkan dividen yang diperoleh tahun tersebut.
A. RM 1336.00
B. RM 1440.00
C. RM 1670.00
D. RM 2010.20
Jawapan : B

Pengiraan :
Wang pelaburan = RM 20,000 
Dividen setahun = 7.20%
Dividen selepas satu tahun = RM 20,000 x 7.20 %
= RM 1,440 

24. jam 15 minit selepas jam 7.25 malam ialah
A. 5:40 pagi
B. 10:30 malam
C. 17:40 petang
D. 5.40 petang 
Jawapan : A

Pengiraan :
(7 + 10 - 12) jam ( 25 + 15 ) minit
= 5:40 pagi 

25. Sebuah kipas angin berputar 1800 putaran dalam masa 6 minit. Berapakah bilangan putaran dalam masa 4 jam 35 minit 20 saat?
A. 82,560
B. 82,600
C. 82,440
D. 82,140
Jawapan : B

Pengiraan :
1800 putaran = 6 minit 
1800 putaran = 6 minit x 60 = 360 saat
Kadar putaran = 1800 putaran / 360 saat
Kadar putaran = 5 putaran / saat
Tempoh putaran = 4 jam 35 minit 20 saat
Tempoh putaran = (4 jam x 60 x 60) + (35 minit x 60) + 20 saat
Tempoh putaran = (14400 + 2100 + 20) saat
Tempoh putaran = 16520 saat
Oleh kerana kipas berpusing 5 putaran / saat,
= 16520 saat x 5 putaran/saat
= 82,600 putaran 

26. Jisim sebuah lori yang mempunyai muatan 33 guni beras ialah 3.50 tan metrik. Berapakah jisim seguni beras itu jika jisim lori tersebut ialah 1840 kg?
A. 55.70 kg
B. 45.60 kg
C. 60.00 kg
D. 50.30 kg
Jawapan : D

Pengiraan : 

Jisim lori dengan muatan = 3.50 tan = 3500 kg
Jisim lori tanpa muatan = 1,840 kg
Jisim seguni beras = ( 3,500 kg – 1,840 kg ) ÷ 33
= 1,660 kg ÷ 33
= 50.30 kg

27. Sebuah kotak mengandungi 48 batang pensel dan beberapa batang pen. Jika sebatang pen dipilih secara rawak daripada kotak itu,
kebarangkalian sebatang pen dipilih ialah 3/7 . Kira bilangan pen yang terdapat dalam kotak tersebut.
A. 20 batang
B. 36 batang
C. 48 batang
D. 84 batang
Jawapan : B

Pengiraan :
Kebarangkalian memilih pensel = 1 - 3/7 
= 4/7
Jumlah pensel dalam kotak 4/7 = 48 batang
Jumlah keseluruhan dalam kotak = 7/4 x 48 batang
= 84 batang
Jadi, jumlah pen dalam kotak = 84 - 48 
= 36 batang

28. Kayu dengan panjang 900 mm dipotong untuk membentuk empat unit segitiga sama sisi. Berapakah panjang setiap sisi segitiga tersebut?
A. 7.5 cm
B. 9.0 cm
C. 75 cm
D. 80 cm
Jawapan : A

Pengiraan :
Bilangan sisi segitiga = 3 x 4
= 12
Maka, = 900 ÷ 12
= 75 mm
= 7.5 cm 

29. 24m daripada segulung wayar telah dipotong. Nisbah panjang wayar yang dipotong kepada panjang wayar yang asal ialah 4 : 7.
Berapakah panjang, dalam m, wayar yang tinggal?
A. 16
B. 18
C. 24
D. 42 
Jawapan : B

Pengiraan :
Panjang 1 bahagian nisbah wayar yang dipotong
= 24 m ÷ 4
= 6 m
Panjang wayar yang tinggal
= (7 – 4) x 6
= 3 x 6
= 18 m 

30. Harga bagi sebotol syampu ialah RM30. Jenny mendapat keuntungan sebanyak 25% daripada jualan syampu itu. Dia telah menjual 15 botol syampu. Berapakah keuntungannya?
A. RM110.50
B. RM112.50
C. RM115.80
D. RM125.40 
Jawapan : B

Pengiraan :
Jualan syampu Jenny
= RM30 x 15
= RM450
Keuntungan
= 45% x RM450
= 45/100 x RM450
= RM112.50

ARTIKEL BERKAITAN : Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris SPA

Inilah antara contoh-contoh soalan daya menyelesaikan masalah peperiksaan SPA. Jangan risau soalan ini adalah dalam bentuk objektif. Jika anda keliru soalan, boleh saja teka jawapan yang logik.

Nak dapatkan rujukan lengkap peperiksaan online SPA? 


Untuk makluman rujukan khas ini dilengkapi dengan nota-nota, contoh-contoh soalan Matematik beserta jawapan termasuk formula Matematik.

Ini yang anda bakal dapat ;
√ Huraian format peperiksaan terkini
√ Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah (50++ Soalan & Jawapan) 
√ Formula Matematik
√ 120++ muka surat


https://go.infotambahan.com/ebookextra/37705/order

Untuk dapatkan nota peperiksaan online ini anda klik pautan di bawah ;

[+] https://go.infotambahan.com/ebookextra/37705/order


BACA JUGA :
● Contoh Soalan Matematik Peperiksaan SPA
Contoh Soalan Pengetahuan Am SPA

Penafian : Contoh soalan ini adalah hanya bentuk gambaran sahaja bukannya soalan bocor atau pun ramalan.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.