Header Ads

Contoh Soalan Psikometrik SPA 2023 Lengkap (Rujukan)

Contoh Soalan Psikometrik SPA 2023 (Rujukan). Apakah Ujian Psikometrik SPA? Panduan buat anda yang bakal menduduki peperiksaan Psikometrik yang dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Dalam seksyen peperiksaan ini adalah berkaitan dengan Ujian Psikometrik yang perlu dijawab dalam masa yang pantas. Kebiasaannya diberikan masa 60 minit untuk menyelesaikan sebanyak 200 soalan. Sebenarnya seksyen ini adalah olahan semula dari seksyen yang lama iaitu Seksyen Sahsiah dan Minat. Sekarang, jawatan kerajaan bagi kelayakan PMR juga tidak terkecuali untuk menjawab ujian Psikometrik yang menjadi fasa sebelum menghadapi temuduga.

Contoh Soalan Psikometrik SPA 2023 (Rujukan)

Untuk makluman, format soalan Psikometrik dan jawapan pilihan juga tidak tetap. Ianya ditetapkan ‘Aneka Pilihan Jawapan’. Anda berkemungkinan hanya diberi 2 atau 3 pilihan jawapan (Ya atau Tidak), (Betul atau Salah), (Ya atau Betul atau Tidak Pasti) ataupun 4 - 5 jawapan yang menguji keyakinan anda (Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju) sebagai refleksi
keyakinan anda dalam membuat pilihan.

Contoh Soalan Psikometrik SPA 2023 (Rujukan) 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang contoh soalan Ujian Psikometrik SPA termasuk memaparkan contoh soalan Matematik :

1. Apabila ada seseorang yang mencurigakan, saya akan berjaga-jaga
A. Setuju
B. Tidak setuju
C. Tidak Pasti

2. Saya suka menegur pekerja bawahan saya di khalayak ramai
A. Ya
B. Tidak

3. Saya lebih banyak mendengar daripada berkata-kata
A. Sangat kerap
B. Kerap
C. Tidak pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak pernah

4. Saya lebih mementingkan hasil kerja daripada cara melakukan kerja
A. Ya
B. Tidak

5. Saya suka menjauhkan diri daripada perkara negatif di pejabat.
A. Ya
B. Tidak

6. Rancangan dan aktiviti yang telah saya tentukan selalu diubah-ubah
A. Ya
B. Tidak

7. Saya gemar membuat sesuatu kerja yang akan saya perolehi setelah mengetahui faedah-faedahnya
A. Ya
B. Tidak

8. Mencari pengalaman baru membuatkan saya sangat aktif
A. Ya
B. Tidak

9. Dari masa ke semasa, saya mempunyai kebolehan dan kemahiran untuk mengawasi perasaan saya.
A. Ya
B. Tidak

10. Buku-buku dalam bidang falsafah dan psikologi adalah sumber bacaan kesukaan saya
A. Ya
B. Tidak

11. Apabila berkhidmat kita perlu mengenepikan urusan peribadi
A. Setuju
B. Tidak setuju

12. Tanpa mengharapkan sebarang ganjaran, saya sentiasa sanggup melaksanakan sesuatu tugas dengan baik
A. Setuju
B. Tidak setuju

13. Aktiviti-aktiviti yang memerlukan perhatian dan tumpuan yang terperinci adalah suatu perkara kesukaan saya
A. Ya
B. Tidak

14. Apabila ditegur, saya boleh mengawal emosi
A. Ya
B. Tidak

15. Kebanyakkan rakan saya tidak mempercayai kata-kata saya dan ini membuatkan saya berasa kecewa
A. Setuju
B. Tidak setuju

Contoh Soalan Matematik Psikometrik SPA


1. Kilang Marcedes telah menghasilkan 35,496 buah kereta dalam masa dua minggu. Jika bilangan kereta yang dihasilkan sama setiap hari kecuali hari Jumaat 3,564 buah kereta. Hitungkan jumlah kereta yang dihasilkan dari hari Isnin hingga Rabu.
 A. 12987 buah
 B. 14532 buah
 C. 17306 buah
 D. 15966 buah
Jawapan : D

2. Gaji bulanan bagi 10 orang pekerja sebuah syarikat A yang terdiri
daripada jawatan Kerani 4 orang, Eksekutif Pentadbiran 4 orang dan Setiausaha 2 orang ialah RM 1500, RM2700, RM2900 setiap seorang. Kirakan min gaji bulanan pekerja-pekerja berkenaan.
 A. RM 711.50
 B. RM 2266.00
 C. RM 7100.50
 D. RM 2260.00
Jawapan : D

3. Satu balang cabutan nombor bertuah mengandungi set nombor 1 hingga 264. Apakah kebarangkalian untuk nombor yang bermula dengan 7 terpilih?
A. 5/132
B. 5/152
C. 1/13
D. 1/24
Jawapan : D

4. Jumlah harga 40 biji tembikai ialah RM380. Berapakah harga purata sebiji tembikai?
 A. RM 10.00
 B. RM 9.00
 C. RM 8.50
 D. RM 9.50
Jawapan : D

5. Di antara berikut yang manakah nilai paling besar ?
 A. 2.7%
 B. 3/4
 C. 0.013
 D. 16/45
Jawapan : B

RUJUKAN LENGKAP UJIAN PSIKOMETRIK SPA 


Sudah cukup rujukan dan contoh soalan Psikometrik diberikan? Berita baik buat anda dimana Tim Infokerjaya telah menerbitkan satu rujukan untuk membantu calon-calon ujian Psikometrik dengan beberapa contoh soalan ujian tersebut. Bagaimana nak dapatkan rujukan itu klik pautan di bawah ;

Penafian : Soalan-soalan yang dikongsikan disini adalah sebagai bentuk gambaran atau panduan untuk calon membuat persiapan peperiksaan online dalam Ujian Psikometrik. Ianya bukan soalan ramalan atau soalan bocor.

1 ulasan:

  1. Terima kasih tim info kerjaya, saya akan lakukan yg terbaik semasa exam nanti (28/01/2020)

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.