Header Ads

Semakan Status Dan Cara Pengaktifan Program Kad KIDA 2020

Semakan Status Dan Cara Pengaktifan Program Kad KIDA 2020. Perhatian buat anda yang ingin ketahui semakan status kelayakan Program Kad KIDA. Untuk makluman, Program Kad KIDA Fasa 2 akan diadakan mulai 1 Julai 2020 hingga 31 Disember 2020. Penerima bantuan ini bolehlah mendapat rawatan kesihatan asas di klinik-klinik panel & membeli barangan asas di kedai dan pasaraya yang berdaftar secara tanpa tunai.

Semakan Status Dan Cara Pengaktifan Program Kad KIDA 2020

Program Kasih Ibu Darul Aman atau ringkasnya KIDA adalah merupakan sebuah program kebajikan yang dikhususkan bagi golongan ibu yang kurang berkemampuan B40 dengan setiap penerima menerima RM250 sebulan untuk pembelian bekalan makanan asas. Program ini diwujudkan adalah bertujuan untuk menolong kaum ibu mengurus dan menampung perbelanjaan keluarga dalam pembelian barangan keperluan asas setiap bulan disamping mendapat rawatan kesihatan untuk sekeluarga di klinik swasta.

Semakan Status Dan Cara Pengaktifan Program Kad KIDA 2020 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Program Kad KIDA termasuk memaparkan manfaat, semak status dan cara pengaktifan :

Senarai Kedai Runcit dan Klinik Yang Mengambil Bahagian


Kenal pasti kedai runcit dan klinik yang mengambil bahagian KIDA di sekitar kawasan anda menerusi https://www.kidakedah.com/pendaftaran-panel

Manfaat Kad KIDA


Antara manfaat dalam Program KIDA adalah seperti berikut:

Barangan Keperluan Asas

a. Satu kad KIDA akan diberi kepada setiap keluarga yang layak
b. Had bulanan pembelian barangan keperluan asas
c. Urus niaga pembelian secara tanpa tunai
d. Kad KIDA boleh diguna di kedai serta pasaraya berdaftar
e. Baki nilai bagi bulan terdahulu tidak akan dibawa ke bulan hadapan
f. Kad KIDA akan ditambah nilai RM250 setiap bulan secara automatik

Rawatan Kesihatan

a. RM500 had pembiayaan setahun
b. Tiada had jenis rawatan/ perubatan bagi kesihatan asas
c. RM70 had gunaan setiap kali rawatan
d. Kad KIDA akan diberi kepada penerima utama yang layak 

Cara Semak Kelayakan Program Kad KIDA Online


1. Semakan status boleh dibuat secara online menerusi laman web KIDA https://member.kidakedah.com/site/login

2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan untuk membuat semakan sama ada anda layak untuk menerima manfaat KIDA.

Cara Pengaktifan Kad KIDA 2020


Untuk menggunakan kad ini, sila aktifkan melalui atas talian, SMS atau pusat panggilan :

A. Pengaktifan Secara Atas Talian (Online)

Sila layari www.kidakedah.com dan klik "Pengaktifan Kad".

B. Pengaktifan Menerusi SMS

WBC (jarak) KACT (jarak) NO. KAD (6 DIGIT TERAKHIR) (jarak) NO. MYKAD (6 DIGIT TERAKHIR) Hantar ke 33555.

C. Pengaktifan Menerusi Pusat Panggilan (Call Centre)

Sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan KIDA KEDAH di talian 1800-22-6600 atau emel ke info@kidakedah.com

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan KIDA KEDAH di talian 1800-22-6600 atau emel ke info@kidakedah.com

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.