Header Ads

Jadual Waktu Bekerja Fleksi Bagi Kakitangan Awam 2020 (WBF)

Jadual Waktu Bekerja Fleksi Bagi Kakitangan Awam 2020. Panduan buat anda yang bekerja di sektor perkhidmatan awam. Untuk makluman bermula 1 Mac ini 2019, Waktu Bekerja Fleksi (WBF) akan dilaksanakan di semua kementerian dan jabatan Persekutuan di beberapa negeri bagi menggantikan Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) yang digunapakai ketika ini. Waktu Bekerja Fleksi akan dilaksanakan di kementerian dan jabatan kerajaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya manakala jabatan Persekutuan bagi negeri Perlis, Perak, Selangor, Johor, Terengganu, Sarawak dan Sabah.

Jadual Waktu Bekerja Fleksi Bagi Kakitangan Awam 2019 (WBF)

Mengikut Waktu Bekerja Fleksi, waktu pejabat akan bermula pada jam 7.30 pagi sehingga 5.30 petang kecuali hari Khamis di Johor dan Terengganu yang bermula jam 7.30 pagi hingga 4.00 petang. WBF dilaksanakan berdasarkan waktu bekerja sehari iaitu selama 9 jam termasuk waktu rehat jam. Namun begitu, WBF tidak terpakai untuk semua pegawai yang berkhidmat di sekolah atau institusi pendidikan serta fasiliti kesihatan. 

Jadual Waktu Bekerja Fleksi Bagi Kakitangan Awam 2020 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Waktu Bekerja Fleksi bagi penjawat awam yang dilaksanakan mulai 1 Mac 2019 termasuk memaparkan jadual waktu, negeri dan agensi/ jabatan terlibat.

Negeri Terlibat Waktu Bekerja Fleksi 


i. Kaedah ini terpakai bagi penjawat awam yang bekerja di Wilayah Persekutuan, Perlis, Perak, Selangor, Sabah dan Sarawak. Bagi penjawat awam yang bekerja di Johor dan Terengganu yang mempunyai masa bekerja berbeza dimana mereka boleh memilih sama ada jam 7.30 pagi atau 8.30 pagi.

ii. Terdapat 5 negeri yang tidak termasuk amalan bekerja WBF iaitu Kelantan, Pahang, Pulau Pinang, Melaka dan Negeri Sembilan.


Masa WBF 


Wilayah Persekutuan, Perlis, Perak, Selangor, Sabah dan Sarawak

Isnin hingga Jumaat : 7.30 pagi - 4.30 petang, 8.30 pagi - 5.30 petang (9 Jam)

Kelantan, Pahang, Pulau Pinang, Melaka dan Negeri Sembilan

i. Ahad hingga Rabu : 7.30 pagi - 4.30 petang, 8.30 pagi - 5.30 petang (9 Jam)

ii. Khamis : 7.30 pagi - 3.00 petang, 8.30 pagi - 4.00 petang (7 Jam)

Maklumat Tentang Waktu Bekerja Fleksi 


1. Pegawai yang berkhidmat di sekolah, institusi pendidikan dan fasiliti kesihatan tidak terlibat projek ini termasuk Perkhidmatan Awam Negeri/ Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

2. Pegawai boleh mengetik kehadiran pada bila-bila masa antara 7.30 pagi - 8.30 pagi. Lebih 8.30 pagi DIKIRA LEWAT.

3. Perkiraan BLM bagi kerja lebih masa, adalah selepas pegawai mencukupkan tempoh waktu bekerja sehari (9 jam).

4. Waktu rehat adalah seperti PP4/2017.

5. Pelaksaan kebenaran pulang awal sejam kepada wanita mengandung dan suami adalah terpakai.

1 ulasan:

  1. Maaf bertanya, WBF mana 1 yang diguna pakai? 7.30am hingga 8.30 am atau 7.30 am hingga 9.00 am?

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.