Header Ads

Bantuan Prihatin Nasional 2.0 : Permohonan Baru, Semakan Status, Kadar Dan Tarikh Bayaran

Bantuan Prihatin Nasional 2.0 : Permohonan Baru, Semakan Status, Kadar Dan Tarikh Bayaran. Berita baik buat rakyat Malaysia dimana kerajaan mengumumkan dana tambahan di bawah insentif Bantuan Prihatin Nasional atau BPN 2.0. Untuk makluman, bantuan tambahan ini akan memanfaatkan kepada isi rumah B40, M40 termasuk golongan bujang. Menerusi perutusan Kita Prihatin, tiada permohonan yang perlu dibuat untuk mendapatkan bantuan BPN 2.0 kerana kerajaan akan menyalurkan secara terus kepada 10.6 juta penerima sebelum ini. Bayaran BPN 2.0 akan dikreditkan dalam dua ansurans pertamanya pada hujung bulan Oktober 2020 dan keduanya bulan Januari 2021. Permohonan baharu dan semakan status Bantuan Prihatin Nasional 2.0 boleh dibuat mulai 15 Oktober 2020 di laman web BPN https://bpn.hasil.gov.my.




Bantuan Prihatin Nasional 2.0 : Permohonan Baru, Semakan Status, Kadar Dan Tarikh Bayaran 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Prihatin Nasional 2.0 termasuk memaparkan tarikh, kadar bayaran, semakan status dan permohonan baharu :


Apakah Bantuan Prihatin Nasional 2.0? 


Bantuan Prihatin Nasional 2.0 adalah salah satu bantuan tambahan yang disediakan oleh Kerajaan kepada golongan B40 dan M40 untuk meringankan beban rakyat akibat kesan pandemik COVID-19. Pemberian ini adalah berdasarkan pangkalan data BPN 2020 (B40 dan M40) yang merangkumi 10.6 juta penerima yang diluluskan. 


Tarikh Bayaran BPN 2.0 


Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 akan dikreditkan dua kali iaitu pada Oktober 2020 dan Januari 2021.


Kadar Bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 


a. RM1,000 bagi B40 isi rumah

b. RM500 bagi B40 bujang

c. RM600 bagi M40 isi rumah

d. RM300 bagi M40 bujang



Semakan Status Bantuan Prihatin Nasional 2.0 Online 


Penerima yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional 2.0 boleh membuat semakan status mulai 15 Oktober 2020 menerusi laman web BPN https://bpn.hasil.gov.my.


Kaedah Bayaran BPN 2.0 


Bagi anda yang ada akaun bank akan dikreditkan ke akaun bank yang didaftarkan dalam pangkalan data BPN. Sekiranya gagal kredit, penunaian boleh dibuat di cawangan Bank Simpanan Nasional.


Cara Permohonan Baru Bantuan Prihatin Nasional 2.0 


Anda tidak perlu memohon BPN 2.0 sekiranya telah menerima bayaran terakhir BPN 2020 sebelum ini. Bagi yang belum mendaftar, permohonan baharu dan rayuan akan dibuka semula pada 15 Oktober 2020. 


Untuk keterangan lanjut, sila hubungi di talian LHDNM Hasil Care Line (HCL) 03- 89111000 atau hubungi Cawangan / PKH / UTC LHDNM yang berhampiran.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.