Header Ads

Semakan Status Pembayaran BSH 2020 (Fasa Pertama)

Semakan Status Pembayaran BSH 2020 (Fasa Pertama). Bilakah tarikh bayaran fasa pertama Bantuan Sara Hidup 2020? Menerusi pembentangan Belanjawan Malaysia 2020, kerajaan Pakatan Harapan akan meneruskan pemberian Bantuan Sara Hidup (BSH) tahun 2020 bagi golongan yang berpendapatan rendah (B40) termasuk bujang dan Orang Kurang Upaya (OKU). Bagi pemohon BSH yang layak akan menerima bayaran Fasa Pertama mulai pada 20 Januari 2020. Pembayaran fasa pertama sebanyak RM300 bagi setiap isi rumah akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing menggunakan maklumat akaun bank semasa BSH 2019. Sebelum itu, anda perlu buat semakan status permohonan BSH 2020 sama ada anda layak menerima atau pun tidak.

Semakan Status Pembayaran BSH 2020 (Fasa Pertama)

Bagi pemohon yang telah kemaskini data BSH 2020, baki pembayaran BSH 2020 bagi
kategori isi rumah akan disalurkan pada fasa kedua dan ketiga manakala bagi kategori bujang dan OKU pula akan disalurkan secara one-off pada fasa kedua. Dengan adanya proses permohonan dan pengemaskinian ini, sebahagian daripada kalangan yang tidak lulus dan belum menerima BSH masih diberi ruang untuk mengemukakan permohonan untuk dibuat verifikasi semula. 

Semakan Status Pembayaran BSH 2020 (Fasa Pertama) 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang semakan status Bantuan Sara Hidup 2020 termasuk memaparkan tarikh, jumlah bayaran dan aplikasi semakan :

Jumlah Pembayaran BSH 2020 Isi Rumah & Bujang


Isi Rumah - RM300 (Fasa Pertama)

Kaedah Pembayaran Bantuan Sara Hidup 2020 (Fasa Pertama) 


Pembayaran Fasa Pertama BSH 2020 adalah merujuk kepada kaedah pembayaran terakhir BSH 2019 seperti berikut:

i. Berjaya Kredit ke akaun 

Pembayaran akan dilakukan kepada akaun penerima BSH 2019 termasuk akaun baharu yang didaftarkan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula pada 20 Januari 2020. 

ii. Tunai di Kaunter BSN

Pembayaran akan dilakukan secara tunai bagi Pedalaman Sabah dan Sarawak bermula pada 1 Februari 2020 sekiranya:

a. Pembayaran terakhir BSH 2019 disebabkan kegagalan pembukaan akaun oleh BSN serta akaun yang bermasalah; 
b. Isteri (Pasangan) yang menerima BSH 2019 meninggal dunia; 
c. Pembayaran terakhir BSH 2019 secara tunai

Artikel Berkaitan : Tarikh Pembayaran Bantuan Sara Hidup 2020 

Semakan Status Bayaran Fasa 1 BSH 2020 


Semakan status bayaran Fasa Pertama BSH 2020 boleh dibuat mulai 20 Januari 2020 melalui :

i. Portal Rasmi Bantuan Sara Hidup LHDNM, https://bsh.hasil.gov.my dengan memilih Menu Semakan Status Bayaran (Fasa 1 BSH 2020); atau

ii. Aplikasi Semakan Bantuan Sara Hidup dengan memuat turun di Play Store/ App Store pada telefon bimbit; atau

iii. Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau

iv. Hubungi MoF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau

v. Hadir ke LHDNM yang berhampiran; atau

vi. Surat Makluman Pembayaran Fasa Pertama BSH 2020 diposkan kepada penerima yang layak berdasarkan alamat surat-menyurat yang didaftarkan pada permohonan BSH 2019

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi talian
bebas tol 1800-88-2747 serta emel kepada bsh@treasury.gov.my.

BACA JUGA : Pendaftaran MySalam 2020

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.