Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Arkitek Landskap JA29

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Arkitek Landskap JA29. Berminat bekerja sebagai kakitangan awam di Jabatan Landskap Negara? Jom mohon kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Penolong Arkitek Landskap Gred JA29.


Permohonan dan pengambilan jawatan Arkitek Landskap telah dibuka kekosongan jawatan di Jabatan Landskap Negara. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Penolong Arkitek Landskap bagi permohonan kerja lepasan Diploma menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Arkitek Landskap JA29


Berikut dikongsikan adalah informasi tentang Penolong Arkitek Landskap Gred JA29 mengenai gaji, kelayakan dan deksripsi tugasnya ;

Gaji Penolong Arkitek Landskap JA29


Gaji Penolong Arkitek Landskap Gred JA29 sekitar RM1,549.00 sehingga RM5,701.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan adalah berjumlah RM145.00.

Syarat Kelayakan Penolong Arkitek Landskap 


Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) sijil dalam bidang teknologi landskap yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Kelayakan lantikan untuk kegunaan di Pihak Berkuasa Tempatan). (Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,549.00); atau
(d) sijil dalam bidang perancang bandar, kejuruteraan awam (seni bina) atau seni bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,549.00); atau
(e) diploma dalam bidang seni bina landskap yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,935.02).

Jawatan Penolong Arkitek Landskap Gred JA29 boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

Deskripsi Tugas Penolong Arkitek Landskap 


Berikut adalah tugas-tugas Penolong Arkitek Landskap Gred JA29 seperti di bawah :

1. Bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja lapangan, surihan, penyediaan lukisan ilustrasi, penyediaan pelan dan dokumentasi, pemantauan, pemuliharaan landskap, penyelidikan dan pengurusan.

2. Melaksanakan kerja-kerja pengumpulan maklumat untuk perancangan dan reka bentuk projek pembangunan landskap.

3. Menyediakan cadangan reka bentuk, pelan-pelan konsep dan laporan cadangan kos projek-projek pembangunan landskap.

4. Melaksanakan pembinaan projek pembangunan landskap dan menyedia program pembangunan rekreasi.

5. Melaksanakan kerja-kerja pemantauan penggunaan dan penguatkuasaan dasar, akta, garis panduan dan peraturan berhubung dengan landskap.

Semoga perkongsian ini tentang Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Arkitek Landskap Gred JA29 dapat membantu mereka yang ingin bekerja di sektor kerajaan.

Sumber : SPA

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.