Header Ads

Contoh Soalan Temuduga Penguasa Kastam WK41

Contoh Soalan Temuduga Penguasa Kastam WK41. Adakah anda calon temuduga Penguasa Kastam sesi 2019? Pertama kali, diucapkan tahniah kepada calon yang bakal menduduki temuduga SPA bagi jawatan kerajaan. Anda pastinya berasa bertuah kerana anda di antara calon yang terpilih untuk menghadiri sesi temuduga SPA untuk jawatan Penguasa Kastam Gred WK41. Inilah peluang terbaik anda untuk bergelar anggota Kastam jika berjaya peringkat temuduga. Menerusi portal SPA, temuduga Penguasa Kastam di Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan dijalankan pada 20 Ogos hingga 4 September 2019. Bagaimana persediaan anda untuk menduduki temuduga Penguasa Kastam?

Contoh Soalan Temuduga Penguasa Kastam WK41

Contoh Soalan Temuduga Penguasa Kastam WK41 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang panduan temuduga Penguasa Kastam termasuk contoh-contoh soalan sebagai rujukan buat calon. Antara contoh-contoh soalan temudugaPenguasa Kastam yang bakal anda hadapi seperti berikut ;

1. Perkenalkan diri anda dan latar belakang secara ringkas?
2. Apakah pekerjaan anda sekarang? 
3. Apakah bidang-bidang tugas sebagai Penguasa Kastam?
4. Jika anda diterima menjawat jawatan Penguasa Kastam, apakah sumbangan yang boleh diberikan?
5. Mengapa kami perlu memilih anda sebagai Penguasa Kastam?
6. Jika anda ditawarkan di Sabah atau Sarawak, adakah anda sanggup?
7. Siapakah menteri yang menerajui kementerian tersebut?
8. Apakah fungsi, misi dan visi Kastam?
9. Apakah nama duti dan cukai-cukai yang dikenakan oleh Kastam?
10. Isu semasa di Malaysia 

Inilah antara contoh soalan temuduga Penguasa Kastam yang boleh dijadikan panduan buat mereka untuk menduduki temuduga sebenar nanti. Soalan di atas adalah hanya gambaran soalan sahaja bukannya ramalan atau bocor soalan.


Kenapa Ramai Calon Gagal Ketika Temuduga Kerajaan?


Untuk pengetahuan, terdapat pelbagai faktor atau punca penyumbang kenapa calon temuduga kerajaan gagal dalam temuduga. Faktor utama adalah calon gagal menjawab soalan yang dikemukakan dan tidak tahu bagaimana hendak berdepan dengan panel penemuduga.

Oleh itu, ramai calon gagal menjawab soalan temuduga dengan baik dan tepat. Tambahan pula ada calon yang tidak dapat bezakan soalan yang benar. Lagi satu faktor kegagalan calon adalah tidak dapat mempersembahkan resume yang terbaik kepada panel penemuduga. Hal ini kerana ada sesetengah calon temuduga tidak mengambil berat tentang format resume kerajaan sebenar. Sekaligus, menjadi halangan para calon untuk menjawat jawatan ini.

Panduan Lulus Temuduga Kerja Kerajaan Dengan Mudah 


Perhatian kepada calon temuduga Penguasa Kastam, sekiranya anda ingin membuat persediaan rapi dan ingin tahu cara temuduga kerajaan sebenar, maka anda perlu dapatkan Panduan Temuduga Kerja Kerajaan menerusi link di bawah ;

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.