Header Ads

Contoh Soalan Pengetahuan AM Peperiksaan Akauntan WA41

Contoh Soalan Pengetahuan AM Peperiksaan Akauntan WA41. Adakah anda calon peperiksaan Akauntan Gred WA41? Tahniah diucapkan kepada calon yang bakal menduduki peperiksaan online Akauntan Gred WA41 sesi November 2017. Okay disini akan dikongsikan contoh soalan Pengetahuan AM Peperiksaan Akauntan WA41.

Contoh Soalan Pengetahuan AM Peperiksaan Akauntan WA41

Contoh Soalan Pengetahuan Am Peperiksaan Akauntan WA41


Berikut adalah contoh-contoh soalan peperiksaan, format terkini dan nota rujukan peperiksaan Akauntan Gred WA41 seperti di bawah :

Format Peperiksaan Online Akauntan WA41 Terkini 2017


Jika anda kali pertama menduduki peperiksaan online SPA? Sudah pasti ingin ketahui format exam Akauntan WA41 2017. Berikut adalah format terkini peperiksaan online Akauntan WA41 2017.

● Seksyen A : Pengetahuan Am

● Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah

Contoh Soalan Pengetahuan Am Akauntan WA41 2017


Dalam seksyen ini, soalan-soalan yang dikemukakan adalah berkenaan dengan pengurusan sumber kewangan, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, hal ehwal semasa, isu-isu semasa, pengurusan sumber ekonomi dan keselamatan negara.

Masa : 40 minit
Soalan : 50 soalan aneka pilihan

1. Faktor-faktor yang menjadi penyumbang utama kepada pelaburan asing dalam negara adalah
I . keadaan politik dan ekonomi yang stabil
II . peningkatan kos infrastruktur
III . kapasiti modal insan yang berkemahiran
IV . dasar-dasar pelaburan kerajaan yang liberal

A ) I, ll dan III
B ) I, II dan IV
C ) I, III dan IV
D ) II, III dan IV

2. Badan yang menjalankan kuasa eksekutif dan bertindak sebagai badan penyelaras utama di peringkat negeri ialah
A ) Menteri Besar.
B ) Ketua Menteri.
C ) Majlis Mesyuarat Kerajaan.
D ) Setiausaha Kerajaan Negeri.

3. Pilih agensi yang bukan di bawah tanggungjawab KPDNKK
A ) Bank Rakyat.
B ) Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
C ) Perbadanan Harta Intelek Malaysia.
D ) Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga.

4. Berikut adalah objektif Pelan Induk Perindustrian kecuali
A ) mengimport dan menyerap teknologi lebih sofistikated.
B ) menggalakkan penggunaan sepenuhnya sumber asli negara.
C ) meninggikan tahap penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi tempatan.
D ) menjadikan sektor perkilangan sebagai catalyst pertumbuhan perindustrian negara.

5. Tapak Ramsar berkepentingan bagi konservasi burung air dan tanah lembap. Manakah antara berikut kawasan yang diwartakan sebagai Tapak Ramsar?
I . Tapak Ramsar Sungai Pulai, Johor
II . Tapak Ramsar Tasek Bera, Pahang
III . Tapak Ramsar Pulau Kukup, Johor
IV . Tapak Ramsar Pulau Jerjak, Pulau Pinang
A ) I, II dan III
B ) I, II dan IV
C ) I, III dan IV
D ) II, III dan IV

6. Isu-isu berikut adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kecuali
A ) pembangunan komuniti setempat.
B ) hak dan tuntutan pembeli rumah.
C ) pelaksanaan konsep kejiranan hijau.
D ) pembangunan fasiliti kawasan luar bandar.

Ini sekadar contoh soalan untuk latih tubi sebagai persediaan anda menghadapi peperiksaan online Akauntan Gred WA41. Dengan adanya contoh-contoh soalan sebegini, sedikit sebanyak dapat memberi gambaran bentuk soalan yang akan ditanya dalam seksyen A Pengetahuan Am nanti.

Sudahkah cukup soalan? Jika anda ingin dapatkan contoh soalan lengkap peperiksaan Akauntan ....

Artikel berkaitan 👉 Contoh Soalan Peperiksaan Akauntan Gred WA41

Ebook Rujukan Akauntan WA41 2017

NAK DAPATKAN RUJUKAN AKAUNTAN INI?

KLIK LINK INI 👉 http://infotambahan.com/akauntan/37705

* Anda boleh membuat tempahan mulai 6 November 2017 (Isnin) jam 10 pagi hingga 9 November 2017. Rujukan ini dalam bentuk Ebook (PDF). BUKANNYA BUKU!


Join Group Telegram Exam Akauntan WA41


Klik Link ini 👉 https://t.me/peperiksaanakauntanwa41


Baca juga :
● Rujukan Peperiksaan Akauntan WA41
● Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Peperiksaan SPA
● Contoh Soalan Matematik Peperiksaan SPA 

Semoga perkongsian artikel ini dapat membantu anda untuk menghadapi peperiksaan online SPA Akauntan WA41 pada 10 November 2017 ini . Selamat maju jaya kepada calon-calon.

Pihak SPA8i.net tidak berkaitan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Jabatan Akauntan Negara. Apa yang tim SPA8i.net sediakan adalah bantuan persediaan calon untuk menduduki peperiksaan. Soalan disediakan bukan BUKU KAJIAN jauh sekali soalan sebenar peperiksaan. Ianya lebih kepada contoh soalan untuk memudahkan persediaan calon dilengkapi dengan nota-nota persediaan.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.