Header Ads

Cara Daftar Dan Login e-Census/ Banci 2020 Online

Cara Daftar Dan Login e-Census/ Banci 2020 Online. Perhatian buat rakyat Malaysia yang ingin ketahui cara daftar e-CENSUS/ Banci Malaysia tahun 2020. Untuk makluman, kerajaan Malaysia akan membuat bancian mulai 7 Julai hingga 30 September 2020 secara dalam talian (e-Census) manakala fasa kedua akan bermula pada 7 hingga 24 Oktober dengan menggunakan kaedah temuramah bersemuka.

Cara Daftar Dan Login e-Census/ Banci 2020 Online

Tarikh pelaksanaan Banci 2020 adalah bermula 7 Julai 2020 hingga 30 September 2020 secara online (e-Census) manakala fasa kedua mulai 7 hingga 24 Oktober 2020 dengan menggunakan kaedah temu ramah bersemuka. Bancian Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020) merupakan yang keenam dilaksanakan semenjak penubuhan Malaysia dan ia dilaksanakan setiap 10 tahun sekali. Objektif pelaksanaan Banci Malaysia adalah untuk mengumpul stok dan profil penduduk dan perumahan yang komprehensif dan terperinci sehingga ke peringkat geografi terkecil.

Cara Daftar Dan Login e-Census/ Banci 2020 Online


Berikut dikongsikan maklumat tentang Banci 2020/ e-Census termasuk memaparkan tarikh pelaksanaan, login dan cara isi borang soal selidik:

Tarikh Pelaksanaan e-Census/ Banci 2020


Fasa pertama bermula 7 Julai hingga 30 September 2020 secara online (e-Census) manakala fasa kedua akan bermula pada 7 hingga 24 Oktober dengan menggunakan kaedah temuramah bersemuka.

Apa Itu Invitation Code


Poskad banci seperti visual akan mula diedarkan pada 6 Jun 2020 ke rumah anda. Pada poskod itu terdapat "INVITATION CODE".

Contoh Invitation Code Banci



Cara Mengisi Banci 2020/ e-Census dan Soal Selidik


1. Pendaftaran e-Cencus boleh dibuat secara atas talian menerusi laman web https://ecensus.mycencus.gov.my.

2. Klik pada butang 'Pendaftaran' untuk mendaftar e-Cencus dan kemaskini maklumat seperti Nama Penuh, Emel dan Nombor Telefon Bimbit.

3. Masukkan 'Invitation Code' (NGDBBPTK) yang diperolehi melalui poskad atau pra-pendaftaran.

4. Daftar menggunakan One Time Password (OTP) yang diterima.

5. Kemudian, masukkan No. Tel yang didaftarkan dan klik 'Log Masuk'. Masukkan OTP yang diterima.

6. Masukkan No. Kad Pengenalan yang disahkan dan klik pada butang 'Seterusnya'.

7. Jawab soal selidik melalui sistem e-Census. Klik pada butang Seterusnya dan Sahkan.

8. Responden akan menerima satu notifikasi menerusi emel selepas menjawab e-Census.

Sebarang pertanyaan lanjut tentang Banci 2020, sila hubungi di talian 1-800-88-7720 atau emel ke helpdesk.banci@dosm.gov.my

Portal Banci: www.mycensus.gov.my
Media Sosial: @MyCensus2020

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.