Header Ads

Bantuan Prihatin Nasional 2.0 - Permohonan, Tarikh Pembayaran & Semakan Status (BPN)

Bantuan Prihatin Nasional 2.0 - Permohonan, Tarikh Pembayaran & Semakan Status (BPN). Apa intipati Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat? Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan perutusan khas Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat COVID-19 yang akan dimanfaatkan oleh semua golongan masyarakat. Dalam perutusan itu, kerajaan turut mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan B40, M40 termasuk bujang. Ianya pemberian secara one-off dengan peruntukan hampir RM10 billion bagi membantu dan meringankan beban rakyat akibat wabak COVID-19.

Bantuan Prihatin Nasional - RM1,600 B40, RM1,000 B40 & RM800 Bujang

Bantuan Prihatin Nasional akan memberi manfaat bagi golongan berpendapatan rendah B40, bujang termasuk golongan M40. Ianya termasuk pekerja swasta, peneroka FELDA, petani, nelayan dan lain-lain lagi. Bantuan Prihatin Nasional sebanyak RM1,600 akan diberikan kepada hampir 4 juta isi rumah berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah. Manakala M40 pula akan menerima sebanyak RM1,000 bagi RM4,000 sehingga RM8,000. Golongan bujang tidak ketinggalan untuk menerima wang tunai sebanyak RM800 dan RM500 mengikut kelayakan gaji masing-masing. 

Bantuan Prihatin Nasional 2.0 - Permohonan, Tarikh Pembayaran & Semakan Status (BPN) 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Intipati Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat termasuk memaparkan Bantuan Prihatin Nasional :

1. Bantuan RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah.

2.Bantuan RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 sebulan. 

3. Bantuan RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah 

4. Bantuan secara one-off sebanyak RM200 seorang kepada pelajar institusi pengajian tinggi yang ketika ini turut terkesan. 

5. Penangguhan bayaran balik pinjaman kepada peminjam Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran mulai 1 April 2020 hingga 30 September 2020. Inisiatif ini akan memanfaatkan seramai 174,500 peminjam. 

6. Kerajaan akan bekerjasama dengan NGO, persatuan dan usahawan sosial yang berkaitan untuk menyalurkan bantuan makanan, barangan penjagaan kesihatan dan tempat perlindungan dengan peruntukan sebanyak RM25 juta. 

7. Bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari bawah Program MySalam, turut dipanjangkan kepada golongan B40 yang dikuarantin sebagai pesakit di bawah siasatan (PUI). 

8. Pengecualian pembayaran sewa bagi PPR dan Perumahan Awam selama 6 bulan. 

9. Bantuan RM500 secara one-off kepada lebih 850,000 pesara Kerajaan juga pada bulan April 2020. 

10. Kerajaan bersama TNB akan menambah peruntukan  RM530 juta untuk diskaun berperingkat antara 15% hingga 50% mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 600 kW sebulan bagi tempoh enam bulan mulai bil bulan April 2020. 

11. Antara pakej khas yang akan ditawarkan syarikat-syarikat komunikasi adalah internet percuma kepada semua pelanggan dengan nilai RM600 juta bermula 1 April 2020 selama tempoh pelaksanaan PKP. 

12. Bantuan tunai RM500 kepada lebih 1.5 juta penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk mereka yang bekerja secara kontrak. Bayaran akan dibuat pada bulan April 2020.

Cara Permohonan Bantuan Prihatin Nasional 2020


Untuk makluman, permohonan Bantuan Prihatin Nasional akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Sila rujuk di laman web rasmi BSH.

BACA JUGA : Senarai Bantuan Kerajaan Persekutuan & Negeri (COVID-19) 

11 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.