Header Ads

Tips Semasa Peperiksaan Online SPA 2023

Tips Semasa Peperiksaan Online SPA 2023. Adakah anda calon peperiksaan online SPA? Panduan buat calon yang bakal menduduki peperiksaan online yang dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). Sepertimana anda tahu, peperiksaan online akan diadakan jika terdapat permohonan pengisian jawatan yang mensyaratkan peperiksaan daripada kementerian atau jabatan. Calon akan diberitahu menjalankan peperiksaan menerusi emel, SMS dan paparan portal SPA. Sebelum calon menduduki peperiksaan online, pastikan anda telah melakukan persediaan rapi dengan adanya laptop dan rangkaian internet. Berikut adalah tips semasa peperiksaan online SPA.

Tips Semasa Peperiksaan Online SPA 2022
Foto Kredit : Cityparkradio

Tips Semasa Peperiksaan Online SPA 2023


Berikut adalah panduan ringkas bagi membantu calon di dalam persediaan menduduki peperiksaan online SPA.

1. Virus, Malware, Spyware

Sekiranya komputer anda dijangkiti dengan virus, malware atau spyware, sistem pengoperasian komputer boleh terganggu dan gagal beroperasi dengan baik. Selain itu permasalahan ini juga boleh menyebabkan gangguan terhadap capaian internet.

Pencegahan: Pastikan komputer anda memasang antivirus untuk mengelak daripada dijangkiti virus. Sebelum itu pastikan anda scan komputer terlebih dahulu dan pastikan pattern antivirus yang digunapakai adalah terkini.

2. Browser (add on dan plugin terlalu banyak)

Untuk pengetahuan, sesetengah plugin atau add on dalam browser adalah spyware. Secara tak langsung ia boleh memudaratkan prestasi kelajuan capaian ke internet komputer anda.

Pencegahan: Pastikan anda menggunakan tetapan default setting bagi browser komputer masing-masing.

Contohnya :
i. Internet Explorer: internet option > Advanced > Reset Internet > Explorer settings
ii. Chrome: Setting > Reset Settings
Penggunaan browser Mozilla, Google Chrome, Internet Explorer dan Safari adalah yang dicadangkan bagi capaian ke Sistem Peperiksaan Online SPA.

3. Kuota Internet (Pengguna Broadband)

Sebelum menduduki peperiksaan pastikan kuota internet anda tidak mencapai had maksimum. Sekiranya berlaku ia akan mengakibatkan gangguan capaian internet semasa menduduki Peperiksaan Online
SPA.

Pencegahan: Sila pastikan kuota capaian internet anda mencukupi.

4. Windows Firewall

Penggunaan Windows Firewall adalah satu cara untuk mengelak dari sebarang ancaman penceroboh. Namun sekiranya tetapan firewall rules yang dilakukan tidak menepati keperluan dan kegunaan seharian, ia boleh mengganggu sistem komputer anda.

Pencegahan: Sila pastikan firewall rules, tidak mengganggu aplikasi rangkaian internet yang sering digunakan.

5. Fungsi Auto Update Perisian

Sepertimana anda tahu banyak perisian atau aplikasi sekarang mempunyai fungsi auto update dari internet secara percuma mahupun berbayar. Sekiranya ia berlaku akan mengganggu prestasi kelajuan capaian internet anda.

Pencegahan: Gunakan msconfig untuk menetapkan setiap program yang jarang anda gunakan supaya tidak perisian atau aplikasi anda tidak auto update pada masa startup.

Selamat menduduki peperiksaan online SPA. Semoga anda memperolehi keputusan lulus dalam peperiksaan SPA dan seterusnya layak menghadiri sesi temuduga.

Sumber : SPA

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.