Semakan Status Dana Raya Terengganu i-Fitri 2022 Online
Semakan Status Dana Raya Terengganu i-Fitri 2022 Online. Bilakah tarikh bayaran Dana Raya Aidilfitri Terengganu 2022? Panduan buat anda yang telah membuat permohonan Dana Raya Terengganu i-Fitri bagi tahun 2022. Untuk makluman menerusi portal iDANATTB, semakan status Dana Raya Terengganu ini boleh disemak secara atas talian (online) melalui laman web iDANATTB.
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Dana Raya Terengganu termasuk memaparkan jumlah bantuan, tarikh dan aplikasi semakan :
Bantuan Dana Raya Terengganu merupakan sebuah Skim atau bantuan daripada kerajaan negeri Terengganu untuk membantu golongan yang layak dibawah kategori ibu tunggal, OKU, warga emas dan orang miskin.
Semakan Status Dana Raya Terengganu i-Fitri 2022 Online
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Dana Raya Terengganu termasuk memaparkan jumlah bantuan, tarikh dan aplikasi semakan :
Jumlah Bantuan Dana Raya Aidilfitri Terengganu 2022
a. Bagi kategori OKU, warga emas dan ibu/bapa tunggal yang tiada anak akan menerima bantuan raya sebanyak RM300 setiap orang.
b. Bagi kategori miskin, bujang, berumur 41 tahun ke atas dan bergaji RM1,500 ke bawah akan menerima sebanyak RM400.
c. Bagi kategori belum berkahwin yang berumur 21 hingga 40 tahun akan menerima sebanyak RM200 melalui Dana Bakti Remaja.
Cara Semak Status Dana Raya Terengganu i-Fitri Online
1. Pemohon boleh menyemak status permohonan secara online di Portal Rasmi iDANATTB http://danattb.terengganu.gov.my
2. Masukkan No. Kad Pengenalan/My Kad diruang yang disediakan.
3. Kemudian, klik pada butang 'SEMAK'.
4. Maklumat status permohonan anda akan dipaparkan setelah klik butang semak.
Semoga adanya bantuan kewangan ini dapat meringankan bebanan golongan yang berkelayakan untuk menyara kehidupan seharian.
Tidak dapat dana raya dulu dapatje
BalasPadam