Header Ads

Semakan Kelayakan Peka B40 2023 (Skim Peduli Kesihatan)

Semakan Kelayakan Peka B40 2023 (Skim Peduli Kesihatan). Panduan buat penerima Bantuan Sara Hidup tahun 2023. Untuk makluman, Kementerian Kesihatan Malaysia masih meneruskan Skim Peduli Kesihatan (PeKa B40) untuk tahun seterusnya. Bagi penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan pasangannya yang berdaftar dan berumur 40 tahun ke atas secara automatik layak menerima manfaat program Peka B40. Pendaftaran tidak diperlukan untuk skim kesihatan ini. 

Semakan Kelayakan Peka B40 2021 (Skim Peduli Kesihatan)

Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 atau lebih dikenali sebagai PeKa B40 adalah satu inisiatif daripada Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah bagi penyakit tidak berjangkit (NCD).

Semakan Kelayakan Peka B40 2023 (Skim Peduli Kesihatan) 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang semakan kelayakan PeKa B40 termasuk memaparkan manfaat, syarat kriteria dan aplikasi semakan :

Syarat Kelayakan PeKa B40


Antara syarat-syarat kelayakan menerima PeKa B40 adalah seperti berikut :

1. Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan pasangannya yang berdaftar, berumur 40 tahun dan ke atas.

2. Tiada pendaftaran diperlukan untuk menyertai PeKa B40.


Syarat Menerima Manfaat 2, 3 dan 4


i. Pesakit mestilah penerima BSH atau pasangannya dan berumur 40 tahun dan ke atas;
ii. Telah melakukan Saringan Kesihatan (Manfaat 1); dan
iii. Permohonan mestilah dilakukan melalui hospital Kementerian Kesihatan Malaysia sahaja.
iv. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada seksyen Manfaat di sini.

Manfaat Skim Peduli Kesihatan (PeKa B40) 


i. Bantuan RM10,000 bagi membeli alat-alat perubatan
ii. Bantuan RM500/RM1,000 bagi menampung kos perjalanan mendapatkan rawatan di hospital

Cara Semak Kelayakan PeKa B40 Online


1. Untuk semak status kelayakan Peka B40 boleh dibuat secara online menerusi laman web https://kelayakan.pekab40.com.my/

2. Kemudian, masukkan No. Kad Pengenalan (12 digit) tanpa tanda (-) dan klik pada butang 'Semak'.

3. Akan dipaparkan keputusan semakan. 

Sebarang pertanyaan lanjut tentang PeKa B40 boleh hubungi :

ProtectHealth Corporation Sdn Bhd
F01 & F02, Tingkat 1, Blok 2300,
Century Square, Jalan Usahawan,
63000 Cyberjaya, Selangor
Telefon: +603 8687 2500
Emel: info@pekab40.com.my

BACA JUGA : Pendaftaran MySalam 2023

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.