Header Ads

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pegawai Imigresen KP19

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pegawai Imigresen KP19. Adakah anda calon peperiksaan online Pegawai Imigresen KP19? Panduan buat calon yang bakal menduduki peperiksaan online Pegawai Imigresen sesi Mac 2020. Dalam peperiksaan online untuk jawatan dalam sektor awam, ada bahagian soalan atau seksyen dinamakan Daya Menyelesaikan Masalah. Ia merupakan bahagian utama di dalam mana-mana peperiksaan online selain soalan Pengetahuan Am dan Kefahaman Bahasa Inggeris. Bahagian seksyen ini sangat penting kerana ia menguji dalam kemahiran logik, menginterpretasi dan analisis data dan konsep matematik yang hanya merangkumi silibus Matematik SPM.

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pegawai Imigresen KP19

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pegawai Imigresen KP19 


Berikut dikongsikan adalah contoh soalan daya menyelesaikan masalah peperiksaan online SPA sebagai panduan sahaja :

i) Kemahiran Menggunakan Logik

Dalam seksyen ini, calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan, kemahiran berfikir serta mempunyai kemahiran mengaplikasi maklumat yang diberikan untuk memilih jawapan yang paling tepat dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Peperiksaan Akauntan WA41

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Peperiksaan Akauntan WA41

ii) Kemahiran Menginterpretasi Data

Calon diberikan beberapa soalan penyelesaian masalah yang menggunakam pelbagai data dan perangkaan.

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Peperiksaan Akauntan WA41

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Peperiksaan Akauntan WA41

iii) Konsep Matematik

Konsep Matematik yang lebih berkisar soalan standard SPM. Disini juga anda perlu memahami beberapa konsep dan istilah Matematik seperti mod, median, min dalam sub-sub topik Statistik, algebra dan geometri.

1. Terdapat 1000 biji guli pelbagai warna di dalam sebuah bilik stor. Jika dipilih secara
rawak kebarangkalian memilih sebiji guli hijau ialah 3/5. Berapakah bilangan guli hijau di dalam stor tersebut?
A. 50
B. 60
C. 300
D. 600

2. Berat bagi sebakul kelapa ialah 26kg, manakala berat bagi sebakul tembikai ialah 104kg. Berapakah peratus (%) lebihan berat sebakul tembikai berbanding sebakul
kelapa?
A. 78
B. 250
C. 300
D. 350

3. Apakah nombor x dalam urutan berikut 1, 3, 6, 10, x, 21, 28?
A. 11
B. 13
C. 15
D. 17

4. Lee dapat menjawab 6 soalan Matematik Tambahan dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Matematik Tambahan yang boleh dijawab oleh Lee dalam masa 1 jam 15 minit? 
A. 55
B. 50
C. 40
D. 45

5. Seorang pelajar mempunyai wang sebanyak RM450 di sebuah bank dengan kadar faedah 4.5% setahun. Kirakan tempoh masa setahun pinjaman untuk mendapat dividen sebanyak RM81? 
A. 4 tahun
B. 3.5 tahun
C. 5 tahun
D. 4.5 tahun

6. Jumlah harga 40 biji tembikai ialah RM380. Berapakah harga purata sebiji tembikai?
A. RM 10.00
B. RM 9.00
C. RM 8.50
D. RM 9.50

7. Di antara berikut yang manakah nilai paling besar?
A. 2.7%
B. 3/4
C. 0.013
D. 16/45

8. Siti membeli 2 botol jus oren, satu botol mengandungi 0.85 liter dan satu botol lagi 1.75 liter. Jika jus oren disediakan untuk 10 orang, cari purata liter yang diterima oleh setiap orang.
A. 0.25 liter
B. 0.26 liter
C. 1.28 liter
D. 2.6 liter

9. Husniah mempunyai 5 gulung tali. Panjang setiap gulung tapi adalah 3.5 meter. Dia menggunakan 3 gulung tali dan 145 cm daripada satu gulung yang lain. Cari panjang dalam meter, baki tali yang belum digunakan.
A. 2.05
B. 5.55
C. 8.45
D. 10.55

10. Ahmad berlari menuju ke arah timur sejauh 100 langkah. Kemudian berlari lagi berpatah balik ke tempat dia bermula. Setiap langkahnya berukuran purata 75cm. Berapakah jumlah jarak larian Ahmad?
A. 75m
B. 150m
C. 750m
D. 1500m

Tak susah bukan? Inilah antara contoh-contoh soalan daya menyelesaikan masalah atau Matematik dimana sedikit sebanyak dapat membantu calon memberi gambaran jelas untuk menjawab soalan seksyen ini.

JOIN CHANNEL PEPERIKSAAN PEGAWAI IMIGRESEN 


Bagi anda yang dipanggil Peperiksaan Online Pegawai Imigresen boleh join channel telegram disediakan ini yang kongsikan contoh-contoh soalan dan nota.

Klik link di bawah untuk join channel 'Pegawai Imigresen' ;

Group Telegram : https://t.me/pegawaiimigresen2020

Penafian : Contoh soalan ini adalah hanya bentuk gambaran bukannya soalan bocor atau pun ramalan.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.