Header Ads

Permohonan eRumah Penang 2023 Online Rumah Mampu Milik Pulau Pinang (Semakan Status)

Permohonan eRumah Penang 2023 Online Rumah Mampu Milik Pulau Pinang. Berita baik buat anak jati negeri Pulau Pinang dan berpendapatan rendah (B40) yang ingin memiliki rumah idaman sendiri. Untuk makluman, kerajaan Negeri Pulau Pinang ada menyediakan satu skim perumahan iaitu eRumah bagi golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana. Bagi anda yang berkelayakan boleh memohon Rumah Mampu Milik Penang tahun 2022 secara online di laman web rasmi https://erumah.penang.gov.my.

Permohonan eRumah Penang 2022 Online Rumah Mampu Milik Pulau Pinang

eRumah Penang merupakan skim perumahan Rumah Mampu Milik yang disediakan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang bagi golongan isi rumah berpendapatan rendah atau sederhana di Pulau Pinang yang belum memiliki rumah impian sendiri.

Permohonan eRumah Penang 2023 Online Rumah Mampu Milik Pulau Pinang (Semakan Status) 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Rumah Mampu Milik Penang termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Syarat Kelayakan eRumah Penang 


Antara syarat-syarat kelayakan eRumah Pulau Pinang adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia, menetap selama 5 tahun di Pulau Pinang dan berumur 18 tahun ke atas
2. Berkahwin/Bujang layak memohon
3. Hanya satu permohonan bagi pasangan suami/isteri
4. Bagi golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana 

Cara Permohonan Rumah Mampu Milik Penang Online 


1. Bagi anda yang berkelayakan boleh memohon secara atas talian di laman web https://erumah.penang.gov.my/app/login_pemohon.php

2. Isikan maklumat dengan lengkap (Cth: Semakan Syarat, Pilihan Perumahan, Maklumat Pemohon, Maklumat Pasangan, Maklumat Tanggungan dan Maklumat Tambahan).

3. Setelah borang permohonan diisi dengan lengkap, anda perlu klik pada butang 'SETERUSNYA'.

4. Borang yang telah lengkap diisi beserta dokumen sokongan perlu dihantar ke alamat seperti berikut ;

Pejabat Perumahan, Tingkat
20, KOMTAR
10503 Pulau Pinang

Sebarang pertanyaan tentang eRumah Penang, sila hubungi di:

Bahagian Perumahan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Tingkat 20, Komtar
10503 Pulau Pinang

Semoga adanya skim perumahan ini dapat membantu golongan yang berkelayakan mendapat rumah idaman sendiri.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.