Header Ads

Tarikh & Lokasi Pemilihan Akhir Perajurit Muda Tentera Darat 2023 (Semakan)

Tarikh & Lokasi Pemilihan Akhir Perajurit Muda Tentera Darat 2023. Bilakah tarikh pemilihan akhir Perajurit Muda Tentera Darat? Panduan buat calon yang berkelayakan dan berminat untuk menyertai Tentera Darat Malaysia (TDM) sebagai Perajurit Muda. Menurut makluman daripada iklan permohonan Tentera Darat Lelaki Siri 196 tahun 2022, berikut dikongsikan adalah tarikh Pemilihan Akhir Perajurit Muda beserta lokasi temuduga.

Tarikh & Lokasi Pemilihan Akhir Perajurit Muda Tentera Darat 2023


Tarikh & Lokasi Pemilihan Akhir Perajurit Muda Tentera Darat 2023


Berikut adalah maklumat tentang pusat pemilihan akhir Perajurit Muda Tentera Darat yang turut memaparkan tarikh & masa, zon dan lokasi pemilihan :

Syarat Kelayakan Perajurit Muda Tentera Darat


a. Calon Warganegara Malaysia dan salah seorang ibu atau bapa Warganegara Malaysia.

b. Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh angkat sumpah 27 Disember 2022.


Tarikh Dan Lokasi Pemilihan Perajurit Muda Tentera Darat


a. 17 hingga 20 Oktober 2022

(1) ZON UTARA – MSS Sungai Petani, Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani, Kedah.

(2) ZON TIMUR - MSS Desa Pahlawan, Kem Desa Pahlawan Kota Bharu Kelantan.

(3) ZON TENGAH – MK 12 Bgd, Kem Wardieburn Setapak, Kuala Lumpur.

b. 18 hingga 20 Oktober 2022

(1) ZON SELATAN – BN 2 UBAT, Kem Mahkota Kluang, Johor.

Dokumen Yang Diperlukan


Pemohon dikehendaki membawa bersama
dokumen asal dan salinan dokumen seperti berikut:

a. Dokumen Asal yang perlu dibawa:
(1) Sijil asal SPM, SVM, SKM, Diploma (bukan slip SPM kecuali slip tahun 2021 sahaja diterima).
(2) Kad Pengenalan.
(3) Sijil Lahir.
(4) Sijil Berhenti Sekolah.
(5) X-ray dan Laporan X-ray disahkan Doktor Pakar Radiologi.
(6) Gambar ukuran pasport 1 keping.

b. Salinan Sijil seperti berikut (1 salinan):
(1) Sijil SPM, SVM, SKM, DIP.
(2) Kad Pengenalan Calon.
(3) Sijil Lahir.
(4) Sijil Berhenti Sekolah.
(5) Kad Pengenalan Ibu dan Bapa.
(6) Sijil kematian sekiranya ibubapa meninggal dunia.
(7) Kad Pengenalan pengganti ibubapa yang meninggal dunia sebgai waris kedua.
(8) Sijil Vaksin atau Kad Vaksin.

c. Sampul Pos Xpress 1 keping

DOKUMEN TAMBAHAN

a. Saudara dikehendaki muat turun dokumen seperti yang disertakan di bawah untuk panduan sebelum melapor ke pemilihan akhir.

1. Surat Filem dan Laporan Pakar X-Ray-Radiologi
2. Surat Akuan Ibubapa (Umur 21 Tahun Ke Bawah)

Untuk sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut boleh hubungi ;

SEL PENGAMBILAN
PERAJURIT MUDA TENTERA DARAT
CAWANGAN SUMBER MANUSIA,
MARKAS TENTERA DARAT 2
WISMA PERTAHANAN,
JALAN PADANG TEMBAK
50634 KUALA LUMPUR
(Tel: 03-2071 6030/3926/4254)

BACA JUGA : Jadual Temuduga Terbuka Tentera Darat

Semoga anda berjaya bergelar Perajurit Muda Tentera Darat Malaysia.

2 ulasan:

  1. nak tahu bila pulak nak ambil tentera tahun 2022??

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.