Header Ads

Permohonan Skim Permata Sejahtera 2019 YPKT (Borang)

Permohonan Skim Permata Sejahtera 2019 YPKT (Borang). Bilakah tarikh permohonan Skim Permata Sejahtera tahun 2019? Berita baik buat anda warga Negeri Terengganu yang mempunyai bayi yang lahir di negeri ini. Untuk makluman, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) mempelawa kepada anda yang berkelayakan memohon Skim Permata Sejahtera 2019 yang telah dibuka pada 1 Januari 2019. Kini, permohonan ini diteruskan sehingga tarikh tutup pada 31 Mac 2020. Dapatkan borang di portal rasmi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu atau di Pejabat YPKT yang terdekat.

Permohonan Skim Permata Sejahtera 2019 YPKT (Borang)

Skim Permata Sejahtera yang diperkenalkan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu bertujuan adalah menggalakkan tabungan pembelajaran bermula dari awal kelahiran. Sumbangan yang diberikan dibuat dalam bentuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i). 

Permohonan Skim Permata Sejahtera 2019 YPKT (Borang)


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Skim Permata Sejahtera termasuk memaparkan syarat kelayakan, tarikh dan aplikasi permohonan :

Syarat Kelayakan Skim Permata Sejahtera 2019


Antara syarat-syarat kelayakan Skim Permata Sejahtera adalah seperti berikut:

1. Bayi yang dilahirkan di negeri Terengganu 1.1.2019 hingga 31.12.2019
2. Ibu bapa mestilah rakyat Terengganu yang lahir atau menetap melebihi 10 tahun di negeri Terengganu.
3. Borang permohonan hendaklah dikemukakan bersama Salinan MyKAD Ibu dan Bapa serta MyKID @ Sijil Lahir Bayi

Jumlah Saguhati Skim Permata Sejahtera

i. Anak pertama hingga keenam: RM 100
ii. Anak Ketujuh: RM 200
iii. Anak Kelapan: RM 300
iv. Anak Kesembilan: RM 400
v. Anak Kesepuluh dan keatas: RM 500

Cara Permohonan Skim Permata Sejahtera Online


1. Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan ini (BP-SKAT2019) bersama dengan Borang Permohonan Pembukaan Akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional. 

2. Permohanan hendaklah disertakan bersama Salinan Dokumen sebagaimana berikut :

i. Borang Permohonan Skim Permata Sejahtera (BP-SKAT 2019) yang lengkap diisi dan ditandatangani
ii. Borang Permohonan Pembukaan Akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional yang lengkap diisi dan ditandatangani Senarai
iii. Salinan Sijil Kelahiran Bayi dan Salinan MyKID Bayi (Jika ada) Semak
iv. Salinan MyKAD Ibu dan Bapa Salinan
v. Salinan Sjil Nikah atau Kad Nikah Ibu Bapa yang diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Malaysia Dokumen
vi. Salinan Sijil Kelahiran atau MyKID/MyKAD kesemua anak bagi Permohonan kelahiran anak ke - 7 dan keatas

3. Permohonan yang LENGKAP perlu dikembalikan ke pejabat seperti berikut ;

Pejabat YPK Kawasan Kuala Terengganu
Pejabat YPK Kawasan Setiu
Pejabat YPK Kawasan Kuala Nerus
Pejabat YPK Kawasan Besut
Pejabat YPK Kawasan Hulu Terengganu
Pejabat YPK Kawasan Marang
Pejabat YPK Kawasan Dungun
Pejabat YPK Kawasan Kemaman

Sumber : YPKT 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.