Header Ads

Permohonan Rumah Peranginan Persekutuan & Rumah Transit 2023 Online (Semakan)

Permohonan Rumah Peranginan Persekutuan & Rumah Transit 2023 Online (Semakan). Tahukah anda apa itu Rumah Peranginan Persekutuan? Panduan buat anda terutamanya kakitangan yang ingin membawa keluarga mereka pergi melancong atau bercuti. Sepertimana anda tahu, kerajaan Malaysia menyediakan pelbagai kemudahan kepada penjawat termasuk kemudahan Rumah Penginapan Persekutuan. Untuk makluman, Rumah Penginapan Persekutuan (RPP) adalah tempat penginapan yang disediakan oleh kerajaan untuk penjawat awam dan badan berkanun. Bagi anda yang berkelayakan boleh memohon Rumah Peranginan Persekutuan secara online di laman web rasmi BPH.

Permohonan Rumah Peranginan Persekutuan & Rumah Transit 2023 Online (Semakan)

Permohonan Rumah Peranginan Persekutuan & Rumah Transit 2023 Online (Semakan)


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Rumah Peranginan Persekutuan termasuk memaparkan syarat kelayakan dan cara permohonan :

Syarat Kelayakan Rumah Peranginan Persekutuan


Antara syarat-syarat kelayakan permohonan Rumah Peranginan Persekutuan adalah seperti berikut:

a. Perkhidmatan Awam Persekutuan
b. Perkhidmatan Awam Negeri
c. Pesara yang memiliki Kad Pesara Kerajaan

Cara Permohonan Rumah Peranginan Persekutuan Online


1. Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman web BPH, www.bph.gov.my.

2. Pemohon dikehendaki mendaftar di laman web BPH bagi mendapatkan kata laluan / akses menggunakan sistem permohonan atas talian dan seterusnya membuat permohonan secara atas talian;

3. Bagi tetamu yang tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, HANYA suami/isteri pemohon yang tersenarai dalam surat kelulusan penginapan dibenarkan untuk mendaftar masuk;

4. Kelulusan permohonan RPPE/RT adalah tertakluk kepada kekosongan manakala kelulusan bagi RPPP dan berkelompok tertakluk kepada kekosongan, keutamaan kelayakan dan kelulusan Pengurusan BPH;

5. Permohonan secara walk-in diterima di semua RPPE/RT sekiranya terdapat kekosongan. Kelulusan hanya akan diberikan setelah pembayaran sewaan dan deposit dilakukan (Deposit akan dipulangkan secara melalui Electronic Fund Transfer (EFT) selepas tempoh 30 hari). Walau bagaimanapun, bagi RPP yang dikendalikan oleh Operator, kadar sewa bilik dan deposit adalah tertakluk kepada kadar semasa pihak Operator.

6. Pemohon perlu memastikan bayaran dijelaskan kepada BPH selewat-lewatnya tujuh (7) hari dari tarikh tempahan diluluskan. Jika bayaran gagal dibuat dalam tempoh yang telah ditetapkan, tempahan terbatal secara automatik;

Untuk keterangan lanjut tentang Rumah Peranginan Persekutuan, sila hubungi ;

No. Hotline BPH: 03-88800522 (Aduan & Pertanyaan) Dari Isnin - Jumaat Jam 8.00 a.m - 5.00 p.m.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.