Header Ads

Contoh Soalan Psikometrik Penolong Jurutera Gred JA29 (2023)

Contoh Soalan Psikometrik Penolong Jurutera Gred JA29 (2023). Adakah anda calon Ujian Psikometrik? Tahniah diucapkan kepada calon yang dipanggil untuk menduduki Ujian Psikometrik bagi pengambilan jawatan Penolong Jurutera Gred JA29 tahun 2023. Untuk makluman menerusi portal rasmi SPA, peperiksaan Penolong Jurutera (Elektrik) di Kementerian Kerja Raya Malaysia akan diadakan pada 27 September 2023. Berikut adalah contoh soalan Ujian Psikometrik Penolong Jurutera. 




Untuk pengetahuan, Ujian Psikometrik adalah satu ujian yang menguji teori dan teknik pengukuran psikologi. Ujian Psikometrik merupakan soalan lebih menguji kepada personaliti diri, sikap dan nilai positif calon yang benar-benar hendak menjawat jawatan kerajaan. Kebiasaannya soalan yang akan ditanya dalam Ujian Psikometrik adalah dalam bentuk 'YA' atau 'TIDAK', 'BETUL' atau 'SALAH' dan 'SETUJU 'atau 'TIDAK SETUJU'. Selain itu juga ada beberapa jawatan yang menyediakan soalan matematik dalam Ujian Psikometrik.

Contoh Soalan Psikometrik Penolong Jurutera Gred JA29 (2023)


Berikut adalah maklumat tentang Ujian Psikometrik SPA bagi Penolong Jurutera termasuk contoh soalan matematik :

Ujian Psikometrik adalah merupakan salah satu peperiksaan yang akan dilalui oleh calon SPA mengikut jawatan tertentu. Kebiasaannya anda akan diperuntukkan masa selama 60 minit sehingga 1 jam 30 minit untuk menyelesaikan lebih kurang 200 soalan.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik 


1. Saya akan melaksanakan tugas tanpa diarah
A. Setuju
B. Tidak Setuju

2. Saya _____ dimarahi kerana melanggar peraturan.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Jarang-jarang
D. Sekali-sekala
E. Tidak pernah

3. Saya seorang yang sangat sistematik dan teliti..
A. Ya B. Tidak

4. Saya tidak bertolak ansur dengan orang yang tidak menepati janji.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Jarang-jarang
D. Sekali-sekala
E. Tidak pernah

5. Saya tidak akan memberi keputusan terhadap sesuatu cadangan dengan spontan walaupun ramai orang telah bersetuju.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Jarang-jarang
D. Sekali-sekala
E. Tidak pernah

6. Pihak yang mendapat suara majoriti,
menjadi kecenderungan saya untuk berpihak kepadanya
A. Ya B. Tidak

7. Daripada menjadi pengikut, saya lebih suka menjadi ketua
A. Ya B. Tidak

8. Untuk bertemu dengan orang yang tidak dikenali, adalah tidak menjadi masalah buat saya
A. Ya B. Tidak

9. Apabila dikritik oleh orang lain semasa menjalankan tanggungjawab, saya cepat berputus-asa
A. Ya B. Tidak

10. Saya cenderung untuk membuat contengan apabila saya fokus
A. Ya B. Tidak

Nota : Soalan-soalan Ujian Psikometrik di atas adalah hanya contoh sahaja bukannya soalan sebenar atau soalan bocor.

DAPATKAN RUJUKAN DAN CONTOH SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK 


Berita baik buat calon SPA yang akan menduduki Ujian Psikometrik dimana Tim Infokerjaya telah menerbitkan satu rujukan lengkap untuk membantu calon-calon menjawab soalan ujian Psikometrik dengan baik.


Di dalam rujukan itu terdapat beberapa contoh soalan, nota dan tips menjawab soalan Psikometrik. Menariknya ebook Psikometrik ini dipakejkan sekali dengan rujukan temuduga kerja kerajaan.

Bagaimana cara untuk dapatkan rujukan Ujian Psikometrik ini? Sila klik link di bawah ini untuk tempahan rujukan Ujian Psikometrik ;

>> RUJUKAN PSIKOMETRIK LENGKAP <<

Penafian : Soalan-soalan yang dikongsikan disini adalah sebagai bentuk gambaran atau panduan untuk calon membuat persiapan peperiksaan online dalam Ujian Psikometrik. Ianya bukan soalan ramalan atau soalan bocor.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.