Header Ads

Permohonan Dana Terengganu 2020 Online (iDANATTB)

Permohonan Dana Terengganu 2020 Online (iDANATTB). Bilakah tarikh permohonan Dana Terengganu (iDANATTB) tahun 2020 dibuka? Berita baik buat rakyat Malaysia khususnya anak jati Negeri Terengganu yang ingin membuat permohonan bantuan kewangan. Untuk makluman, kerajaan negeri Terengganu ada menawarkan satu skim bantuan iaitu Dana Terengganu yang dibahagikan kepada tiga bantuan. Antara bantuan iDANA Terengganu yang diberikan adalah Dana Hari Raya Aidilfitri, Bakti Remaja dan Bantuan Persekolahan. Bagi anda yang berkelayakan boleh memohon bantuan iDANA secara online di laman web rasmi IDANATTB.

Permohonan Dana Terengganu 2020 Online (iDANATTB)

Permohonan Dana Terengganu 2020 Online (iDANATTB) 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Dana Terengganu termasuk memaparkan syarat kelayakan, jenis bantuan dan aplikasi permohonan :

Syarat Am Kelayakan Dana Terengganu


i.  Pemohon mestilah rakyat Negeri Terengganu sahaja.
ii. Pemohon mestilah seorang pengundi berdaftar di negeri Terengganu.

Nota : Untuk dapatkan maklumat lebih tentang syarat kelayakan boleh terus ke laman http://idana.terengganu.gov.my/syarat.pdf

Jumlah Bantuan Dana Raya Aidilfitri


Berikut adalah jumlah bantuan Dana Raya Aidilfitri bagi semua kategori:

1. Dana Raya

Dalam bantuan Dana Raya akan diberikan kepada yang berkelayakan terutamanya golongan OKU, warga emas dan ibu/bapa tunggal yang tiada anak. Mereka akan menerima bantuan raya sebanyak RM300 setiap orang. Bagi kategori miskin akan menerima bantuan raya sebanyak RM400. 

2. Bakti Remaja (TOM)

Bagi kategori belum berkahwin yang berumur 21 hingga 40 tahun akan menerima sebanyak RM 200 melalui Dana Bakti Remaja.

3. Bantuan Persekolahan

Setiap anak yang bersekolah akan menerima bantuan persekolahan berjumlah RM100. 

Cara Permohonan Dana Terengganu iDANATTB Online & Manual 


A. Secara Online

Untuk permohonan online boleh terus layari di laman portal rasmi iDANATTB http://idana.terengganu.gov.my/

B. Secara Manual

Selain online, anda juga boleh membuat permohonan dengan dapatkan borang di DUN masing-masing atau ke Bestari.com.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.