Header Ads

Permohonan Residensi Wilayah 2023 (Rumah Mampu Milik WP)

Permohonan Residensi Wilayah 2023 (Rumah Mampu Milik WP). Nak beli rumah pertama di Wilayah Persekutuan? Berita baik buat anak kelahiran Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan yang ingin memiliki rumah idaman sendiri. Untuk makluman, kerajaan Wilayah Persekutuan ada menawarkan satu skim perumahan iaitu Residensi Wilayah bagi golongan yang berpendapatan rendah (B40) dan sederhana. Bagi anda yang berkelayakan boleh memohon Residensi Wilayah tahun 2022 secara online di laman web rasmi https://residensiwilayah.kwp.gov.my.

Permohonan Residensi Wilayah 2022 (Rumah Mampu Milik WP).

Residensi Wilayah yang dahulunya dikenali sebagai RUMAWIP merupakan satu skim perumahan mampu milik yang menyediakan rumah kediaman yang berkualiti buat warga Wilayah Persekutuan. Residensi Wilayah merujuk kepada Rumah Mampu Milik di Wilayah Persekutuan dengan harga jualan sehingga RM300,000 seunit. Projek perumahan RESIDENSI WILAYAH hanya tertumpu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sahaja. 

Permohonan Residensi Wilayah 2023 (Rumah Mampu Milik WP) 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Rumah Mampu Milik Kuala Lumpur termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

TERKINI : Menurut portal BH Online, sebanyak 67,944 unit kediaman di bawah 104 projek Residensi Wilayah Keluarga Malaysia di Wilayah Persekutuan sudah mendapat kelulusan pembinaan sehingga bulan Mei 2022.

Syarat Kelayakan Permohonan Residensi Wilayah


Antara syarat-syarat kelayakan permohonan Residensi Wilayah adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia berumur sekurang-kurangnya 21 tahun ketika permohonan dibuat 
2. Lahir atau menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan
3. Pendapatan kasar bulanan dibawah RM15,000 dan ke bawah (suami isteri) & RM10,000 (bujang)
4. Permohonan berdaftar di portal RESIDENSI WILAYAH
5. Sekatan jualan (moratorium 10 tahun)
6. Pemohon hanya dibenarkan untuk memohon satu (1) projek sahaja.


Ciri-Ciri dan Jenis Rumah Residensi Wilayah 


Residensi Wilayah menawarkan rumah yang mempunyai tiga (3) bilik tidur, dua (2) bilik air, dapur, ruang tamu, ruang makan dan yard serta dalam bentuk rumah berstrata.

Cara Mohon Residensi Wilayah 2022 Online 


A. PENDAFTARAN DAN LOG MASUK 

1. Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) di laman web https://residensiwilayah.kwp.gov.my.

2. Di bahagian atas kanan halaman portal, klik butang ‘Daftar’ atau klik butang
‘Daftar Akaun’ di bahagian kanan tengah halaman portal.

3. Setelah membaca panduan dan syarat kelayakan, klik butang ‘Saya Layak'.


4. Di halaman borang pendaftaran akaun, pada bahagian ‘Kelayakan’, ketik pada kotak ‘Saya telah membaca dan bersetuju dengan syarat-syarat yang disebutkan di atas. Saya mengesahkan bahawa saya memenuhi kesemua Syarat Kelayakan yang ditetapkan oleh Residensi Wilayah’.

5. Pada borang pendaftaran akaun, di kotak No. Kad Pengenalan (Baru) cuba masukkan nombor kad pengenalan yang melebihi 12 aksara.

6. Di halaman seterusnya, isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap
menggunakan contoh maklumat di bawah dan klik butang Daftar.
i. No. Kad Pengenalan: 86116XXXXXX
ii. Kata laluan: abcd1234@
iii. Ulang kata laluan: abcd1234@
iv. Kewarganegaraan: Warganegara.
v. Email: abc@mail.com
vi. Status Perkahwinan: Berkahwin (jika ada)
vii. Pendapatan Kasar Isi Rumah: 20000
viii. Poskod Tempat Tinggal: 09300
ix. Poskod Tempat Kerja: 09300
x. Klik Langgan berita berkaitan Residensi Wilayah (jika perlu)

7. Setelah butang Daftar ditekan, sekiranya pendaftaran tersebut berjaya, anda akan dibawa ke akaun profil peribadi.

8. Di dalam paparan akaun pengguna, klik ikon di atas kanan skrin anda dan klik Log Keluar. Kembali ke halaman utama, klik butang Log Masuk di atas kanan skrin anda atau klik Log Masuk di tengah kanan skrin.

9. Pilih Pemohon, masukkan No. Kad Pengenalan dan kata laluan yang anda
gunakan semasa pendaftaran di kotak yang disediakan. Klik Log Masuk.

B. PERMOHONAN PROJEK 

1. Layari Portal Residensi Wilayah dengan memasukkan alamat URL berikut di
pelayar web: https://residensiwilayah.kwp.gov.my

2. Klik Log Masuk. Di halaman log masuk, pengguna diwajibkan memasukkan No Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah ditetapkan semasa pendaftaran.

3. Profil pengguna akan dipaparkan. Klik pada menu projek atau maklumat yang
mempunyai teks berwarna hijau yang ditanda warna merah.

C. MUAT TURUN DOKUMEN

1. Layari Portal Residensi Wilayah dengan memasukkan alamat URL berikut di
pelayar web : https://residensiwilayah.kwp.gov.my

2. Klik Log Masuk.

3. Di bawah status permohonan, klik pautan ‘Klik di sini untuk muat naik
dokumen.’ Anda juga boleh klik pada pautan ‘Muat naik Dokumen’ di menu sisi.


4. Tekan ‘Choose File’ untuk mana-mana dokumen di senarai tersebut.

5. Pilih apa-apa fail yang berformat selain jpeg, png atau pdf (contoh: fail berformat .docx). Kemudian, klik butang Simpan.

6. Pada mana-mana dokumen, klik butang ‘Papar’. Pada mana-mana dokumen, klik butang ‘Download’ jika mahu memuat turun dokumen atau padam untuk memadamkanya.


7. Kemudian, klik pada kotak ‘Saya mengesahkan segala dokumen yang dimuat naik adalah betul. Saya boleh didakwa dan didenda jika maklumat yang diberikan adalah palsu. Dan segala permohonan saya boleh ditarik atau dibatalkan.’

8. Seterusnya, klik butang Sahkan.

Nota:

i. Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang Residensi Wilayah boleh layari ke laman https://residensiwilayah.kwp.gov.my/faq.

ii. Untuk semakan projek Residensi Wilayah boleh layari ke laman https://residensiwilayah.kwp.gov.my/projek

Untuk sebarang pertanyaan tentang Residensi Wilayah, sila hubungi di:

Urus Setia RESIDENSI WILAYAH
Unit Residensi Wilayah,
Bahagian Sosio Ekonomi,
Aras 5, Blok 2,
Menara Seri Wilayah,
Presint 2,
Kementerian Wilayah Persekutuan,
62100 Putrajaya.

Waktu Urusan : Isnin - Jumaat ( 9.30 pagi - 4.30 petang )
Waktu Rehat : Isnin - Khamis ( 1.00 petang - 2.00 petang )
Jumaat ( 12.00 tengahari - 3.00 petang)
Sabtu dan Ahad (Tutup)

BACA JUGA : Semakan Status Permohonan Residensi Wilayah

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.