Header Ads

Senarai Pakej Dan Cara Tempahan Cuti-Cuti Malaysia Penjawat Awam (CCMPA)

Senarai Pakej Dan Cara Tempahan Cuti-Cuti Malaysia Penjawat Awam (CCMPA). Berita baik buat kakitangan awam di Malaysia. Untuk makluman, Tourism Malaysia dengan kerjasama Kesatuan Pekerja-Pekerja Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Kesatuan Pekerja-Pekerja LPPM) dan kolaborasi bersama Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) telah melancarkan pakej istimewa sempena kempen Cuti-Cuti Malaysia khas untuk penjawat awam. Permohonan ini boleh dibuat secara online menerusi laman web rasmi Tourism Malaysia. Tempoh tempahan pakej hanya sehingga 30 September 2020 manakala tempoh sah lawatan adalah sehingga 31 Disember 2020. 



Pelancaran pakej Cuti-Cuti Malaysia Penjawat Awam (CCMPA) adalah merupakan inisiatif jangka masa pendek untuk meningkatkan usaha promosi pelancongan domestik ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Penjawat awam digalakkan untuk mengambil peluang pakej-pakej yang ditawarkan kerana terdapat pelepasan cukai individu sehingga RM1000. 


Senarai Pakej Dan Cara Tempahan Cuti-Cuti Malaysia Penjawat Awam (CCMPA) 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Cuti Malaysia Penjawat Awam termasuk memaparkan tempoh, senarai pakej dan cara tempah :


Tempoh Tempahan Cuti-Cuti Malaysia Penjawat Awam 


Tempoh tempahan pakej hanya sehingga 30 September 2020 manakala tempoh sah lawatan adalah sehingga 31 Disember 2020. 


Senarai Pakej Cuti-Cuti Malaysia Penjawat Awam 


Sebanyak 11 agensi pelancongan yang mengambil bahagian mempromosikan pakej percutian 2 hari 1 malam dan 3 hari 2 malam yang melibatkan hotel bertaraf 5 dan 4 bintang di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Genting Hinglands dengan harga pakej serendah RM120 seorang.


Penjawat awam juga dapat menikmati pakej yang menampilkan produk-produk pelancongan yang menarik untuk pengunjung harian (walk in tourist) dengan tawaran diskaun harga tiket sehingga 30%.


Antara produk pelancongan yang tersenarai adalah seperti Putrajaya tour, Genting Highland, Bangi Wonderland, I-City Shah Alam, Farm In The City, Sunway Lagoon, Sky Bridge KLCC, Sky Mirror Kuala Selangor, Farm Tour UPM Serdang, Wet World Shah Alam, MAEPS, Aquaria KLCC, Muzium Kesenian Islam dan banyak lagi.


Pembeli turut ditawarkan nilai tambahan termasuk 5,000 tiket lawatan bandaraya KL dengan menaiki bas Hop On Hop Off secara percuma, penginapan di hotel serta bayaran masuk produk pelancongan yang ditawarkan pada harga diskaun antara 20 sehingga 60%. 


Cara Tempah Cuti-Cuti Malaysia Penjawat Awam 


Bagi berkelayakan boleh mendapatkan pakej ini menggunakan pas pekerja penjawat awam di agensi pelancongan terpilih dan pakej ini boleh dilayari di lawan web Tourism Malaysia www.malaysia.travel.


Untuk sebarang pertanyaan tentang Tourism Malaysia, sila hubungi di talian :


MALAYSIA TOURISM PROMOTION BOARD (MTPB) HEAD OFFICE

9th Floor, No. 2, Tower 1,

Jalan P5/6, Presint 5,

62200, Putrajaya

Malaysia Phone: +603-8891 8000

Email: enquiries@tourism.gov.my

TOURISM INFO LINE : 1300 88 5050


Sumber : Tourism 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.