Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Pegawai Latihan Vokasional DV19

Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Pegawai Latihan Vokasional DV19. Berminat bekerja menjadi penjawat awam? Jom mohon kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Pembantu Pegawai Latihan Vokasional DV29. Lihat ini juga → Syarat Kelayakan Pembantu Tadbir Gred N19.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Pegawai Latihan Vokasional DV19

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Pembantu Pegawai Latihan Vokasional DV19 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan di Jabatan Perkhidmatan Awam. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Pembantu Pegawai Latihan Vokasional DV19 bagi permohonan kerja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Pegawai Latihan Vokasional DV19


Berikut adalah informasi tentang Pembantu Pegawai Latihan Vokasional DV19 melibatkan tangga gaji, syarat kelayakan dan deksripsi tugas ;

Gaji Pembantu Pegawai Latihan Vokasional DV19


Gaji Pembantu Pegawai Latihan Vokasional DV19 sekitar RM1,377.00 sehingga RM4,052.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan Pembantu Pegawai Latihan Vokasional DV19 pula berjumlah RM100.

Syarat Kelayakan Pembantu Pegawai Latihan Vokasional DV19


● Warganegara Malaysia.
● Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
● Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred DV19: RM1,435.12); atau
● Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred DV19: RM1,493.24).

Jawatan Pembantu Pegawai Latihan Vokasional DV19 boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

Deskripsi Tugas Pembantu Pegawai Latihan Vokasional DV19


Berikut adalah tugas-tugas Pembantu Pegawai Latihan Vokasional DV19 seperti di bawah :

1. Bertanggungjawab kepada Pengetua melalui arahan Penolong Pegawai Latihan Vokasional dan melaksanakan tugas-tugas mengajar teori dan amali tidak kurang dari 25 jam seminggu.

2. Menyedia dan menggunakan pelan mengajar dan memberi pertunjukan (demontrasi) untuk memindahkan kemahiran kepada pelatih.

3. Menyediakan alat-alat mengajar seperti Kertas Penerangan, Kertas Kerja, Kertas Tugasan, alat bantuan mengajar seperti carta, model dan lain-lain di bawah pengawasan dan pengurusan Penolong Pegawai Latihan Vokasional.

4. Mengendalikan hal-hal yang berkaitan dengan ujian ILP dan MLVK seperti menyediakan alat-alat dan bahan-bahan ujian, memeriksa kertas ujian teori, menilai ujian amali dan merekod keputusan ujian-ujian teori dan amali.

5. Memastikan keselamatan dan kebersihan bengkel, bilik kuliah dan kemudahan-kemudahan awam dipersekitaran sekolah.

6. Mengawasi disiplin pelatih seperti membimbing pelatih-pelatih berpakaian dan berkelakuan sesuai dengan disiplin ketukangan pelatih.

7. Menyelenggara dan membaiki kerosakan mesin dan perkakas serta menyediakan rekod jadual rawatan.

8. Memesan, merekod, menyimpan dan mengeluarkan bahan-bahan keperluan latihan dan memastikan semua alat perkakas dan mesin dalam keadaan baik sebelum latihan dimulakan.

9. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Semoga perkongsian ini tentang gaji, kelayakan dan tugas Pembantu Pegawai Latihan Vokasional DV19 membantu mereka yang ingin bekerja kakitangan kerajaan. Selamat maju jaya.

Sumber : SPA

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.