Header Ads

Permohonan Program Insentif Pengambilan Pekerja Dan Program Latihan (PenjanaKerjaya)

Permohonan Program Insentif Pengambilan Pekerja Dan Program Latihan (PenjanaKerjaya). Berita baik buat penganggur dan graduan yang ingin mencari kerja kosong. Untuk makluman, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mempelawa kepada individu yang masih menganggur termasuk graduan dan lepasan sekolah untuk mendaftar di portal MyFutureJobs PERKESO untuk menyertai Program Insentif Pengambilan Pekerja (PenjanaKerjaya). Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi portal MyFutureJobs.

Permohonan Program Insentif Pengambilan Pekerja Dan Program Latihan (PenjanaKerjaya)

Menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan RM9 bilion untuk menangani kadar pengangguran yang meningkat dan memastikan pengekalan pekerjaan rakyat di Malaysia. 

Permohonan Program Insentif Pengambilan Pekerja Dan Program Latihan (PenjanaKerjaya) 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang MyFutureJobs PERKESO termasuk memaparkan aplikasi permohonan :

Apa Itu MyFutureJobs PERKESO? 


MyFutureJobs PERKESO adalah merupakan satu portal yang disediakan untuk membantu pencari kerja dan melancarkan padanan pekerjaan.

Apa Itu Program Insentif Pengambilan Pekerja (PenjanaKerjaya) 


Program Insentif Pengambilan Pekerja adalah satu inisiatif pemulihan ekonomi di bawah Kementerian Sumber Manusia yang ditadbir oleh Perkhidmatan Pekerjaan Nasional PERKESO bertujuan untuk mempromosikan peluang pekerjaan yang diwujudkan di kalangan majikan.

Cara Pendaftaran MyFutureJobs PERKESO Online


Untuk mendaftar boleh dibuat secara online melalui laman portal MyFutureJobs https://www.myfuturejobs.gov.my/.

Cara Mohon Insentif PenjanaKerjaya


1. Bagi majikan yang telah mengambil pekerja melalui program MyFutureJobs, mereka mesti mendaftarkan pekerja-pekerja ini dengan PERKESO untuk caruman wajib.

2. Mulai 15 Jun 2020, majikan boleh mendaftarkan profil majikan di portal Penjana Kerjaya melalui laman web penjanakerjaya.perkeso.gov.my.

3. Mulai 1 Julai 2020, majikan boleh memilih nama pekerja yang diambil di bawah program ini melalui penjanakerjaya.perkeso.gov.my untuk kelulusan bayaran insentif.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan Pegawai Perkhidmatan pelanggan PERKESO di talian 03 - 80915300/ 1300228000.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.