Header Ads

Syarat Kelayakan Mohon Bantuan Prihatin Nasional 2020 (B40, M40 & Bujang)

Syarat Kelayakan Mohon Bantuan Prihatin Nasional 2020 (B40, M40 & Bujang). Apakah syarat kriteria permohonan Bantuan Prihatin Nasional? Panduan buat anda yang ingin membuat permohonan Bantuan Prihatin Nasional tahun 2020. Untuk makluman, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan satu baharu iaitu Bantuan Prihatin Nasional dalam perutusan khas Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat. Dalam Bantuan Prihatin Nasional (BPN) akan memberi manfaat kepada golongan B40, M40 termasuk bujang. Ianya pemberian secara one-off dengan peruntukan hampir RM10 billion bagi membantu dan meringankan beban rakyat akibat wabak COVID-19.

Syarat Kelayakan Mohon Bantuan Prihatin Nasional 2020 (B40, M40 & Bujang)

Syarat Kelayakan Mohon Bantuan Prihatin Nasional 2020 (B40, M40 & Bujang) 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Prihatin Nasional termasuk memaparkan syarat kelayakan dan kriteria :

Bantuan Prihatin Nasional adalah salah satu bantuan yang disediakan oleh Kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang akan diberikan secara one-off kepada golongan B40 dan M40.

Kriteria Penerimaan Bantuan Prihatin Nasional 2020 


Kategori yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 adalah seperti berikut:

1) Isi Rumah
a) Kahwin; atau
b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang ada melaporkan maklumat Anak pada permohonan BSH 2020;
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM4,000 dan ke bawah.

2) Bujang
a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak melaporkan
maklumat Anak pada permohonan BSH 2020;
b) Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahun dan ke atas);
c) Pendapatan Bujang adalah RM2,000 dan ke bawah.

Kategori yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional M40 pembayar cukai yang berdaftar dengan LHDNM yang berstatus adalah seperti berikut:

1) Isi Rumah
a) Kahwin; atau
b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda berdasarkan data percukaian;
c) Pendapatan agregat bulanan adalah RM4,001 hingga RM8,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini.


Jumlah Bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2020 


PERTAMA : Bantuan RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah.

KEDUA : Bantuan RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 sebulan. 

KETIGA : Bantuan RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah 

KEEMPAT : Bantuan secara one-off sebanyak RM200 seorang kepada pelajar institusi pengajian tinggi yang ketika ini turut terkesan. 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.