Header Ads

Permohonan Baru Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 Online

Permohonan Baru Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 Online. Bilakah tarikh permohonan Bantuan Prihatin Rakyat 2021? Berita baik buat rakyat Malaysia dimana kerajaan mengumumkan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan menggantikan Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) untuk tahun 2021. Menerusi pembentangan Belanjawan Malaysia 2021 yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Malaysia, YB Senator Tengku Dato Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memperuntukkan sebanyak RM6.1 billion untuk BPR 2021. Permohonan baru dan kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat 2021 boleh dibuat secara online atau muat turun borang menerusi laman web rasmi BPR.




Permohonan Baru Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 Online 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Prihatin Rakyat 2021 termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan, jumlah bayaran dan cara permohonan :


Tarikh Bantuan Prihatin Rakyat 2021 


Permohonan baru dan kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 boleh dibuat bermula pada 15 Januari hingga 15 Februari 2021. 


Syarat Kelayakan Bantuan Prihatin Rakyat 2021 


Antara syarat-syarat kelayakan Bantuan Prihatin Rakyat mengikut kategori seperti berikut:


A. ISI RUMAH


PEMOHON

a. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja

b. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah


PASANGAN

a. Warganegara Malaysia atau memiliki pengenalan Malaysia

b. Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR/ MyKAS


ANAK

a. Hubungan mestilah anak kandung atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN

b. Warganegara Malaysia yang memiliki pengenalan Malaysia

c. Tidak bekerja atau tiada pendapatan yang berumur 17 tahun dan ke bawah atau 18 tahun dan ke atas bagi yang masih belajar sepenuh masa di IPTA/ IPTS


B. BUJANG


a. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja

b. Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah bagi yang berumur 21 tahun hingga 59 tahun.


Cara Permohonan BPR 2021 


Bagi anda yang tidak menerima BSH 2020 dan BPN 2.0 boleh mengemukakan permohonan baru Bantuan Prihatin Rakyat secara atas talian atau muat turun borang permohonan seperti berikut :


A. Permohonan Secara Online


Permohonan baru BPR boleh dibuat secara online menerusi laman web rasmi https://bpr.hasil.gov.my/. Permohonan ini hanya terbuka kepada pemohon yang tidak menerima bantuan BSH 2020 atau BPN 2.0 serta berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.


B. Permohonan Melalui Borang


Selain online, permohonan BPR juga boleh dibuat secara manual iaitu muat turun borang Permohonan BPR 2021 (BK-01) menerusi :

a. Portal Rasmi BPR LHDNM;

b. Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM


Untuk memudahkan pemohon sila muat turun borang-borang BPR 2021 seperti di bawah :



Setelah borang diisi dengan lengkap sila hantar ke kaunter-kaunter tertera seperti di bawah :

i. Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM; atau

ii. Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP); atau

iii. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK); atau

iv. Pejabat Daerah / Pejabat Residen


Atau penghantaran secara Pos ke alamat seperti berikut:


Peti Surat BPR

GPO Shah Alam

40800 Selangor


Nota : Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima.


Kemaskini Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat 2021


Bagi penerima bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 dan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 sebelum ini, sekiranya semakan permohonan di portal BPR 2021 anda wujud dan tiada sebarang perubahan maklumat, anda tidak perlu membuat kemaskini maklumat BPR 2021.


Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang Bantuan Prihatin Rakyat 2021, sila hubungi di talian :


i. Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;

ii. Aplikasi Mobile BPR;

iii. Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747

(Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);

iv. MoF: 03-8882 4565 /4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);

v. Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.


BACA JUGA : Kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat 2021

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.