Header Ads

Contoh Soalan Pengetahuan AM Pembantu Laut

Contoh Soalan Pengetahuan AM Pembantu Laut. Adakah anda calon peperiksaan Pembantu Laut Gred A19? Tahniah diucapkan kepada calon yang bakal menduduki peperiksaan online Pembantu Laut sesi November 2019. Bagaimana persediaan anda untuk peperiksaan online SPA ini? Okay disini akan dikongsikan contoh soalan Pengetahuan AM peperiksaan online sebagai panduan dan gambaran sahaja.

Contoh Soalan Pengetahuan AM Pembantu Laut

Contoh Soalan Pengetahuan AM Pembantu Laut  


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang contoh-contoh soalan peperiksaan, format terkini dan nota rujukan peperiksaan Pembantu Laut seperti di bawah :

Format Peperiksaan Online Pembantu Laut A19 


Berikut adalah format terkini peperiksaan online Pembantu Laut Gred A19 sesi November 2019 iaitu :

● Seksyen A : Pengetahuan Am

● Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah

● Seksyen C : Kefahaman Bahasa Inggeris

Contoh Soalan Pengetahuan Am SPA


Dalam seksyen ini, soalan-soalan yang dikemukakan adalah berkenaan dengan pengurusan sumber kewangan, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, hal ehwal semasa, isu-isu semasa, pengurusan sumber ekonomi dan keselamatan negara.

1. Faktor-faktor yang menjadi penyumbang utama kepada pelaburan asing dalam negara adalah
I . keadaan politik dan ekonomi yang stabil
II . peningkatan kos infrastruktur
III . kapasiti modal insan yang berkemahiran
IV . dasar-dasar pelaburan kerajaan yang liberal
A ) I, ll dan III
B ) I, II dan IV
C ) I, III dan IV
D ) II, III dan IV

2. Badan yang menjalankan kuasa eksekutif dan bertindak sebagai badan penyelaras utama di peringkat negeri ialah
A ) Menteri Besar.
B ) Ketua Menteri.
C ) Majlis Mesyuarat Kerajaan.
D ) Setiausaha Kerajaan Negeri.

3. Pilih agensi yang bukan di bawah tanggungjawab KPDNKK
A ) Bank Rakyat.
B ) Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
C ) Perbadanan Harta Intelek Malaysia.
D ) Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga.

4. Berikut adalah objektif Pelan Induk Perindustrian kecuali
A ) mengimport dan menyerap teknologi lebih sofistikated.
B ) menggalakkan penggunaan sepenuhnya sumber asli negara.
C ) meninggikan tahap penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi tempatan.
D ) menjadikan sektor perkilangan sebagai catalyst pertumbuhan perindustrian negara.

5. Isu-isu berikut adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kecuali
A ) pembangunan komuniti setempat.
B ) hak dan tuntutan pembeli rumah.
C ) pelaksanaan konsep kejiranan hijau.
D ) pembangunan fasiliti kawasan luar bandar.

6. Apakah panggilan yang diberikan kepada ahli dalam Dewan Negara?

A. Senator
B. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
C. Ahli Majlis
D. Ahli Dewan Negara

7. Antara berikut, pilih padanan yang sesuai tentang kategori mahkamah
dan jenis mahkamah di Malaysia

I. Mahkamah Rendah --> Mahkamah Penghulu
II. Mahkamah Atasan -> Mahkamah Sesyen
III. Mahkamah Khas --> Mahkamah Juvana
IV. Mahkamah Adat --> Mahkamah Pegawai
A. I sahaja
B. I, II dan III
C. I, I, III dan IV
D. I dan IV

Ini sekadar contoh soalan untuk latih tubi sebagai persediaan anda menghadapi peperiksaan online Pembantu Laut. Dengan adanya contoh-contoh soalan sebegini, sedikit sebanyak dapat memberi gambaran bentuk soalan yang akan ditanya dalam seksyen A Pengetahuan Am nanti.

GROUP TELEGRAM PEMBANTU LAUT A19


Tahniah diucapkan kepada calon yang dipanggil menduduki peperiksaan PEMBANTU LAUT pada 13 NOVEMBER ini...

Berita baik dalam channel telegram ini akan kongsi kan beberapa nota dan contoh-contoh soalan sebagai panduan buat calon.

Untuk join channel Pembantu Laut ini klik pautan di bawah ;

GROUP TELEGRAM : https://t.me/joinchat/AAAAAE9jKwf3yX95v76U6g

Pihak SPA8i.net tidak berkaitan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Apa yang tim SPA8i.net sediakan adalah bantuan persediaan calon untuk menduduki peperiksaan. Soalan disediakan bukan BUKU KAJIAN jauh sekali soalan sebenar peperiksaan. Ianya lebih kepada contoh soalan untuk memudahkan persediaan calon dilengkapi dengan nota-nota persediaan.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.