Header Ads

Bantuan Khas Perbendaharaan (BKP) - Cara Permohonan, Kelayakan & Senarai Program

Bantuan Khas Perbendaharaan (BKP) - Cara Permohonan, Kelayakan & Senarai Program. Berita baik buat golongan wanita dimana kerajaan mengumumkan satu bantuan khas iaitu Bantuan Khas Perbendaharaan (BKP) yang diagihkan kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bagi tujuan pelaksanaan program Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Semua NGO yang berdaftar secara sah di bawah Pendaftar yang diiktiraf layak untuk memohon peruntukan Bantuan Khas Perbendaharaan.

Bantuan Khas Perbendaharaan (BKP) - Cara Permohonan, Kelayakan & Senarai Program

Bantuan Khas Perbendaharaan (BKP) - Cara Permohonan, Kelayakan & Senarai Program 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Khas Perbendaharaan termasuk memaparkan syarat kelayakan, permohonan dan senarai program :

Apakah Itu Bantuan Khas Perbendaharaan? 


Peruntukan Bantuan Khas Perbendaharaan adalah salah satu program Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang diagihkan kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bagi tujuan pelaksanaan program Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Semua NGO yang berdaftar secara sah di bawah Pendaftar yang diiktiraf layak untuk memohon peruntukan ini.

Terbuka untuk semua badan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan mana-mana Pendaftar yang diiktiraf atau mana-mana badan Kerajaan yang diberi kuasa melalui undang-undang Negara dan menjalankan sesuatu program yang mempunyai kepentingan untuk wanita, keluarga dan masyarakat.

Siapakah yang layak memohon PBKP ini? 


Semua NGO yang berdaftar dengan Akta Pertubuhan 1966.

Siapakah kumpulan sasar yang akan menyertai program- program anjuran NGO yang menerima PBKP?


1) Pembangunan Wanita (JPW)
Kumpulan sasar JPW
B40, M40 dan T20
Usahawan Wanita
Pelajar Sekolah/Universiti

2) Program Kesejahteraan Keluarga (LPPKN)
Lelaki dan Perempuan
Pasangan Suami Isteri
Remaja
Keluarga

3) Program Pembangunan Masyarakat (JKM)
Kanak-kanak
Warga Emas
OKU
Papa Kedana
Mangsa Bencana
Pertubuhan Sukarela Kebajikan

Apakah contoh program yang NGO boleh laksanakan?


1) Bidang Keutamaan Bagi Program Pembangunan Wanita
i. Latihan dan peningkatan kemahiran
ii. Peningkatan kapasiti wanita
iii. Literasi Undang-undang
iv. Pengurusan Emosi
v. Menangani keganasan terhadap wanita
vi. Kepekaan gender
vii. Kepimpinan wanita

2) Bidang Keutamaan Bagi Program Pembangunan Keluarga
i. Kekeluargaan
ii. Keibubapaan
iii. Kebapaan
iv. Persediaan perkahwinan
v. Pemantapan perkahwinan
vi. Pembangunan remaja
vii. Kesihatan reproduktif
viii. Pencegahan HIV/AIDS

3) Bidang Keutamaan Bagi Program Pembangunan Masyarakat
i. Perlindungan dan Pemulihan Kanak-Kanak
ii. Advokasi & Literasi Akta-Akta Sosial & Undang-Undang
iii. Perlindungan dan Pemulihan Orang Kurang Upaya (OKU)
iv. Pemulihan dan Kesejahteraan Warga Emas
v. Pemulihan dan peningkatan Kapasiti Orang Papa dan Pengemis
vi. Kajian dan Latihan dalam Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat
vii. Pembangunan Kapasiti Komuniti & Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK)
viii. Program-program sokongan kepada penghidap HIV/AIDS

Bantuan Khas Perbendaharaan (BKP) - Cara Permohonan, Kelayakan & Senarai Program

Tatacara Permohonan Bantuan Khas Perbendaharaan 


1) Mengemukakan Kertas kerja dalam Bahasa Melayu
2) Permohonan lengkap dan mengikut format
3) Menepati bidang keutamaan dan kumpulan sasar
4) Kemuka Permohonan SEBELUM program dilaksanakan
5) Tatacara pemprosesan PBKP seperti di Lampiran A.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi:

Ketua Pengarah,
Jabatan Pembangunan Wanita
Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat
Tingkat 23-25, No. 55,
Persiaran Perdana Presint 4, 62100 Putrajaya Wilayah Persekutuan
Putrajaya
(u.p.: Pengarah Bahagian Penilaian, Pemantauan dan Pengurusan
Pengetahuan)

Tel : 03-8323 1620/1633
Faks : 03-8323 2035

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.