Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Pegawai Perikanan Gred G29

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Pegawai Perikanan Gred G29. Anda berminat bekerja sebagai kakitangan awam sebagai Penolong Pegawai Perikanan Gred G29? Jom mohon kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Permohonan Penolong Perikanan boleh dibuat secara online di laman web rasmi SLA. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Penolong Pegawai Perikanan Gred G29!


Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Pegawai Perikanan Gred G29

Permohonan dan pengambilan jawatan Penolong Pegawai Perikanan Gred G29 telah dibuka kekosongan jawatan di Kementerian Pertanian/ Jabatan Perikanan. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Penolong Pegawai Perikanan Gred G29 bagi permohonan kerja lepasan Diploma menerusi portal SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Pegawai Perikanan Gred G29


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Penolong Pegawai Perikanan Gred G29 mengenai gaji, kelayakan dan deksripsi tugasnya ;

Gaji Penolong Pegawai Perikanan Gred G29


Gaji Penolong Pegawai Perikanan Gred G29 sekitar RM1,494.00 sehingga RM5,674.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan adalah berjumlah RM145.00.

Syarat Kelayakan Penolong Pegawai Perikanan Gred G29


Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

1. warganegara Malaysia;
2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
3. Diploma dalam bidang perikanan, sains nautika atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan dari institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Jawatan Penolong Pegawai Perikanan Gred G29 boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Perikanan Gred G29


Berikut adalah tugas-tugas Penolong Pegawai Perikanan Gred G29 seperti di bawah :

Bertanggungjawab membantu pegawai-pegawai perikanan dalam merancang, menyelaras dan melaksanakan segala aktiviti dan program yang meliputi aspek pengembangan didikan penguatkuasaan, pengawalseliaan serta pengurusan dan perlindungan sumber perikanan ke arah pembangunan industri perikanan negara.

Semoga perkongsian ini tentang Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Pegawai Perikanan Gred G29 dapat membantu mereka yang ingin bekerja di sektor kerajaan. Selamat maju jaya dan moga dapat berkhidmat di Kementerian Pertanian atau Jabatan Perikanan.

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum encik. Tawaran jawatan kosong penolong pegawai perikanan akan dibuka ada berapa hari bulan ?

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.