Header Ads

Permohonan Anggota Sukarelawan Pertahanan Awam 2023 (APM) Online

Permohonan Anggota Sukarelawan Pertahanan Awam 2023 (APM) Online. Bagaimana cara untuk mendaftar sebagai sukarelawan APM? Panduan buat anda yang ingin menjadi anggota sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam (APM) tahun 2023. Untuk makluman, bagi anda yang berkelayakan boleh memohon Anggota Sukarelawan Pertahanan Awam secara online di portal ASPA.

Permohonan Anggota Sukarelawan Pertahanan Awam (APM) Online

Untuk makluman, dahulunya Angkatan Pertahanan Awam dikenali sebagai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dimana ia telah ditukarkan nama bermula daripada tahun 2016. Sukarelawan Pertahanan Awam adalah merupakan orang awam yang mendaftar menjadi anggota Pertahanan Awam di mana-mana Pejabat Pertahanan Awam yang sedia ada.

Permohonan Anggota Sukarelawan Pertahanan Awam 2023 (APM) Online


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Anggota Sukarelawan Pertahanan Awam termasuk memaparkan syarat kelayakan, faedah dan aplikasi online :

Syarat-syarat menjadi anggota Sukarelawan Pertahanan Awam


1. Warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas.
2. Sihat tubuh badan dan tiada kecacatan fizikal.
3. Kelulusan akademik sekurang-kurangnya SRP/LCE/PMR.
4. Tidak menyertai badan beruniform yang lain.
5. Berminat menjalankan tugas secara sukarela.

Cara Permohonan Sukarelawan APM  Online


1. Permohonan sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam boleh dibuat secara online melalui Sistem Pendaftaran Anggota Sukarela Pertahanan Awam (SiSPAL).

2. Sila klik pada pautan “Permohonan Pendaftaran ASPA” untuk membuat permohonan.

3. Isikan maklumat. Sila pastikan semua ruangan bertanda * diisi, jika tidak, permohonan dianggap tidak lengkap dan
tidak dapat dihantar.

4. Selepas selesai, tekan butang “SIMPAN” di bahagian bawah skrin untuk menghantar permohonan. Sistem akan memaparkan mesej rekod anda berjaya disimpan. Ia menandakan permohonan anda berjaya dihantar untuk diproses.

5. Sekiranya ada mesej ralat yang dipaparkan, sebagai contoh, ada maklumat yang tidak dilengkapkan atau permohonan anda telah wujud, ia menandakan permohonan anda tidak berjaya dihantar.

Faedah Menyertai Anggota

● Belajar cara menyelamat di air dan cara-cara menyelam (SCUBA)
● Dapat belajar berhubung melalui Radio Set (Komunikasi)
● Peluang mendapat sijil-sijil kemahiran dan kursus yang dihadiri
● Mendapat pengetahuan cara untuk menguruskan bencana
● Belajar bagaimana cara pengendalian peralatan operasi
● Belajar tatacara berpakaian seragam
● Dapat belajar seni mempertahankan diri
● Dapat belajar Asas Pertolongan Cemas
● Dapat belajar membaca peta dan kompas
● Dapat belajar bagaimana hendak melakukan Ascending dan Discending
● Belajar bagaimana hendak melakukan Breathing Apparatus (BA SET)
● Mendapat pengetahuan mengenai ikhtiar hidup
● Dapat ilmu pengetahuan harian seperti medik dalam menghadapi situasi kemalangan yang berlaku
● Dapat belajar asas kebombaan
● Dapat belajar asas menyelamat

Kemudahan-Kemudahan

1. Mendapat rawatan percuma di Hospital Kerajaan
2. Mendapat Uniform percuma
3. Menerima bounti (Saguhati) tahunan
4. Mendapat elaun berkhidmat
5. Pegawai dan anggota dapat berkhidmat di seluruh Malaysia kerana Pejabat/ Cawangan Pertahanan Awam terdapat di seluruh Malaysia


Semakan Status Permohonan Anggota Sukarelawan Pertahanan Awam Online


Untuk membuat semakan status permohonan Anggota Sukarela Pertahanan Awam (ASPA) secara online di portal http://aspa.civildefence.gov.my/force/aspa/checkapplication.

Untuk makluman dan keterangan lanjut, sila hubungi :

Cawangan Perkhidmatan & Tatatertib Pasukan
Bahagian Pengurusan Angkatan,
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia,
Jalan Padang Tembak
50556 Kuala Lumpur.

No Tel : 03-2687 1309/ 1310
Email : cpt_ippa@civildefence.gov.my

14 ulasan:

  1. Saya hanya menanti dengan perasaan yang terujaaaa

    BalasPadam
  2. Pendaftaran online masih belum dikemaskini...saya masih cuba untuk daftar selain hadir untuk mengisi borang di pdpa terdekat

    BalasPadam
  3. Sudah 2tahun mendaftar and last check lulus tapi smpai sekarang takde pangilan untuk hadir kursus sukarelawan

    BalasPadam
  4. Saya berminat nk menjadi anggota APMM
    Mcmna nk menyertai..

    BalasPadam
  5. sy berminat nak jadi APMM tapi tak boleh masuk web.dah daftar tapi nak isi borang online tak dapat

    BalasPadam
  6. tidak boleh masuk portal yang di sediakan...

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.