Permohonan Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP Online (Semakan Status)
Permohonan Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP Online (Semakan Status). Berita baik buat rakyat Malaysia yang menetap di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dan bukan penerima Bantuan Kewangan Bulanan Baitulmal MAIWP. Untuk makluman, bagi anda yang berkelayakan boleh memohon Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP yang boleh dibuat secara online bermula pada 16 November 2020 sehingga 27 November 2020 menerusi portal eBaitulmal MAIWP.
Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP merupakan salah satu usaha MAIWP bagi membantu meringankan beban orang awam susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akibat penularan wabak COVID-19. Antara sasaran utama Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP ini adalah pemandu teksi/ e-hailing, pengawal keselamatan, peniaga-peniaga kecil dan hilang pekerjaan akibat COVID-19
Permohonan Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP Online (Semakan Status)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan cara mohon :
Syarat Kelayakan Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP
Antara Syarat Kelayakan Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP adalah seperti berikut:
1. Menetap di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
2. Pemohon bukan penerima Bantuan Kewangan Bulanan Baitulmal MAIWP.
Kadar Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP
Mereka yang layak akan menerima ini sebanyak RM500 dan akan disalurkan sebelum 31 Disember 2020.
Cara Mohon Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP Online
1. DAFTAR (PENGGUNA BARU)
- Layari laman web eBaitulmal MAIWP secara online di pautan https://ebaitulmal.maiwp.gov.my/ez-zakat/
- Pemohon perlu klik pada ‘Pengguna Baru’ untuk mendaftar nama bagi pertama kali menggunakan sistem.
- Pemohon perlu mengisi SEMUA butiran diri termasuk kata laluan yang akan digunakan untuk akses/daftar masuk sistem kelak.
- Setelah semua butiran telah diisi, pemohon perlu menekan butang DAFTAR.
2. LOG MASUK
- Pemohon perlu memasukkan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah didaftarkan dan klik pada butang LOG MASUK.
3. LENGKAP MAKLUMAT
- Pemohon dikehendaki menekan tab ‘MAKLUMAT PEMOHON’ bagi melengkapkan butiran pemohon.
- Pemohon dikehendaki untuk lengkapkan semua butiran yang diperlukan.
4. MUAT NAIK DOKUMEN
- Sila muat turun dokumen yang diperlukan. Contoh dokumen seperti kad pengenalan, bil elektrik/air, penyata akaun bank (format pdf/jpg/jpeg/gif bersaiz 2mb).
5. KEMASKINI MAKLUMAT TANGGUNGAN
- Pemohon dikehendaki kemaskini maklumat tanggungan bagi melengkapkan butiran tanggungan. Pemohon dikehendaki untuk lengkapkan semua butiran yang diperlukan.
6. HANTAR PERMOHONAN
- Sila hantar permohonan yang telah lengkap disi dan dikemaskini.
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila layari di Facebook Baitulmal MAIWP atau hubungi nombor 012-518 3614 / 012- 512 7614 (Kuala Lumpur), 011 – 5949 6216 / 011 – 6303 8443 (Putrajaya) dan 013 – 8516066 (Labuan).
Post a Comment