Header Ads

Permohonan eRumah Johor 2023 Online Rumah Mampu Milik Johor (Semakan Status)

Permohonan eRumah Johor 2023 Online Rumah Mampu Milik Johor. Berita baik buat rakyat negeri Johor dan berpendapatan bulanan tidak melebihi daripada RM8,000 sebulan yang ingin memiliki rumah idaman. Untuk makluman, kerajaan Negeri Johor memperkenalkan satu skim perumahan iaitu eRumah Johor yang merupakan Rumah Mampu Milik Johor buat golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana. Bagi anda yang berkelayakan boleh memohon eRumah Johor tahun 2023 secara atas talian (online) di laman web eRumah Johor.

Permohonan eRumah Johor 2021 Online Rumah Mampu Milik Johor

Permohonan eRumah Johor 2023 Online Rumah Mampu Milik Johor (Semakan Status) 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Program eRumah Johor termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Syarat Kelayakan eRumah Johor


Antara syarat-syarat kelayakan eRumah Johor adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia, menetap selama 5 tahun di Johor dan berumur 18 tahun ke atas
2. Berkahwin/Bujang layak memohon
3. Pemohon/pasangan yang telah memiliki RKR selama 5 tahun ke atas layak memohon rumah kedua
4. Hanya satu permohonan bagi pasangan suami/isteri
5. Pemohon/pasangan yang telah memiliki RKR/RKSR/PKJ A/PKJ B boleh memohon rumah kedua iaitu RMMJ
6. Hanya satu (1) pemilikan sahaja bagi Kedai Kos Sederhana Rendah
7. Pemohon/pasangan yang telah memiliki rumah kos sederhana/rumah mewah tidak LAYAK memohon
8. Tempoh sah pendaftaran Rumah Mampu Milik adalah SETAHUN dari tarikh pendaftaran

Cara Permohonan Rumah Mampu Milik Johor 2023 Online


1. Bagi anda yang pertama kali hendaklah mendaftar akaun baru menerusi pautan ini https://erumah.johor.gov.my/ePerumahan/home/id-DaftarAkaun.htm

2. Log in semula akaun SUKJ, kemaskini akaun dan maklumat peribadi dengan tepat. 

3. Pilih projek perumahan dan hantar permohonan. 

4. Pemohon perlu membuat serahan dokumen di kaunter sepanjang tempoh pengiklanan, hanya pemohon yang layak akan dipanggil untuk proses pengundian. 

5. Hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil sesi temuduga. 

6. Pemohon akan dimaklumkan untuk proses seterusnya. 

Nota: Untuk pertanyaan lanjut tentang eRumah Johor boleh terus ke laman https://erumah.johor.gov.my/ePerumahan/home/hmPanduanPermohonan.htm

Semakan Status Permohonan eRumah Johor Online 


Untuk semakan tawaran eRumah Johor boleh disemak secara online menerusi laman web https://erumah.johor.gov.my/

Sebarang pertanyaan tentang eRumah Johor, sila hubungi di:

Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (Bahagian Perumahan), Aras 1 & 2, Bangunan Dato' Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, 79503 Iskandar Puteri, Johor
Email: erumah@johor.gov.my
No. Telefon: 07-2666260 / 07-2666261 / 07-2666262

BACA JUGA : Permohonan Skim Sewa Beli Hartanah Johor (Jauhar Prihatin)

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.