Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Pegawai Farmasi Gred U29

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Pegawai Farmasi Gred U29. Anda berminat bekerja sebagai kakitangan awam sebagai Penolong Pegawai Farmasi? Jom mohon kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Permohonan jawatan kosong Penolong Pegawai Farmasi boleh dibuat secara online di laman web rasmi SPA. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Penolong Pegawai Farmasi Gred U29. 

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Pegawai Farmasi Gred U29

Permohonan dan pengambilan jawatan Penolong Pegawai Farmasi telah dibuka kekosongan jawatan di Kementerian Kesihatan Malaysia. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Penolong Pegawai Farmasi bagi permohonan kerja lepasan Diploma menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Pegawai Farmasi Gred U29


Berikut dikongsikan adalah informasi tentang Penolong Pegawai Farmasi Gred U29 mengenai gaji, kelayakan dan deksripsi ttugasnya ;

Gaji Penolong Pegawai Farmasi Gred U29


Gaji Penolong Pegawai Farmasi Gred U29 sekitar RM1,797.00 sehingga RM5,753.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan adalah berjumlah RM145.00.

Syarat Kelayakan Penolong Pegawai Farmasi Gred U29


Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

1. warganegara Malaysia;
2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
3. Diploma dalam bidang farmasi yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,797.00).
4. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Penolong Pegawai Farmasi Gred U29 boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Farmasi Gred U29


Berikut adalah tugas-tugas Penolong Pegawai Farmasi Gred U29 seperti di bawah :

i. Memeriksa dan memenuhi semua botol-botol bancuhan yang kosong, pil-pil,losen untuk penyediaan perkhidmatan di hari itu.

ii. Pembahagian ubatan kepada pesakit dan memberi keterangan yang betul atas kegunaan ubat yang diberikan dengan bahasa yang difahami oleh pesakit.

iii. Membekal campuran, losen dan 'ointments' kepada wad-wad dengan menentukan label-label dengan terang dan bersih.

Selamat maju jaya dan semoga dapat berkhidmat di pelbagai jabatan.

Sumber : SPA

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.