Header Ads

Permohonan Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO 2021 (SIP) Online

Permohonan Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO 2021 (SIP) Online. Adakah anda pekerja tempatan yang kehilangan pekerjaan? Berita baik buat anda khususnya golongan pekerja yang kehilangan pekerjaan tahun 2021, dimana anda boleh membuat Permohonan Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO (SIP) bermula 1 Januari 2018 ini. Menerusi pembentangan daripada Perdana Menteri Malaysia, kerajaan telah bersetuju melaksanakan Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO (SIP) yang bakal dinikmati 6.5 juta pekerja tempatan dalam sektor swasta dengan jangkaan bayaran faedah boleh dibuat mulai 1 Januari 2019.

Permohonan Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO (SIP) 2021 Online

Untuk pengetahuan, Sistem Insurans Pekerjaan dilaksanakan bertujuan membantu golongan pekerja yang kehilangan pekerjaan untuk mendapat bantuan kewangan dan mencari pekerjaan baharu. Selain itu juga pekerja akan mendapat bantuan saraan sementara termasuk meliputi bantuan carian kerja, kaunseling kerjaya dan pemadanan pekerjaan. Bagi anda yang kehilangan pekerjaan layak mendapat bantuan interim sebanyak RM600 sebulan selama 3 bulan dibawah Akta Sistem Insurans 2017.

Permohonan Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO 2021 (SIP) Online 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO (SIP) Online termasuk memaparkan prosedur bayaran, cara permohonan dan faedah SIP :

Apa itu Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO (SIP)?


Sistem Insurans Pekerjaan, (SIP) mula dilaksanakan pada Januari 2018 sebagai satu jaringan keselamatan sosial yang bertujuan membantu golongan pekerja yang kehilangan pekerjaan untuk mendapatkan bantuan kewangan dan mencari pekerjaan baru.

Cara Permohonan Interim Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) Online 


Bagi mereka yang layak akan diberikan bayaran interim sebanyak RM600 sebulan untuk tempoh maksimum 3 bulan, dimana ands perlu membuat Permohonan Interim secara online di portal https://www.perkeso.gov.my/sip/ atau ke UTC atau boleh hadir ke mana-mana kaunter PERKESO di seluruh Malaysia.

Prosedur Bayaran SIP 


1. Permohonan SIP boleh dibuat atas talian (on-line) dengan mengisi serta melampirkan borang dan perintah/ surat pengesahan termasuk mendaftar diri sebagai pencari kerja.
2. Permohonan yang lengkap akan diproses dan disemak kelayakan berdasarkan kelayakan am dan syarat kelayakan caruman.
3. Kemudian, permohonan tersebut akan disalurkan kepada PERKESO/ JTK / JPP bagi menentusahkan kehilangan pekerjaan yang berlaku.
4. Setelah kelulusan dibuat, penyediaan baucer dan pemidahan wang akan dibuat terus ke dalam akaun pemohon.

Faedah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP)


1. Penempatan Pekerjaan & Kaunseling Kerjaya

Menyediakan perkhidmatan dan sokongan pekerjaan kepada Orang Berinsurans untuk mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian.

2. Elaun Mencari Pekerjaan (EMP)

Menyediakan elaun mencari pekerjaan bagi tempoh 1 – 6 bulan tertakluk kepada syarat kelayakan caruman dan kesediaan untuk bekerja semula.

3. Elaun Bekerja Semula Awal

Menyediakan elaun bekerja semula awal sebagai insentif bagi menggalakkan Orang Berinsurans untuk kembali bekerja dengan segera.

4. Elaun Pendapatan Berkurangan

Menyediakan elaun pendapatan berkurangan bagi Orang Berinsurans yang bekerja dengan lebih daripada satu majikan dan telah kehilangan pekerjaan.

5. Elaun Latihan (EL)

Menyediakan elaun latihan harian sekiranya Orang Berinsurans menjalani latihan.

6. Fi/ Yuran Latihan

Membiayai yuran latihan Orang Berinsurans yang dibayar terus kepada penyedia latihan yang berdaftar.

Untuk mendapatkan maklumat dan keterangan lanjut mengenai pelaksanaan Sistem Insurans Pekerjaan boleh menghubungi perkeso di talian 1300228000 atau layari ke laman sesawang Perkeso.


Sumber : PERKESO 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.