Header Ads

Contoh Soalan Psikometrik Setiausaha Pejabat N29

Contoh Soalan Psikometrik Setiausaha Pejabat N29. Adakah anda calon Ujian Psikometrik tahun 2019? Tahniah diucapkan kepada calon yang dipanggil untuk menduduki Ujian Psikometrik bagi pengambilan jawatan Setiausaha Pejabat. Untuk makluman menerusi portal rasmi SPA, peperiksaan Ujian Psikometrik Setiausaha Pejabat Gred N29 akan dijalankan pada bulan Disember 2019. Berikut adalah contoh soalan Ujian Psikometrik Setiausaha Pejabat sebagai panduan dan gambaran buat calon.

Contoh Soalan Psikometrik Setiausaha Pejabat N29

Untuk pengetahuan, Ujian Psikometrik adalah satu ujian yang menguji teori dan teknik pengukuran psikologi. Ujian Psikometrik juga merupakan soalan lebih menguji kepada personaliti diri, sikap dan nilai positif calon yang benar-benar hendak menjawat jawatan kerajaan. Kebiasaannya soalan yang akan ditanya dalam Ujian Psikometrik adalah dalam bentuk 'YA' atau 'TIDAK', 'BETUL' atau 'SALAH' dan 'SETUJU 'atau 'TIDAK SETUJU'. Selain itu juga ada beberapa jawatan yang menyediakan soalan matematik dalam Ujian Psikometrik.

Contoh Soalan Psikometrik Setiausaha Pejabat N29


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Ujian Psikometrik SPA bagi jawatan Setiausaha Pejabat N29 termasuk memaparkan contoh soalan matematik beserta rujukan :

Contoh Soalan Ujian Psikometrik 


1. Saya akan melaksanakan tugas tanpa diarah
A. Setuju
B. Tidak Setuju

2. Saya _____ dimarahi kerana melanggar peraturan.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Jarang-jarang
D. Sekali-sekala
E. Tidak pernah

3. Saya seorang yang sangat sistematik dan teliti..
A. Ya B. Tidak

4. Saya tidak bertolak ansur dengan orang yang tidak menepati janji.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Jarang-jarang
D. Sekali-sekala
E. Tidak pernah

5. Saya tidak akan memberi keputusan terhadap sesuatu cadangan dengan spontan walaupun ramai orang telah bersetuju.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Jarang-jarang
D. Sekali-sekala
E. Tidak pernah

6. Pihak yang mendapat suara majoriti,
menjadi kecenderungan saya untuk berpihak kepadanya
A. Ya B. Tidak

7. Daripada menjadi pengikut, saya lebih suka menjadi ketua
A. Ya B. Tidak

8. Untuk bertemu dengan orang yang tidak dikenali, adalah tidak menjadi masalah buat saya
A. Ya B. Tidak

9. Apabila dikritik oleh orang lain semasa menjalankan tanggungjawab, saya cepat berputus-asa
A. Ya B. Tidak

10. Saya cenderung untuk membuat contengan apabila saya fokus
A. Ya B. Tidak

Contoh Soalan Matematik Psikometrik 


1. Berapakah jumlah hasil tambah semua nombor ganjil ditolakkan dengan hasil tambah semua nombor genap bagi nombor-nombor 21 hingga 29?
A. 25     C. 115
B. 35     D. 125

Jawapan : A

2. Berapa peratuskah daripada 6 liter bersamaan dengan 1.92 liter?
A. 0.32  C. 30.2
B. 3.2    D. 32

Jawapan : D

3. Antara nombor berikut yang manakah paling hampir kepada 7.5?
A. 7.055.   C. 7.005
B. 8.065    D. 8.005

Jawapan : A

4. (3,4,6,5,2,9,8,2,3,1) adalah satu set data. Apakah median data tersebut?
A. 2.0 C. 4.5
B. 3.5 D. 5.0

Jawapan : B

5. Berapakah baki apabila RM100, 795 dibahagi 8?
A. 0.3 C. 3
B. 0.4 D. 4

Jawapan : C

6. Sebuah gerai menjual nasi lemak telur berharga RM1.50 dan nasi lemak udang berharga RM1.80. Bilangan bungkusan nasi lemak yang dijual adalah sama dan keseluruhannya berjumlah 316 bungkus. Berapakah jumlah hasil jualan keseluruhannya?
A. RM284.40  C. RM521.40
B. RM474.80  D. RM568.80

Jawapan : C

7. Bagi set data 6, 8, 10, 6, 5, 2, x, y kekerapan mod adalah 3 dan min adalah 7. Cari x+y.
A. 17 C. 20
B. 18 D. 19

8. 125, 120, 110, X, 75, 50 apakah nilai X?
A. 105 C. 95
B. 100 D. 85

Jawapan : C

9. Satu titisan air berisipadu 2.5ml. Berapakah bilangan titisan air supaya memenuhi bekas 0.5 liter?
A. 250 C. 150
B. 200 D. 100

Jawapan : B

10. Antara berikut yang manakah benar?
A. 0.32km bersamaan 3020m
B. 1.12km bersamaan 1012m
C. 0.45km bersamaan 4500m
D. 1.25km bersamaan 1250m

11. Manakah yang memberikan nilai yang paling hampir kepada 8?
A. (8.4 x 3) / 3
B. (7.5 x 3) / 3
C. (6.2/ 3) x 4
D. (5.9/ 3) x 4

Jawapan : D

12. Nombor yang manakah TIDAK BOLEH dibahagi genap dengan 6?
A. 534 C. 384
B. 426 D. 376

Jawapan : D

13. 2 jam 55 minit + 48 minit + 3 jam 24 minit
A. 5 jam 07 minit C. 5 jam 27 minit
B. 7 jam 07 minit D. 6 jam 27 minit

Jawapan : B

14. Tukarkan 15300 saat kepada jam dan minit
A. 2 jam 15 minit C. 4 jam 15 minit
B. 2 jam 55 minit D. 4 jam 25 minit

Jawapan : C

15. Seutas jam tangan berharga RM399 dan dijual dengan tawaran diskaun 15%. Ahmad membeli jam tersebut dengan wang simpanan yang dikumpulnya sebanyak RM600. Berapakah baki wangnya.
A. RM59.95      C. RM339.15
B. RM260.85    D. RM540.15

Nota : Soalan-soalan Ujian Psikometrik di atas adalah hanya contoh sahaja bukannya soalan sebenar atau soalan bocor.

DAPATKAN RUJUKAN DAN CONTOH SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK 


Berita baik buat calon SPA yang akan menduduki Ujian Psikometrik dimana Tim Infokerjaya telah menerbitkan satu rujukan  lengkap untuk membantu calon-calon untuk menjawab soalan ujian Psikometrik. Di dalam rujukan itu terdapat beberapa contoh soalan, nota dan tips menjawab soalan Psikometrik. Yang menariknya ebook Psikometrik dipakejkan sekali dengan rujukan temuduga kerja kerajaan.

Bagaimana cara untuk dapatkan rujukan Ujian Psikometrik ini? Sila klik link di bawah ini untuk dapatkan contoh soalan Ujian Psikometrik ;

>> RUJUKAN PSIKOMETRIK LENGKAP <<

Penafian : Soalan-soalan yang dikongsikan disini adalah sebagai bentuk gambaran atau panduan untuk calon membuat persiapan peperiksaan online dalam Ujian Psikometrik. Ianya bukan soalan ramalan atau soalan bocor

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.